Saya dan Kerjaya ; Polis Diraja Malaysia (PDRM)

MAJLIS BERBUKA DI SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR

MAJLIS BERBUKA PUASA DI SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR BAGI UNIT WARAN TANGKAP TRAFIK BUKIT AMAN

16.6.2016 Majlis berbuka puasa di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur dengan sahabat di pejabat. Ini unit kecil kami. Unit Waran Tangkap. Yang best, kami ad hoc sahaja. Bincang-bincang terus jadi. Yang bestnya kami memang sehati dan sejiwa. Pangkat di bawa masa pejabat sahaja, luar masa kerja kami tetap baik dan saling hormat. Teringat seorang staff unit uniform lain.

PicsArt_06-20-09.35.02

“Puan, best la polis tak berapa kira pangkat. Kami kat luar pun tak boleh nak dibenarkan bergaul mesra dengan pegawai atasan”

“Ya ke? La…pangkat tu bawa sekejap jer, tapi ukhwah selamanya.Jadi apa sangat pada pangkat kan!”

Itulah, lain orang lain yang di fikirkan..lain yang di bawa untuk di fikirkan.

Kami yang kaki motor konvoi dari Bukit Aman jam 6.00 petang dan sampai jam 6.20 petang.  Ummi dengan husband, Asp Aziz, Lkpl Jaidi dan Lkpl Erkhman kami pergi dengan motor. Walaupun naik motor, waktu ni peak hours, orang ramai nak balik berbuka puasa.

Masa sampai Sjn Saroji dah ada, tak lah kami terjengah-jengah cari meja. Sjn pilih lokasi kat luar ball room sebab lagi mesra suasana. Di dalam ball room ada majlis Ydh Dato Maznah Hamid (Securiforce).

Yang paling lewat sampai dan paling cepat balik tak lain tak bukan Konst Nadia!! Hish memang nak kena tarik telinga!

PicsArt_06-20-10.55.13


MAKANAN YANG DISAJIKAN SEDAP

PicsArt_06-19-04.41.04

Jpeg
Makanan yang disediakan paling special di SERI PACIFIC HOTEL KL adalah Sup Gear Box. Menang jadi rebutan ramai. Dan sup kat Seri Pacific memang best, Ummi makan dengan roti… fuh.. berpeluh.. sedap owhhh.

Lain-lain makanan yang disediakan, Mee Wanta, Mee Sup, Murtabak, Spagettti, Nasi Kandar, Kambing Golek, Barbeque, Steamboat, Popia dan lain-lain lauk pauk dan kuih muih. Anak-anak pula suka sebab ada ice-cream. Air banyak juga yang disediakan(tak sempat nak snap gambar).


SPECIAL DI SERI PACIFIC HOTEL KL

Special Majlis Iftar kami tahun ini, kami di serikan dengan penyanyi khas dan juga clown! Eh…lagu-lagu yang disampaikan khas dinyanyikan untuk kami atas permintaan. Sebenarnya, majlis ini juga sebagai tanda penghargaan atas kerjasama pegawai dan anggota selama berada di Unit Waran. Selepas Cawangan Trafik di naikkan taraf kepada Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, kami semua akan melalui satu proses rombakan. Ummi sendiri daripada Pegawai Zon Sabah Waran Tangkap selepas ini akan bertukar ke Pegawai Urusetia Kawalan Dan Lalulintas.. Ehmm..pasti merindui suasana tenang dan kemesraan di Unit Waran.


BUFFET RAMADHAN SERI FACIFIC HOTEL KL SELESA UNTUK SEISI KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN

PicsArt_06-20-09.36.44

Duduk di Seri Pacific Ballroom untuk iftar selesa dan sesuai untuk bawa keluarga. Ruangnya luas bagi Ummi dan mudah untuk pergerakkan kita bila nak bawa makanan. Taklah risau baju lawa kena kuah. Bab ruang bagi 4 bintang. Bagi yang inginkan suasana relax, lokasi luar ballroom jadi pilihan. Santai.


Harga Buffet Ramadhan di Seri Pacific Hotel Kl

Pacific Ballroom :
Tarikh : 6 Jun 2016 – 5 July 2016
Harga : RM 98 (Dewasa) & RM 49 (Kanak-kanak)

Zenda Restaurant :
Tarikh : 8 Jun 2016 – 4 July 2016
Harga : RM 128 (Dewasa) & RM 64 (Kanak-kanak)

Ummi belum cuba di Zenda Restaurant, bagi yang berkesempatan mesti cuba. Suasana yang disajikan lagi best.

Selamat berpuasa hari ke 14
( 20 Jun 2016 )


ARTIKEL BERKAITAN:

http://ezzaazlan.com/2016/06/22/zende-restaurant-buffet-ramadhan-seri-pacific-2016/

http://shiqeensattar.com/seri-pacific-hotel-kuala-lumpur

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *