Masam Manis "Life"

APA ITU SHARING SMILES??

13330313_10209191742286860_11493124_n

APA ITU SHARING SMILES??

13230056_574903306014208_3188783502853032859_n

Sharing smiles adalah satu program kemasyarakatan yang mana kerjasama dengan beberapa penaja. Antara penaja yang terlibat adalah NEFFOS, MAMEE  dan SANTAI TRAVEL sebagai media rasmi program ini. Tujuan diadakan Projek Smiles adalah untuk melihat lebih ramai yang tersenyum. Semua orang pasti pernah makan MAMEE kan? Bila kita semua makan MAMEE, rasa satu kepuasan dan kegembiraan betul?? Sebab tu MAMEE DOUBLE DECKER MALAYSIA sangat berbesar hati untuk menjadi penaja utama bagi Program SMILES yang diadakan di Bukit Broga baru-baru ini.

IMG_20160521_091501

Ummi teruja nak melihat lebih ramai orang tersenyum sebenarnya. Dan sebab itu, bila salah seorang team blogger offer siapa boleh bantu untuk siapkan banner, kebetul masa tu memang Ummi free tu yang tolong mereka siapkan design banner tersebut. Dan gambar banner itu  sedikit  diubahsuai untuk menampakkan lebih menarik oleh pihak penganjur. Ummi walaupun tidak terlibat sepenuhnya, tapi rasa seronok sebab untuk kita memberi tidak perlukan modal yang besar, cukup sekadar sokongan seikhlas hati.

Dengan sokongan banyak pihak program tersebut di namakan : “SHARING SMILES WITH MAMEE”. Mamee melakukan kelainan dengan mengagihkan produk mereka di Puncak Bukit Broga. Satu kelainan dan lepas ini manalah tahu puncak Kinabalu pula kan..

daki

Yang menariknya, MAMEE bersemangat mendaki bersama pendaki diringi oleh maskot  MAMEE MONSTER dan MISTER POTATO!!! … Comelnya maskot depa! Pasukan projek dengan semangat juang yang tinggi memikul lebih kurang 10 kartoon makanan dari kaki bukit ke puncak Bukit Broga.

Besar pengorbanan mereka mengharungi jalan yang becak dan licin kerana pada malam sebelumnya hujan.

Pelbagai jenis snack MAMEE seperti Mamee Monster, Mister Potato, Corntoz (paling ummi suka yang vanilla), Mamee Chef dan air Cool Tea diedarkan bagi menghilangkan dahaga dan penat mendaki. Wah..best lagi siapa yang mendaki pagi tu dapat Tshirt NEFFOS (PERCUMA), dan hadiah cabutan yang amat best iaitu NEFFOS C5 dijadikan sebagai hadiah.

Panjang dah bercerita mesti nak tahu apa objektifnyakan…. ?

OBJEKTIF “SHARING SMILES WITH MAMEE”

“Projek Smiles ini bertujuan berkongsi senyuman dengan rakyat Malaysia di mana setiap mereka yang ditemui diberikan snek Mamee secara percuma khsusunya kepada sesiapa sahaja yang berjaya sampai ke puncak Bukit Broga. Dan ia juga merupakan satu aktiviti senaman awal pagi bagi memelihara kesihatan,” jawab Rosmadi Shakri ) Pengarah Projek Smiles.

IMG_20160521_091234

13332955_242223482806419_3752687759988550395_n

Lastly, Ummi rasa seronok melihat ramai yang tersenyum  gembira pada pagi tersebut. Kami yang menyaksikan merasakan penuh kebahagiaan dan Tahniah adik yang berjaya memenangi cabtuan bertuah NEFFOS C5 tersebut (tak tahu nama, sebab tak tanya!). Lain kali ada masa dan peluang dengan kerjasama ramai lagi bloggers dan rakan-rakan media lain diharap kita dapat melakukan aktivit seperti ini lagi.. Kebahagiaan sebenar apabila kita dapat memberi…. “Memberi kan lebih baik daripada menerima”.

Artikel berkaitan :

 

Sharing Smile Bersama Mamee di Bukit Broga Anjuran Blooggers Media

 

 

 

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *