Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan

Semalam hari ke 8 Ummi naik kerja. Pagi-pagi lagi Cik Dila masuk office

Mem,hari ni Sm Ruby last la..jom buat makan-makan.

Ummi okay jer, cuma kena p beli makanan la.Tup..tup..tup… call Cik Dila tanya dia di mana.

I: Cik ada mana? Dah beli ker makanan?

Cik Dila: Mem,i order jer. I beli pizza dgn kfc.

Jadi tu jer la menu ringkas. At least ada sambutan kan..sempena menghargai jasa baik SM Ruby.


IMG-20160523-WA0009

Dibawah ini gambar dengan SM Ruby.Sangat komited dan baik hati. Dan dulu, SM Ruby lah yang rajin masak kat rumah, bawa ke pejabat untuk dijual kepada kami. Sedih juga, nanti susah dah nak cari makanan.Jpeg

Jpeg


Walaupun siapa kita, jangan lupa daratan. Be flexible dan kena pandai bergaul. Jangan jadi bodoh sombong ya kawan-kawan. Orang sombong selalu rugi. Belajar dari siapa sahaja, kalau jumpa orang jahat sekalipun. Sebab yang jahat bagi kita belum tentu jahat di mata Allah kan… Jadi ,jadikan mereka yang jahat tu sebagai guru kehidupan kita. Macam Ummi, Ummi suka belajar daripada pengalaman orang lain juga. Sebab daripada pengalaman yang ajar erti kehidupan sebenar.

Nak anak-anak kita jadi yang terbaik, kita ibu bapa lah guru pertama mereka. Walaupun SM Ruby hanya anggota dalam PDRM, tapi bagi Ummi pengalaman dia tetap berbeza. Jadi tak salah Ummi belajar sesuatu daripada mereka juga.

Selamat bertugas di tempat baru ya SM Ruby. Kami semua akan merindui SM.

IMG-20160523-WA0011


Eh semalam juga ada majlis perpisahan untuk Kak Diyana kat Caw. Gerakan. selamat terbang ke Sarawak yer. Terima kasih jadi sahabat dan teman. Semoga berjumpa lagi kita nanti.

IMG-20160523-WA0014

Semoga berjumpa lagi kita semua ya. Salam kasih sayang. Walaupun berjauhan kita tetap satu pasukan. 🙂

Posts Tagged with…

Reader Comments

  1. Mieza Suhaini

    Bertemu & perpisahanan
    Adat Manusia Biasa,
    Hilang di mata tapi dihati tidak lupa,
    Berdoalah kita agar aman dan sentosa,
    Semoga panjang umur kita akan jumpa lagi
    Jika salah dan silap harap dimaafkan.
    Moga berkat aman dapat diabadikan
    Segala kenangan tidak akan dilupakan
    Tersimpul erat dalam ingatan berkekalan.

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge