Masam Manis "Life"

SEMINAR MAGNET REZEKI -ZUHAIRI NOPIAH

Alhamdulillah syukur sangat apabila kali ini berpeluang untuk hadir ke majlis ilmu Seminar Magnet Rezeki. Kali ini masih bersama-sama suami masuk menuntut ilmu. Ini untuk kebahagiaan kami dan juga meraih kejayaan dan kebahagiaan keluarga. Mulakan pagi dengan nyanyian lagu – LASKAR PELANGI . Fuh meremang bulu roma, memang naik semangat betul.

Pernahkah anda alami ? 

Harapan tidak menjadi kenyataan?

Lain dipohon lain yang diterima?

Lain yang diharap, lain yang berlaku?

Apa  yang cuba dielakkan, itu yang bertandang?

Apa yang dibenci , itu pula yang sering datang?

Dimanakah silapnya? Mungkinkah semuanya selama ini tindakan kita tidak bersumberkan ilmu?

Ini semua insyaallah terjawab dalam Seminar Magnet Rezeki.

Sebenarnya bila masuk seminar kami disoal apa tujuan utama masuk program. Maka kami semua peserta menyatakan satu-persatu tujuan kami. Tujuan utama Ummi adalah untuk menjelaskan lagi impian Ummi dan teknik dalam berdoa. Masyaallah dah menganjak ke 31 tahun, namun teknik berdoa yang betul masih belum belajar. Adakah itu sebab ada impian Ummi belum tercapai?

Apakah BERJAYA & BAHAGIA? Jawab ikut perspektif sendiri okay. Tiada betul atau salah.

Untuk berjaya dan teknik berdoa yang betul gunakan teknik PIES. P – Physical I-Intelectual E- Emotion S- Spiritual . Nak tahu bagaimana? Nanti Ummi kongsikan okay.

Melalui Seminar Magnet Rezeki(Klik sini) kita dapat kenali pasangan kita dengan baik. InsyaAlllah . Sangat disarankan pergi bersama, kerana kejayaan takkan datang tanpa kerjasama orang yang sentiasa bersama kita.

Tuan Zuhairi Nopiah , NLP Coach

Rasai sendiri, dan yakinlah jika perlukan sesuatu dalam hidup letakkan Yang Utama NIAT kerana Allah swt. Bagi yang berminat untuk ikuti program seminar boleh hubungi  :

Facebook : Seminar Magnet Rezeki

Telefon : 019-415 8809

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *