Masam Manis "Life"

3 BULAN DAH 7 KILO

Hari ini bawa adik pergi cucuk untuk 3 bulan. Kakak dangan adik memang lengkap ambik servis cucuk daripada klinik kerajaan. Kalau dulu Along dengan Angah Ummi selesa ke klinik swasta sebab persepsi klinik kerajaan tak bagus. Namun persepsi Ummi berubah bila kakak terpaksa dilahirkan emergency masa tu kat HKL akibat tekanan darah tinggi tiba-tiba masa 32 minggu.

IMG_20160627_195304

Sebab masa lahirkan kakak secara “terpaksa” di HKL, maka rawatan susulan juga di HKL. Walaupun masa tu secara terpaksa tapi amat puas hati dengan servis ketika melahirkan. Dan ikutan daripada tu terus pilih untuk cucuk dan rawatan bulanan kat Klinik Kesihatan. Tiada kos rawatan. Jimat dan puas hati.

Sebenarnya sekarang prosedur kerja kat Klinik kerajaan pun dah bagus. Kalau nak bagi bintang 4 bintang Ummi bagi.

Ummi dah lengkapkan cucuk kakak sehingga 1 tahun 6 bulan. Kini ulang alik untuk cukupkan injection adik pula. Kita bukan pakar mahupun doktor. Selagi tak melanggar syarak, sama-sama kita ikut apa yang kerajaan sarankan demi kesihatan dan masa depan anak-anak kita.

Terkini adik 3 bulan 11 hari berat 7.1 kilo. Doakan Ummi terus dapat bf adik sehingga 2 tahun ya…sabar je ni , kuatkan hati dan tekad untuk bf adik tanpa susu formula.😄😄

One Comment

  • Anuar

    Berat badan anak Ummi lebih kurang dengan berat badan anak saya… Anak saya sekarang ni dah berumur 4 bulan… berat badan dah 7.5 kilo…. Masa 3 bulan hari tu tak iangatlah pula berapa kilo…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *