Masam Manis "Life"

Urus Keluarga, Stress Ke?

Sahabat ummi…Korang kan, dalam seharian…family dalam kedudukan nombor berapa? No.1 , No.2 atau Nombor 3? Ehm… kalau ikut family memang nombor 1 kan..tapi sejauh mana yang bekerja macam Ummi dapat letakkan family no.1?

Memang la bangun pagi, tengok muka anak, suami ..kerja rumah dan lain-lain. agaknya yang berkerja ini, satisfied tak dengan kerja yang di lakukan? Basuh baju, masak, layan budak-budak main…eh..puas hati ke dalam masa singkat nak buat semua?Rasa tak cukup masa kannn!

Serius la cakap, kadang tension oooo.. mana tidaknya, berkerja dan buat kerja rumah dalam satu masa kena selesaikan. Then, bila hati dah rasa macam ni kan, tau apa Ummi buat?? Terus cakap kat diri sendiri

Penat sekejap jer oiiii!Dah la, buat kerja rumah bukan mati pun.

Mujurla, kerja-kerja lain suami bantu..hahaha mau dak..rasa balik rumah jer jadi alien terus..terjerit-jerit dengan budak-budak lagi..hahahah Ada ke mak-mak macam Umminani yang tak pernah jeritt? Respect la… memang korang ibu-ibu yang penyabar..hehehe Stress tu biasa la kan… tapi teringat ganjaran pahala…huhh….motivate teruss.

bb

Suami lipat kain ! Ada masalah ke? Hanya yang tak ada ilmu jer cakap isteri queen control. But actually, dialah pembantu no.1  dan sebagai tanda sayang..ehhhh! Setuju ker dengan Ummi??

IMG-20160227-WA0005

Okay la…tattaataaa… nanti sembang lagi bab famili ini…panjang lebar kalau nak cerita kan..gelagat anak sorang sorang tu belum lagi … lain orang lain ragam.. lain anak lain peel. 🙂

P_20160208_214558.jpg

Korang komen la sikit… share pendapat…

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *