KBBA9,  Masam Manis "Life"

PROGRAM MENYUSURI KEHIDUPAN GELANDANGAN KL

IMG-20160416-WA0040

16 April 2016, hari Sabtu di saat ramai orang keluar dengan keluarga berjalan-jalan dan makan angin, Ummi keluar juga  tapi kali ini lebih istimewa sebab bawa anak-anak menyusuri kehidupan sebagai gelandangan. Taraf hidup kita berbeza dan cara hidup yang berlainan ada kala sehingga tiada saat yang kita rasa ingin meluahkan rasa syukur di hati mahupun perbuatan. Kali ini Ummi dan anak-anak berkesempatan mengikuti program “Save Homeless ” dengan Team Pasukan Amal GSL dan kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari. Kami mula berkumpul di pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur seawal jam 9malam.

IMG-20160416-WA0047

IMG-20160416-WA0074

Kami adalah antara barisan volunteer dari Kelab Blogger Ben Ashaari.

Jpeg

Ini suasana pada malam tersebut dimana mereka berkumpul di hadapan 7eleven , tempat kami parking kereta untuk bahagikan sumbangan yang tak seberapa kepada Gelandangan KL ini.

Jpeg

Isu gelandangan ini, sejauh mana mereka melalui kehidupan seharian. Jika malam mereka tidur di tepi-tepi jalan, bangunan, di bawah jejantas dan lain-lain kawasan , apakah mereka tidak dibantu. Atau isunya mereka tidak berpeluang bekerja, atau isu dalam diri mereka yang ada sifat dan sikap negarif atau lebih lagi  “malas”. Tapi kita bukan menghukum, hanya ingin mencari kebenaran atas situasi yang berlaku ini.

Jpeg

Tidak semua keluarga gelandangan ini teruk dari segi sikap dan segalanya. Ada juga pihak NGO yang tampil memberikan PANCING  untuk anak-anak ini , selain memberikan mereka IKAN. Isu Pancing dan Ikan adalah metafor bagi menceritakan tentang bantuan memberikan ilmu dan kemahiran untuk mereka berusaha selain hanya memberikan ikan simbolik kepada bantuan bahan siap atau lebih mudah wang ringgit kepada mereka.

Jpeg
Jpeg

Jpeg

Ini adalah hasil kraftangan yang disiapkan oleh sebahagian Keluarga yang berada di belakang lorong . Mereka menghasilkan jaihtan yang kemas dan menarik dan dijual kepada orang ramai orang guru mereka. Ini adalah kerjasama yang baik malah boleh tingkatkan ekonomi mereka jika ada badan lain yang sanggup menggajikan mereka serta memberikan mereka kerja yang lebih baik.

Jpeg

Suasana Malam tersebut seakan jam 8 malam , walaupun malam telah melewati jam 11malam. Inilah cara hidup mereka, ada yang menanti bulan jatuh ke riba, ada yang berusaha namun hasilnya tidak setimpal dan ada yang mengambil langkah tunggu lebih baik daripada berusaha kerana disinilah syurga dunia. Apa yang Ummi beritahu anak-anak Ummi, Along dan Angah, bahawa mereka perlu belajar rajin-rajin dan berusaha untuk memberi. Kerana memberi itu lebih baik daripada menerima dan  memberi akan menjadikan kita lebih berjiwa besar.

Ummi juga ajarkan anak-anak Ummi supaya mereka bersyukur dengan apa mereka miliki , setiap satu yang ada sekarang kerana Allah swt lebih sayangkan kita dan ingin kita lebih dekat dengan -Nya.

Sama-sama kita doakan mereka di lokasi seperti ini dapat kembali ke kehidupan normal seperti orang lain, berusaha dan kembali dekat dengan pencipta. Tujuan hidup kita bukan sekarang, tapi tujuan hakiki adalah mencari bahagia di akhirat kelak. Doakan semua orang di murahkan rezeki dan kita semua kaya raya demi keluarkan lebih banyak zakat. Insyaallah. Terima kasih kerana membaca.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *