Saya dan Kerjaya ; Polis Diraja Malaysia (PDRM)

POLIS BUKAN SEKADAR CEGAH JENAYAH

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

Tugas polis kini bukan sekadar cegah jenayah. Kini polis memainkan peranan penting dalam komuniti masyarakat. Polis juga manusia biasa yang bekerja mencari sesuap nasi dan nafkah yang halal demi untuk membesarkan anak-anak. bagi polis wanita, kami memainkan banyak peranan. Antaranya,  anak, ibu, isteri, menantu, pelajar, kakak dan lain-lain. Maka, kami bukan sekadar wanita biasa. Kami perjuang. Kami mengorbankan masa dan tenaga kami demi ummah. Kerana wanitalah, sesebuah institusi terbentuk dengan jayanya.

Surah An-Nisa’

Surah An-Nisa’ ayat 124: “ Barang siapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki ataupun perempuan sedang ia orang beriman, maka mereka masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun ”

Disebalik senyum tawa, kami pikul tanggungjawab berat.

Disebalik senyum tawa kami, tidakkah anda meletakkan diri kalian di situasi kami.? Bukan biasa-biasa, tapi peranan kami luar biasa. Bukan kami pinta di puji dan di hargai…cuma apa yang kami pinta hanyalah penghormatan sebagai wanita. Kakak, ibu di luar sana, Tuan/Puan diluar sana, kami juga manusia biasa yang tidak dapat sembunyikan tangisan kami. Sejujurnya, berada dalam badan beruniform ini memerlukan kami lebih kental dan bersemangat waja.

R3177677-1839-201605271214-121721720 R3177677-1839-201605271214-121725850 R3177677-1839-201605271214-121728608

Hari ini para isteri moden mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap kebajikan suami berbeza dengan masa dahulu.   Kami bukan hanya menjadi tukang masak dan pengasuh anak di rumah, malah kami juga pada waktu yang sama waktu yang sama menjadi penghubung kepada masyarakat yang baik,  setiausaha yang cekap,  pengarah yang tegas dan menteri  yang berkalibar dan sebagainya.

Menurut  Datuk Dr Zaharah Sulaiman dalam symposium yang bertemakan  ‘Wanita Alaf Baru Abad ke 21’,

“wanita hari ini telah mempunyai imej dan tanggungjawab social yang berbeza sesuai dengan kehendak dan perubahan zaman.” Sumber : FAMILI BAHAGIA

R3177677-1839-201605271214-122040515

PROGRAM LAWATAN HOSPITAL KERJASAMA PDRM DAN HUKM

Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim melapangkan masa untuk bersama-sama kami pada 27 Mei 2016, di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia bagi program bersama masyarakat dengan PDRM.  Program ini menunjukkan bahawa PDRM bukan sahaja mencegah jenayah, menyelesaikan isu jenayah dan lain-lain isu, tetapi PDRM memainkan peranan utama dalam masyarakat. PDRM adalah penghubung kepada masyarakat dan komuniti sejahtera.

Semoga kerjasama dengan HUKM ini akan menjadi permulaan kepada sebuah persahabatan antara PDRM dan masyarakat amnya.

Saya bangga menjadi sebahagian daripada masyarakat dan PDRM.  😉

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *