Masam Manis "Life"

Cik Sarah Anak Perempuan Tunggal – Suka Melaram Dengan Baju Abang-abang

Memiliki anak-anak yang comel adalah satu anugerah terindah. Selain itu , memiliki mereka dengan penuh kesempurnaan sangat membuatkan Ummi rasa penuh syukur. Kecomelan anak-anak dengan sikap mereka ada kala buat Ummi berang juga,tapi itukan sementara sahaja dan manis bila di kenang semula.

Cik sarah , hanya seorang puteri kesayangan Ummi, memiliki wajah raut abah dan rambut seperti Dora The Explorer sangat mencuit hati. Namun  begitu, haaa….. Cik Sarah sangat cekal. Kalau kita buat dia, bukan nak nagis tapi….

Prinsip Cik Sarah

“Kau cepuk aku, aku cepuk kau !” 

Hahaaha, jangan di pandang Cik Sarah budak comel ini manja-manja jer, garangnya boleh tahan.. Si Angah la selalu kena dengan Cik Sarah.

Jpeg

Cik Sarah dibesarkan dengan abang-abang, bukan bermakna  tomboy! Tapi , memang tak berapa suka mainan kanak-kanak perempuan. Pilihan Cik Sarah jika bagi bear dengan kereta, dia pilih apa agaknya?? Ada yang dapat meneka? 

Mestilah?? ….. Kereta! Ha… tudia..ini baru anak perempuan..hahahaha

Jpeg

Perasan tak kalau tengok gambar-gambar ini  Cik Sarah pakai baju siapa? Ni satu lagi peel Cik Sarah.

Cik Sarah suka pakai baju Along dan Angah. Cuma angah kalau dia , memang pantang  Cik Sarah pakai, so Ummi slow talk dengan Angah macam ni : 

” Angah tahu… kakak(panggilan sarah  di rumah) tu suka pakai baju angah, sebab Kakak sayang.. Angah. Bila kakak pakai baju angah, dia dekat dengan Angah….Angah suka kan kalau kakak sayang Angah?? “

Angah ni kalau slow talk okay dia… so, kalau abah lipat baju, memang abah dia dah tahu la…Cik Sarah tolong abah…

“Tolong apa?? Tolong Sepah dan pilih mana satu nak pakai! “

“Arghhhh…abah !”

Jpeg

Jpeg

Jpeg

Jpeg

Jpeg

Jpeg

Jpeg

Dah layan gambar-gambar dora Malaysia ini kan? Itulah, ragam anak-anak ramai ni macam nilah.. Lagi satu bab rumah, kalau tak sepah tu rahmat, kalau bersepah macam tongkang tu namanya bahagia..hahahaha gelak besaq sat aihh…. Jadi jangan terkejut jika mai rumah kami yer. 

Okaylah, selamat berpuasa semua…


Artikel Berkaitan :

MERAIKAN IBU ~ Bahagia itu kekal selamanya.

https://umminani.com/2016/04/sspn-i-plus-kelebihan-dan-cara-memohon/

 

KENAPA PERLU RISAU KALAU ANAK DEMAM?

 

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *