Review Produk Dan "Event"

Cerah Dan Berseri Dengan Cosmoderm Luminous Pearl

RAYA KALI INI LEBIH YAKIN DENGAN COSMODERM.

Dah nak raya…ada yang sedang berseronok dan pasti ada yang sedang risau tentang sesuatu kan? Eh!! Yang sedang risau itu antaranya Ummi la.. bukan sebab baju raya masih tak di beli..tapi sebab muka kusam! Aah..muka kusam sebab faktor kekotoran dan debu-debu yang hingga di muka sebab ulang alik ke pejabat dengan motor kan. Tapi risau tu dah kurang sebab dapat penawar. Kini Ummi dah boleh senyum, boleh Cerah dan Berseri Dengan  COSMODERM LUMINOUS PEARL.

PicsArt_06-19-12.43.03
Set Cosmoderm Luminous Pearl Bantu Hilangkan Jeragat

Penawar Ummi adalah daripada bomoh
Cosmoderm iaitu set skin care Luminious Pearl. Set yang Ummi pakai ada 5 items. Set ini adalah salah satu set untuk dapatkan kulit yang cerah dengan selamat dan bila dah cerah mestilah lebih berseri-seri.

 

1) Luminous Pearl Brightening Mouse Cleanser 100ml

Ini pencuci muka yang pertama kali Ummi guna bau wangi sangat! Eh wangi pulak yang nak highlight. Dan tekstur pencuci muka ini sangat lembut. Picit jer, keluar buih-buih yang halus dan lembut. Gunanya seperti pencuci muka lain, picit,sapu dan urut keseluruh muka kita. Lepas tu bilas la seperti biasa. Sedap sangat…bau wangi dan muka rasa fresh.

2) Luminous Pearl Brightening Toner 100ml

PicsArt_06-19-12.41.52

Biasakan lepas cuci muka gunakan penyegar ataupun dalam bahasa mudah toner. Guna kapas lebih baik, sebab kita dapat tgk kotoran kat muka yang mungkin masih ada. Tuang beberapa titis kat kapas, sapu lembut-lembut kat muka. Ummi pakai kapas, supaya kita dapat rasa sejuk toner tu. Kawan-kawan Ummi jangan risau toner daripada Luminous Pearl tidak pedih. Sedap, sejuk dipakai. Ratakan kat seluruh muka dan lepas itu pakai pelembab pula.

3) Luminous Pearl Brightening Day Activator SPF 50 PA++ 30ml.

PicsArt_06-19-12.38.09

PicsArt_06-19-12.38.48

Kita selalu anggap tak keluar di tengah panas terik seharian bekerja adalah selamat untuk kulit. Setuju dengan pendapat Ummi? Eh..sebenarnya tu salah. UV ini dalam pejabat pun ada. So kena juga pakai pelindung, sebab tu Luminous Pearl Brightening Day Activator penting untuk digunakan. Selepas calitkan sedikit di wajah, barulah Ummi pakai foundation. Foundation wajib sangat, pilih yang sesuai dengan kulit dan aktiviti kita. lagi satu, pakai ini untuk siang sahaja tau.

4) Luminous Pearl Brightening Night Serum 30ml

PicsArt_06-19-12.37.17

Tahu tak apa gunanya serum? Serum lebih menganjalkan kulit! Tak caya cer try. Kalau yang set ini elok lagi guna sekali dengan pelembab Gentle Night Revival sebab ia ada Co-Enzyme Q10. ( boleh cari kat website www.cosmoderm.com.my) Macamana nak pakai? Ummi pakai lepas cuci muka dan pakai toner waktu malam. Sikit jer pakai, dalam 2 titis sahaja. Serum ini boleh pakai siang atau malam, ikut keselesaan kita. Nak bagus pakai siang dan malam, pasti kesan lebih cepat. Serum ini dihasilkan daripada Active -G, Apple Stem Cell, Collagen, Witch Hazel, Aloe Veradan Rosehip Seed Oil. Kalau nak nampak firm dan lebih muda mai sama-sama kita pakai serum ini. Ummi dapat rasa pipi makin naik tau kesan daripada Serum. Hehehe nak nampak dan dapatkan kukit remaja semula silakan cari cepat-cepat..mana tau esok-esok raya ramai memuji nampak lebih mudah kan… 😊

5) Luminous Pearl Dark Spot Corrector 30ml

PicsArt_06-19-12.39.50

PicsArt_06-19-12.35.56

Ini the best item bagi Ummi yang bakal mencecah 31 tahun, tompok-tompok jeragat dah mula menampakkan diri. Tapi, mujur jumpa produk ini, pakai 2 minggu Ummi dah nampak kesan jeragat dah pudar. Memang hilang cela. Dan lepas guna dalam seminggu Ummi pakai Vit E Cream 3000 sebagai pelembab untuk untuk rehatkan dan bagi kukit lebih nyaman sambil kulit nak jana sel baru. Memang nampak kesan tau, Ummi sikit mengelupas kat hidung, so Ummi tau kulit mati dah terhapus. Kulit baru bakal muncul..Semangat nak gunakan sehingga nak raya, nak cerah la katakan. 🙂 Bestnya nak hilangkan jeragat tapi parut terkena percikkan minyak kat muka pun pudar. So, dapat disimpulkan gabungan 2 produk ini terbaik untuk jeragat dan parut kat muka.

Ummi cari maklumat tambahan, rupanya memang dirumus untuk mencerahkan tona kulit secara alami dan selamat menggunakan Aktif-G. Ini memang formulasi khas yang terdiri daripada bahan pencerah semulajadi seperti ekstrak buah-buahan yang meransang pemulihan sel kulit dan peredaran darah. Semua jenis kulit boleh gunakan set Luminous Pearl, samada yang mempunyai kulit normal atau berminyak.

KOMEN UMMI

PicsArt_06-19-01.54.45

Walaupun setiap hari melalui asap jalan raya, mengharungi debu dan kekotoran di jalan, tiada lagi masalah. Set Luminous Pearl menyelamatkan Ummi, tak risau dah kulit kusam kalau orang mai dekat, tambahan bila tak ber”make up”. Eh…yamg penting suami la nampak kita pun best. Kita isteri pun lebih yakin nak berhadapan dengan Cik Abang bila dapat wajah yang lawa dan berseri kan. Kalau hari-hari menunggang motor, risau tone kulit tak sekata, tapi la ini tak risau dah. Jadi siapa nak beraya dengan lebih berseri …jangan! Jangan Cari maklumat pasal Cosmoderm sekarang. Risau cari sekarang, tapi produk sold out, nanti kecewa.

Yang tak mau tungggu boleh layari www.cosmoderm.com.my untuk tengok senarai produk dan harga. 1 – 30 Jun ada sales kat website dan belian produk Cosmoderm di Aeon Wellness layak dapat 20%. Apa tunggu lagi kan..dan tiada yang was-was kerana produk Cosmoderm pastinya Halal

FB_IMG_1466310703658

Cosmoderm:
FACEBOOK : Cosmoderm
INSTAGRAM:  Cosmoderm
Web Site: www.cosmoderm.com.my

FB_IMG_1466310678938

19 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *