Masam Manis "Life"

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2016 MEMANG BEST

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2016 MEMANG BEST

Alhamdulillah tahun ini kami sekeluarga dapat pergi ke Pesta Buku Antarabangsa 2016 di MAEPs. Okay sebab risau anak-anak hilang, Ummi sediakan mereka tag nama . Heheheh tak lah hilang kan. Atau kalau terlepas tangas ada yang boleh alert. Namun, Allah swt kan ikut sangkaan kita, anak tak hilang 🙂

Kami ke booth Ustazah Fatimah Syarha. Ummi dah lama nak baca buku ini, sekarang dah dapat dan yang bestnya mudah difahami diceritakan seperti sebuah novel. MasyaAllah satu penulisan yang amat baik dan bermanfaat. Semua kena baca, sebab kita semua dalam ujian Allah swt.

Ustazah pesan “Sabar, kita semua dalam ujian Allah swt. Dan redha dengan ujian Allah”

Next kami ke Booth Si Cilik, sebab selalu tengok ig  mereka Ummi berminat dengan 1 set VCD arab ini iaitu ICS, masyaallah anak-anak suka sangat . Dan lagu-lagu dalam vcd ini menggunakan rima yang sangat sesuai untuk anak-anak. Lengkap la untuk anak-anak kita. Harga set ini hanya RM70.00 sahaja. Mesti ada untuk anak-anak bagi elakkan anak-anak dengar dan ikut lagu-lagu lain yang kurang manfaatnya. Dalam VCD ini ajar anak-anak kebaikkan ke masjid, bersolat dan mujahid. Dan last sekali ada doa untuk anak-anak berdoa mudahnya belajar English.

IG : https://www.instagram.com/projeksicilik/

Next, kami melawat  Alfa and Friends . Best sangat sebab Alfa and friends la satu-satunya yang ajarkan sains pada anak-anak kecil. Fokus mereka untuk edaran dan kegunaan sekolah tadika. Dimaklumkan bahawa Brainy Bunch dan ada beberapa buah tadika lain yang ternama menggunakan modul daripada Alfa and friends.

Jom Layan You tube Alfa and Friends :

IG : Alfaandfriends

Facebook : ALFAandFriends

Jpeg

Jpeg

Jpeg

Penat sudah berjalan-jalan dan adik Zakkir pun dah tertido , kami beli makanan untuk makan. Banyak juga buku yang dapat dibeli dengan baucer buku RM250.00 dan juga mestilah kena keluarkan cash jugakan. Apapun best dan tak puas dan tak puas jalan. Besar yang amat, namapun antarabangsakan. Anak-anak dah kelaparan, dekat booth steadler pun depa makan. Hadoiii,tapi memang slumber dekk jer, hahaha kat luar nk makan panas. Dalam ni sejuk, kira okay la yang pekerja dekat booth ini pun tak bising kan. Tiap-tiap tahun ada pesta buku ini, jadi yang tak dapat datang tahun ni, pasakkan dalam minda tahun depan mesti pergi. Buku-buku dijual dengan diskaun sehingga 80% .

Okay taa  taaa.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *