Food Review,  Review Produk Dan "Event"

NAK MUNTAH REVIEW MAKANAN BUFFET RAMADHAN DI RESTORAN ISTANA BAMBU

BUFFET RAMADHAN 2016

Kali ini review makanan buffet ramadhan di Restoran Istana Bambu buatkan Ummi rasa nak muntah!! Makanan banyak , macam-macam pilihan ada, dari kuih sampailah ke nasi , sup dan juga pencuci mulut. Mana tak  muntahnya, asyik telan jer, lepas satu-satu..hahaha punya la malu nak makan kan…jadi apa lagi, lepas makan terus suruh waiter angkat pinggan. So, meja Ummi nampak clear kan… Bijak ke bijak?  Melangkah masuk untuk food review kali ini, di tayang depan mata “bengkang ubi” bahasa Perlis atau bahasa orang bijak pandai bika ubi kayu. Nak menagis rasa! Bukan sebab marah, tapi RINDU mak. Mak di kampung selalu masak bengkang ubi kayu ini.

Jpeg

Tengok la tu, Cik Za kita , kusyuk snap photo. Dalam hati mesti nak makan jer tu..

Sedap pula kuih-kuih nii, nak aje aku telan semua nii! – Kata Cik Za

Jangan Marah akak yer.. Tu la buat kerja kusyuk sangat. Tengok la, semua kuih mak-mak kita buat ada disediakan. Pulut sambal tu …huh..sedap sangat. Rindu kampung nii,  pergi Istana Bambu ini memang buat orang home sick jer tau!

Jpeg

Jpeg
Ada juga kambing bakar. 🙂

TOMYAM SEAFOOD

Ha!!!! Ini di favourite Ummi, tomyam seafood. Udang dia manis sangat dan sedap. Untuk Kaki Tomyan  memang sesuai untuk makan disini, sedap dan pedas dia pun cukup-cukup, tak terlebih dan tidak kurang. Bila masuk mulut jer, fuh… Rasa sendiri lah nanti masa buffet ramadhan yer.

Jpeg

ANEKA LAUK PAUK

Aneka lauk pauk ada disini dan bagi Ummi sedap belaka. Sotong goreng tepung  dengan cili tu sedap sangat. Ummi dah ambik sikit mula-mula untuk rasa jeer…mana boleh tahan sedap sangat. Makanya, ambik pinggan baru dan isi  dannn…. ratah.. hahahah buat donno jer..sebab tengah cover malu kan. Dan lagi 1 siput lala yang di goreng dengan rempah tu best jugak, bagi 4 over 5 star. Rasa rempah tu masuk ke dalam lala  .. siap seduttt lagi untuk dapatkan kepuasan berganda. Selain itu disediakan, ayam bakar sunda, patin tempoyak (klik sini), asam pedas istimewa, masak lemak daging salai serta pelbagai masakan laut.

Jpeg

STEAMBOT

Bab makan Ummi  kan no.1! Juara mengalahkan juara. Kali ini makan steambot pula lepas makan nasi. Macam-macam ada, sos nya sedap dan kuahnya pun sedap…makan slow-slow sambil menikmati kuah tu, fuhhh!

Jpeg

Istana Bambu Pilihan Semua Peringkat

Istana Bambu menyediakan sajian untuk semua peringkat umur. Jadi boleh bawa anak kecil sehingga mak ayah ke sana untuk makan dan buffet ramadhan bersama-sama. Insyaallah selesa dan puas hati.  Tempat duduk boleh pilih samada nak duduk di kawasan meja atau duduk bersila ala kampung di gazebo.  Mana-mana pun best dan ikut kesesuaian kita. Kita yang nak makan kan… pilih ikut minda separa sedar (mss) kita suka. Jadi kita akan lebih happy.

Jpeg

Jpeg

Makanan Ala-Moden

Dah bosan dengan nasi, spagetti ada, macaroni ada , malah roti pun ada. Semua sedap-sedap untuk dijamah. Best juga , dan ni memang anak-anak suka jika nak bandingkan dengan nasi. Jadi anak-anak ada pilihan juga kan untuk makan disini..setujukan?

Jpeg

Jpeg

Jpeg

Surau

Jika datang makan disini, pastinya nak bersolatkan. Mana boleh makan jer, solat tuntutan agama mestilah dilaksanakan. Sini ada surau disediakan, masuk jer dalam surau ini tetiba rasa macam masuk zaman 70an. Dengan binaannya yang daripada buluh, memang best la. Sejuk je.

Jpeg

IFTAR RAMADHAN 2016

Bagi iftar tahun 2016, Istana Bambu sediakan konsep Indahnya Ramadhan.  Disini boleh muat seramai 600 orang sekali gus . Ramaikan? Insyaallah suasana disini memang membuatkan sekeluarga akan rasa selesa dan best. Bagi iftar 2016, sebanyak 70 jenis menu berbuka puasa disediakan. Harga buffet :

Dewasa : RM55.60

Kanak-kanak : RM28.35  dan PERCUMA untuk anak-anak 5-11 tahun.

Jpeg

Sepanjang ramadhan akan disajikan persembahan daripada adik-adik cilik yang pasti akan menambat hati kita semua. Sedap sangat dengar dan menonton persembahan adik-adik ini.

Bagi bulan Ramadhan 2016 Restoran akan dibuka mulai jam 6 petang sehingga 10 malam. Nak pergi? Buat tempahan awal di  : www.istanabambu.com.my atau telefon  018-3749920/03 ATAU 03-42514717 .

Alamat :

Restoran Istana Bambu 

Lot 841-842, MRR2 Jalan Ampang Ulu Kelang, 

68000 Ampang Selangor. 

Dah ada semua info, jadi buatlah pilihan terbaik untuk berbuka sepanjang ramadhan ini. Terima kasih kerana membaca.

Jpeg

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *