PECUTAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN
Bulan ramadhan antara bulan yang penuh keberkatan. Apa yang dikejar adalah 10 malam terakhir?. Di dalam ramadhan ada 1 malam, iaitu malam lailatul qadar di 10 malam terakhir. Bagi tahun ini perkiraan malam lailatul qadar adalah seperti gambaran dibawah:
5 Doa yang wajib Ummi baca sepanjang malam-malam ramadhan antaranya adalah :
1:DOA MALAM LAILATUL QADAR
Di antara doa yang paling utama yang diucapkan pada malam lailatul qadar adalah apa yang Nabi SAW ajarkan kepada Saidatina Aisyah r. ‘anha. Diriwayatkan oleh Tirmizi dari Aisyah r.’anha berkata :
Aku berkata kepada Rasulullah saw , “Wahai Rasulullah, apabila aku mengetahui waktu malam Al Qadr, apakah yang mesti aku ucapkan pada saat itu?” Beliau menjawab, “Katakanlah, Allahumma innaka ‘afuwwun, tuhibbul ‘afwa, fa’fu’anni (Yaa Allah sesungguhnya engkau Maha pemberi ampunan, suka memberi pengampunan, maka ampunilah diriku ini).” (HR. Tirmidzi, HR Ibnu Majah) sumber facebook : Ustazah Siti Noor Bahyah Mahamood
2: DOA KEPADA KEDUA ORANG TUA
Kita lahir hasil daripada ibu bapa kita. Kita berada di tahap kejayaan hari ini atas usaha yang ibu ayah kita lakukan. Jadi, jasa mereka membesarkan kita tiada nilainya melainkan kita berdoa agar kedua mereka di tempatkan di syurga yang abadi.
3: DOA SUPAYA ANAK MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN SOLEH
Doa ibu bapa juga tiada hijab. Selain kita yang dewasa ini memohon doa daripada mak ayah kita yang masih hidup, anak-anak juga perlu kita doakan sebanyak-banyaknya. Ianya demi kelangsungan mereka membesar dengan menjadi anak yang soleh dan solehah. Selain itu, doa kita sebagai mak ayah akan membantu anak-anak membesar sebagai seorang yang ilmuan dan berguna kepada agama. Merekalah yang bakal membrrikan cahaya kepada kita di akan kubur nanti, maka jangan kedekut berdoa untuk anak.
4: DOA MEMOHON REZEKI YANG HALAL
“Ya Allah cukupkanlah aku dengan rezekimu yang halal, hingga aku terhindar daripada yang haram. Kayakanlah aku dengan anugerahmu agar aku tidak meminta selain-Mu”
Semoga setiap rezeki yang kita dapat daripada titik peluh kita adalah rrzeki yang halal lagi berkat untuk kita semua terus beramal demi agama, keluarga dan masyarakat.. Amin Ummi suka bila anak-Nak Ummi sendiri dapat menghafaz doa-doa kegemaran yang biasa diamalkan. Bukan apa, sekurang-kurangnya mereka tidak melalak tak tentu arah bila dah tak tahu nak buat apa. Atau bila keadaan bingit sangat Ummi suruh semua diam, dan baca doa-doa hafazan mereka. Kerap kali Angah dia suka baca ayat seribu dinar. Mungkin sebab mudah diingati dan sebutannya sedap, walaupun Angah masih tidak faham maknanya.
5. DOA MEMILIKI HATI YANG SEJUK
Ada anak ramai macam Ummi ini manalah daoat tahan kadang. Hehehehe… mestilah terjerit juga!! Arghhh..bak kata SS , Ummi Ratu Ibu Ganas. Sebab tu i i antara doa yang ummi amalkan. Insyaallah sama-sama kita doakan kita semua ada hati yang tidak mudah marah..malah lebih banyak bersabar sesuai dengan keadaannya.
Okaylah, selain tu masa 10 ramadhan terakhir ini juga lah masa yang kita nak pulun minta dan minta sahaja kepada Allah swt apa juga yang kita inginkan. Lebih baik merujuk kepada P.I.E.S board kita masing. Semoga dengan mudahnya Allah swt menganugerahkan kita setiap doa-doa kita.
Selamat beramal
tq untuk info ni.
YB Shehan recently posted…FLORA KAFE AMPWALK, LOKASI ROMANTIK PILIHAN UNTUK BERBUKA PUASA
sama-sama shehan, utk kita saling peringati.
Zikir Ya Latif untuk hati yg lembut… heheheh ada jugak terselit SS di situ. Kdg2 diri sendiri x nmpk.. org yg melihat nampak. Mcm tu jugak SS mmg garang dgn anak2. Tapi bila lihat nani br perasan mcm ni rupanya aku kalau marah anak2 kah kah kah
shiqeen sattar recently posted…Romantiknya Berbuka Puasa Di Taman Bunga
hahahaha kan…betul tu sama2 oerbanyakkan doa dan zijir ya latiff suoaya hati kita dan anak2 lembut seadanya…dan ya rahman ya rahim supaya kasih sayang kita kpd anak2 terus tsnpa hijab.
umminani recently posted…CERAH DAN BERSERI DENGAN COSMODERM LUMINOUS PEARL