Cabutan Wow! SSPN-i Plus

Cabutan Wow! SSPN-i Plus

Jumaat lepas kami ahli kelab blogger Ben Ashaari di jemput menghadiri majlis Cabutan Wow! SSPN-i Plus di Menara PTPTN. Teruja sangat sebab hadiah memang super duper lumayan. Menyesal lagiiii, sebab tak tahu dari awal tentang SSPN-i Plus ini.

Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut :

   1. Hadiah bernilai RM3,000,000 juta untuk dimenangi dalam Cabutan Tahunan dan Cabutan Suku Tahun
SSPN-i Plus!

   2. Dengan simpanan serendah RM50, anda berpeluang menangi hadiah lumayan!

   3. Tempoh promosi Cabutan Tahunan SSPN-i Plus bermula 8 Jun 2015 – 31 Mei 2016

   4. Cabutan Tahunan SSPN-i Plus:

Pemenang Hadiah
Hadiah Pertama x 1 Apartmen bernilai RM500,000
Hadiah Kedua x 5 Honda HR-V 1.8L V
Hadiah Ketiga x 10 Motorsikal Kawasaki ER-6f
Saguhati X 250 Baucer Tunai bernilai RM2,000

   5. Cabutan Suku Tahun SSPN-i Plus: :

Siri Cabutan Tempoh Promosi Hadiah
Pertama 8 Jun 2015 – 31 Ogos 2015 BMW 320i
Kedua 1 September 2015– 30 November 2015 BMW 320i
Ketiga 1 Disember  2015 – 29 Februari 2016 BMW  320i
Keempat 1 Mac 2016 – 31 Mei 2016 BMW 320i

   6. Syarat-syarat penyertaan:

        i) Terbuka kepada semua pendeposit SSPN-i Plus yang membuka akaun dan mengekalkan akaun dalam
tempoh promosi.

        ii) Setiap RM50 layak mendapat satu  cabutan tanpa mengira pakej.

        iii) Kakitangan HLM Takaful dan PTPTN (termasuk pasangan dan anak-anak) tidak layak menyertai cabutan.

   7.  PTPTN berhak menukar hadiah dengan nilai yang setara tanpa makluman kepada pelanggan.

Lumayan kan, ini lah mananya rezeki dan tuah manusia tak nampak. Siapa yang istiqamah akan berjaya . Sebab tu la apa juga yang kita lakukan mestilah istiqamah dan juga buat sampai habis..eh!!! motivasi lak!

Tengok muka Abang Ben Ashaari tu, tunjuk kecewa tak dapat hadiah ka?? Haaahahahaa lawak jer. Kusyuk update live la tu. Nama pun media influencer kan. Tahniah Abang Ben Ashaari berjaya bawa Kelab Blogger Ben Ashaari ke tahap ini sekarang.

Perasmian Cabutan Wow! SSPN-i Plus

Majlis ini sepatutnya di rasmikan oleh YB Dato’ Seri Idris, namun digantikan dengan Timb. Menteri sahaja. But it’s okay, majlis tetap berjalan lancar kan. Tengok lah, ramai sangat yang hadir pada hari tersebut, dari P.Pinang, Melaka dan Terengganu pun ada. Teruja untuk melihat sendiri hadiah-hadiah yang disediakan. Bukan apa , bila kita lihat kan kita dapat visualize untuk kita pula kan. 🙂

Rezeki, akak kita ini. Baru jer masuk bulan 12 tahun 2015 dan hanya depositkan RM100.00 sahaja ke akaun SSPN-i Plus kini berjaya bawa pulang BMW! huiiiii, memang rezeki. Kan… rezeki manusia tak nampak kan. Siapa tahu nak dapat hadiah selumayan ini. Masa berbual dengan akak ini pun dia terkejut tak habis lagi. Mana tidaknya, PTPTN bagi hadiah super duper lumayan kott!

Eh!!! Ni Pemenang Cabutan ke ??? Ha, kena tengok selalu ini sebagai bahan visualize. Insyaallah ada rezeki Allah swt akan permudahkan. Amin.

Okay bab  cabutan dah selesai, kini siapa rasa nak menang, masih layak okay. Hanya perlukan internet sahaja dan log ini di  SSPN-i Plus(Klik sini)

Apa yang istimewa nya jika mendaftar sebelum 31 Mei dan buat pemotongan gaji? Anda layak diberikan 1 bulan deposit percuma!! PERCUMA okay! ha! Apa tunggu lagi , Ummi dah buat, siapa yang belum buat lekaih, mana ta Rezeki berpihak kepada anda.

Lain -lain benefit dan cara boleh rujuk pos Ummi sebelum ini :

Klik link di bawah :

http://umminani.com/2016/04/kelebihan-dan-cara-memohon-sspn-i-plus/

PTPTN tawar SSPN i Plus untuk didik ibu bapa menyimpan demi anak

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge