PTPTN tawar SSPN i Plus untuk didik ibu bapa menyimpan demi anak

Ahad lepas dapat jemputan untuk Hi-Tea dengan PTPTN. Dulu punya la takut PTPTN ni, sebab apa hehehe masih ada hutang. Bayar okay, Cuma masih berbaki. Bila PTPTN dan jemput tu pergi lah juga mesti ada hikmahnya. Bila sampai sahaja di Pullman Bangsar, kami dibawa ke tingkat 3 Studio 5. Wah selesa sangat dan best rupanya Pullman Hotel ni. Sangat sesuai untuk diadakan sebarang majlis. Nanti next entry kita cerita tentang  Pullman Hotel – Hitea Pakej Okay.

WARGA PTPTN

Kembali kepada SSPN-iPlus, banyak sangat faedah nya. Setelah mendengar satu-persatu taklimat yang diberikan, rasa ruginya tak tahu daripada awal. Dulu ada SSPN-i, tapi SSPN-iPlus ini lagi banyak faedah.  Dan simpanan bulanan boleh bermula dengan RM30.00 sahaja. Huuuh, rasa ruginya kalua tak ambik, sedangkan makan fast food setiap bulan lepas jerk an. Eh, sehari RM1.00 jerrrr, rugi-rugi kalua melepas untuk sertai SSPN-iPlus ini. Lepas dengar jer taklimat, (dah wassap suami dah kelebihan-kelebihan SSPN-iPlus ini sambil dengar taklimat sebenarnya), terus mendaftar untuk Mustaqim, Muhaimin, Maisarah dan Mudzakkir. RM50.00 sebulan amat jimat.

Okay kenapa SSPN-iPlus ini hebat sangat. Dari tadi duk cerita kan. Eh japp ,mesti ada suara-suara “Eleh..Ummi tu nak promote jer tuu!!”, “Hello, kalau tak bagus kita pun tak share tau, kita bagitahu yang mana baik okay!” saja jer kut dah penat nak baca, buat lawak sikit. (Cer Senyum 🙂 )

Ini kelebihan SSPN-iPLUS :

Slide1

Slide2

Dapat pelepasan cukai itu yang menarik minat sebenarnya, berbanding dengan Akaun Simpanan biasa , Akaun Pelaburan, Unit Amanah, dan Takaful Keluarga TIDAK  memberikan pelepasan cukai. Jadi nampakkan SSPN-iPlus ini bagus.

Slide3

Slide5

Jadi kita dalam golongan ibu bapa Warganegara yang layak untuk buka akaun SSPN-iPLUS kan? Jangan lepaskan peluang sebab sebelum 31Mei 2016, ada tawaran menarik iaitu dengan simpanan serendah RM50, kita semua layak menangi hadiah untuk cabutan keempat nanti. Bagi yang buka akaun sebelum 31 Mei akan dapat PERCUMA 1 bulan potongan.

Slide6

7

Tiada had masa atau tempoh matang. Untuk kematian akibat kemalangan , PERLINDUNGAN SERTA MERTA. Untungkan? Katakan “YA!”  🙂 . Buatlah pilihan terbaik, Ummi dengan suami dah buatkan untuk 3 putera dan 1 puteri kami.

Alhamdulillah selama ini mencari , kini berjumpa sudah. “Apa juga niat kita kearah kebaikkan , pasti Allah swt lorongkan. Dan sentiasa bersangka baik dengan Allah swt, kerana setiap idea dan datangkan sesuatu adalah dengan Izin-Nya, bukan sia-sia dan tiba-tiba.”

Disini ada maklumat untuk yang berminat :

Website : PTPTN – SSPN-iPLUS

728x90

Comments

    1. Post
      Author
    1. Post
      Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge