Masam Manis "Life"

FERRARI DI NAZA WORLD PILIHAN LOKASI WINDOW SHOPPING

FERRARI DI NAZA WORLD PILIHAN LOKASI WINDOW SHOPPING

Melangkah masuk ke Naza World ibarat satu dunia fantasi bagi Ummi tapi tidak pada anak-anak. “Ummi, wooowww hebatnya”  “Eh..ni kereta Ferrari angah!” Sambil Berlari , buka tutup pintu kereta “Ini kereta along”….Mak aiii..macam mainan pulak depa buat!!

Siap boleh naik duduk atas Ferrrari! “Angah nak naik, Ummi angkat la!. Okay Ummi ambik gambaq angah tau!” Okay redha la mak dia yang jadi photograhper! Hampeh  betullll …..

“Ummi ada gaya macam Dr Azizan ? ” Kahhh kahhh kahhh berdekah kami gelak dalam hall pameran tu. Ini la akibat dok tengok muka DR Azizan  dan buat apa doc suruh. Anak-anak jadi lali jer tengok kereta mahal.

Bagi chance Ummi dengan abah yaang dah 30an ni nak bergambar pulak. Tu la kan..anak-anak lebih advance daripada mak bapak depa!

Tengok gambar kat bawah tu! “Ummi, best oooo…vrooommm…” Angah sediaaaa…jom jalan” ….Macam-macam peel. Alahai yang kat showroom ini pun salesman jer kan, dia pun kerja apa nak kisah. Ntah-ntah dia pun tak pernah nak bergambar dengan Ferrari.

Bahaya bawa budak-budak ini, depa buat macam kereta depa sendiri. Angah siap cium stereng  kereta. Oppsss bukan ajaran sesat, tapi baguih sebab depa feeling bawa kereta macam kereta sendiri.

Ini yang best, mampu milik hanya RM400K++ , boleh beli tapi jangan beli rumah. “Ummi jom beli , nanti boleh bertukar jadi transformers”-Angah .. ahahaha imaginasi.. Layan jer salesman cherolet ini, bagus salesman ini. Uncle india yang dah berumur jadi dia faham apa itu impian anak-anak dan imaginasi mereka.

Ummi berkenan gila kasut ini ..hahahaha 2 bulan duit simpanan baru boleh beli ini . RM980.00  tapi memang lawa dan class gituu. Nampak rock ni kalau  pakai dengan jeans. Hussshhh..tetiba teringat rantai emas… lupakan kasut!

Jpeg

Jangan ditanya motor apa okay. Ini motor untuk 1 family ..hahaha “Abah, angah nak jatuhhh!!! tolonggg!” Aduiii ha kau, ni baru 3 orang , esok Zakkir dah besar nak naik juga nihh . Tapi memang cantik lah. Eh, kalau di KL ni jalan jem sesuai ke guna motor macam ini? Jalan jauh pasti selesa kan.

Ini kereta impian Ummi, Ummi memang sukakan kereta besar, compare dengan Sedan, minat yang ini lagi. Pakai Wish pun tidak lah semewah Orlando by Chevrolet ini. Memang superb best. Ala, try naik jer, cium stereng, hahaha mana tau esok-esok dapat hadiah sebiji daripada Chevrolet kan. Memang best la. Ini salah satu impian nak miliki upgrade wish. Dah tau, daripada beli yang recon baik beli baru kan… heheehhe siapa minat Chevrolet juga? Cer angkat tangan.

Abah try mini coopers dia. Fuh..best gila dalam nya. Bila la nak miliki kereta idaman ini ya? InsyaAllah bukan sekarang tapi lepas anak-anak dah besar. Bila anak-anak dah besar , mesti boleh. Sekarang kena fokus untuk hantar anak ke tahfiz yang mana makan belanja tak kurang daripada RM400 sebulan. 🙂

Tercapai impian angah untuk naik dalam ferrari idaman. Cuma along jer masih tak dapat naik lamborghini kegilannya. InsyaAlllah ummi akan usahakan untuk naik demi anak-anak Ummi. Siapa ada Lamborghini , boleh bagi si Along cuba sekali? .hehehe macam minta naik myvi jer..maaf yer tuan Lamborghini. Tak salah memasang impian. Sebab Allah swt mengikut sangkaan hambanya. Amin

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *