SHANGRI-LA HOTEL DI PUTRAJAYA MENDAMAIKAN

MENCARI HOTEL DI PUTRAJAYA ? Mencari Hotel di Putrajaya ? Putrajaya Shangri-La adalah salah satu hotel pilihan untuk beristirehat. Hotel ini terletak di Taman Putra Perdana, Presint 1 Putrajaya  pusat pentadbiran kerajaan dan berada dalam lingkungan suasana hutan , dan pokok yang menghijau amat memberikan 1001 ketenangan.  Melalui pintu masuk ke hotel ini sudah dapat merasai  ketenangannya. Sampainya di kawasan hotel, Ummi dengan suami rasa teruja sangat sebab layanan yang diberikan memang top sangat. Kami park kereta dan buggy akan membawa kita semua naik ke lobi hotel untuk urusan seterusnya. Ni kalau bawa budak-budak memang lagi suka ini. Permandangan Dari Jauh Permandangan dari jauh nampak seakan sebuah hotel yang biasa sahaja. Tanpa reka bentuk yang terlalu unik , ianya sekana sebuah hotel yang bukan bertaraf 5 bintang. Namun  begitu…. teruja sekali bila melihat bilik-bilik yang disediakan di Putrajaya Shangri-La Hotel ini. Disini jika kita nak bercuti tak perlu risau sebab ada cafe  yang menyajikan makanan yang sedap-sedap belaka. Kuantiti tidak terlalu banyak, tapi oleh sebab itu, KUALITI makanan yang dihidangkan sangat awesome! Memang superb tau.. Nanti Ummi share antara MENU Buffet Ramadhan 2016 di Putrajaya Shangri-La Hotel okay. 🙂 Sebab kan masuk je kat kawasan hotel dah buatkan diri ini teruja 200%, maka Ummi cepat-cepat search fasiliti dan bilik-bilik yang disediakan. Jom tengok gambar-gambar yang ada di FACEBOOK – PUTRAJAYA SHANGRI-LA HOTEL  untuk membuatkan kita semua lebih teruja. Sebab apa tau, kita boleh visualize untuk stay kat sini bila masa mengizinkan. Allah kan ada, mana tahu dimakbulkan doa kita untuk merasai kemewahan di sini. Wah terujakan?? Macam best jer… sejuk mata memandang , sejuk lagi rasanya jika dapat merasai keindahan dan kedamaian ini kan? Ada ke sahabat yang pernah stay kat sini? Tentu best betul ? Bagi Ummi lokasi yang tidak berada di tengah bandar dan suasana yang aman damai ini juga sesuai untuk kita bersama dengan orang tersyaang merehatkan diri. Eh..tak sabar nak visualize nak stay disini ni. Keterujaan melampau sebab sini antara hotel yang sangat aman. Ehmm.. dah terbayang untuk honeymoon disini untuk 7 annniversary nanti  bulan 12. Best kan… Ummi ada simpan nombor Puan Rodziah Salleh salah seorang Director of Sales & Marketing di Putrajaya Shangri-La .  Boleh nanti Ummi call beliau dan setkan date untuk booking. Teruja nya.. Siapa yang nak jimat masa, sini sesuai bagi yang kita duduk area Putrajaya ini. Dapat stay 2 malam pun dah okay, sebab boleh berehat dan siang pula boleh jalan-jalan ke IOI City Mall atau Alamanda. Eh, okaylah, thank you ya sebab baca. Ini sedikit details jika ada sesiapa yang nak bercuti dulu daripada Ummi. FB: PUTRAJAYA SHANGRI-LA  Web site : http://www.shangri-la.com Phone : 03-8887 8888     Related