BUFFET RAMADHAN DI PUTRAJAYA SHANGRI-LA HOTEL BERBALOI

BUFFET RAMADHAN RAMADHAN DI PUTRAJAYA SHANGRI-LA HOTEL BERBALOI  & BERTARAF 5 BINTANG

PicsArt_05-23-12.57.08

Melangkah masuk ke hotel ini untuk review buffet ramadhan membuatkan hati ini teruja habis. Sebab dapat rasa damainya di sini melihat suasana sekeliling. Dan apabila menjenguk kebawah dari lobby hotel, nampak cafe untuk iftar nanti kemas dan tersusun rapi. Ruang yang disediakan sangat selesa, kemas dan memudahkan untuk kita mengambil makanan. Malah, di sini juga sangat damai dengan suasana yang cool dan tidak terlalu sesak. Dengan pencahayaan yang tenang sangat menggamit rasa di kalbu.

Bagi yang sedang  merancang dan mencari pakej yang best dan berbaloi untuk buffet ramadhan/iftar bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang? Putrajaya Shangri-La hotel menyediakan 1001 kelainan dan menyajikan sajian yang sangat istimewa. Bagi buffet ramadhan kali ini Putrajaya Shangri-La Hotel menyediakan pelbagai jenis makanan untuk memenuhi citarasa seisi keluarga.


MENU UTAMA

Terdapat lebih dari 10 jenis menu utama yang disediakan. Bagi mereka yang wajib untuk menjamah nasi, menu ini memang semestinya memenuhi selera. Masakan yang disediakan antaranya , Chicken Puloa Rice, Nasi Parpu, Lamb Qurma, Sotong Goreng Tepung, Masak Lemak Labu Bersama Daun Kunyit, Stir Fried New Zealand Mussel With Black Pepper And Capsicum, Daging Dendeng, Marinated Thyme Roast Beef With Mushroom Sauce, Nasi Lemak Kukus dan Puyuh Goreng. 

Buffet Ramadhan 2016

IMG_1857

IMG_1861

Udang antara favourite Ummi, bukan sekali tapi 2 kali tambah sebab bila cara masak betul udang ini jadi sedap. Tidak keras dan “rasa” udang itu ada. Lemak-lemak udang tu buatkan hati ini memang terasa kepuasan menjamu selera.

IMG_1864

Bagi yang minat sayur, brokoli dan cendawan ini pasti jadi pilihan. Rasanya enak dan masih “crunchy”. Tidak terlalu lembik. Bermakna qualiti masakan sangat di titik beratkan disini.

IMG_1866

IMG_1872

IMG_1873

IMG_1876


Iftar BBQ Buffet

Kelaianan yang di sajikan di Putrajaya Shangri-La Hotel adalah Iftar bertemakan BBQ Buffet. Makanan yang disajikan disini yang paling singnature adalah TAKA TAK .

IMG_1886

TAKA TAK

Taka Tak merupakan makanan yang berasal daripada Lahore, Pakistan.  di mana ianya merupakan tempat kelahiran Chef Zahid Mahmood. Taka Tak adalah menu khas yang disediakan oleh beliau dan ianya disediakan daripada  bahan asas  ayam dan daging kambing. Dicampur bersama tomato, daun sup dan beberapa bahan lain. Tika Tak  dimakan bersama dengan roti Nan sebagai inti. Amacam kalau Ummi yang sediakan  TAKA TAK, nak rasa?

KEPELBAGAIAN  MENU BBQ

IMG_1889

IMG_1901


KAMBING GOLEK

Tak lengkap jika iftar di hotel tiada kambing golek. Usah bimbang, kambing golek juga ada disediakan. Dengan pelbagai menu lain tambahan lagi dah makan TAKA TAK tadi…pasti kepuasan tu terasa. Kalau tak sekali datang sini, mesti jadi 2 atau 3 kali. Tak menyesal punya.

Sos yang disediakan bukan 1 sahaja, tapi pelbagai sos dan air asam. Nak makan ala western ke ala kampung? Tanya selera tanya perut…semua sedap.

IMG_1883PicsArt_05-23-10.42.29


RM100 nett per person only when dining from 6 to 12 June and 27 June to 3 July, 2016.

DESSERT

Tidak lengkap sessi iftar sekiranya penutup tiada yang manis. Dessert yang disediakan sangat menyelerakan dengan kepelbagaian jenis dan warna memang menarik perhatian Ummi. Bila dah ambil, woww…Paling best Tiramisu Cake dan Manggo Delight Cake.

PicsArt_05-23-10.41.22

FB_IMG_1463979338384

PicsArt_05-23-10.39.53


APA LAGI MENU PILIHAN UMMI?

IMG_1908

IMG_1910

IFTAR RAMADHAN DI PUTRAJAYA SHANGRI-LA HOTEL

IMG_20160521_221315
Food review malam ni memakai koleksi daripada Shiqeen Sattar Collection 

IFTAR RAMADHAN BBQ BUFFET @ PUTRAJAYA SHANGRI-LA

Telefon No.: 03.8887.8834

Email: restaurantreservations.slpt@shangri-la.com

Website: www.shangri-la.com

Harga:

Dewasa – RM140

(Early Bird – RM98 sebelum 31.05.2016)

Kanak-kanak (6-12 tahun ) – RM70

IMG_1922

Terima kasih Suami dan sahabat blogger Sohoque.com dan ShiqeenSattar.com kerana menjadi teman sepanjang food review disini. Selamat berpuasa dan kepada yang masih tercari-cari, jadikan Putrajaya Shangri-La Hotel pilihan pertama untuk iftar bersama keluarga dan rakan-rakan tahun ini.

Artikel berkaitan :

SHANGRI-LA HOTEL DI PUTRAJAYA MENDAMAIKAN

http://shiqeensattar.com/buffet-ramadhan-hotel/

 

http://shiqeensattar.com/iftar-ramadhan-putrajaya-shangri-la/

 

 

Posts Tagged with…

Reader Comments

  1. Sekolah Chef Koki

    Wow info yang sangat bermanfaat.
    Mungkin perlu diketahui, bekerja sebagai chef atau koki adalah pekerjaan yang mengasyikan.. Apalagi kalau bekerja sebagai chef di kapal pesiar, bisa sekaligus keliling dunia dan itupun dibayar dengan gaji yang besar..
    Semoga website ini terus menyajikan info yang menarik dan bermanfaat bagi pengunjung dan pembaca.
    Sekolah Chef Koki recently posted…SEKOLAH KAPAL PESIARMy Profile

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge