Masam Manis "Life"

Pelakon Pelawak~ MR. OS Meninggal Dunia

Takziah kepada keluarga Mr Os. Al fatihah. Semoga arwah di tempatkan dikalangan orang-orang soleh.

Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang soleh.

Mohd Yusuf memulakan kerjaya sebagai pelakon filem pada tahun 1986 menerusi filem Balik Kampung. Pada tahun kemudiannya, iaitu tahun 1987, beliau diberikan kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem Mr Os. Ketika zaman kemuncaknya, beliau sering digandingkan dengan pelawak Sheila Rusly,Salih Yaakob dan Aziz Sattar. Dalam tahun 1988, beliau bersama-sama Hussein Abu Hassan, Puteri Salbiah dan Latif Ibrahim telah membintangi sebuah filem seram Indonesiabertajuk Bisikan Arwah. Didalam filem ini Mohd Yusuf memegang watak sebagai Parta; seorang pemuda kampung yang telah dibunuh beramai-ramai dan kemudianya kembali menjelma untuk membalas dendam. Adalah difahamkan bahawa Bisikan Arwahadalah lakonan pertama dan terakhir beliau dalam filem seram. Pada tahun 1990, beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) di Festival Filem Malaysia ke-9 menerusi lakonan berkesannya sebagai pemuda autisme dalam filem Adik. Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik sebanyak dua kali di FFM iaitu menerusi filem Mr.Os (1987) danGhazal Untuk Rabiah (1997).

Selepas filem terakhirnya pada 1997, Mohd Yusuf menyepi dari bidang perfileman dan bekerja sebagai seorang pengusaha perkhidmatan teksi.[1] Pada tahun 2009, beliau kembali ke persada seni Malaysia sebagai pengacara untuk rancangan televisyen TV9,Apa Ke Halnya?.[2]

Beliau kini menguruskan perniagaan chalet yang dinamakan Chalet D’ Kampung Mr Os terletak di Kampung Kota Lama Kanan, empat kilometer dari Bandar Diraja Kuala Kangsar. Chalet tersebut menawarkan pelbagai chalet pilihan dalam suasana kampung.[3] – Sumber wikipedia.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *