Hi-Tea Di Vivatel, Cheras Kuala Lumpur

Hi-Tea Di VIVATEL CHERAS Sangat Best

Hujung minggu kadang blurr dah tak tahu nak cari tempat sembang-sembang dengan kekasih halal. Fast food semua dah pergi kot, dari satu mall ke satu mall. Setuju? Dan lagi kalau bulan tersebut ada birthday salah seorang family member, nak masak boleh tapi masakan itu tak variety dengan bajet yang ada , tambahan lagi  nak masak, kena cari barang, potong, dapur bersepah  dan lain-lain lah . Ini satu cara yang JIMAT, SELESA DAN  TERBAIK.  Hi-Tea di VIVATEL. Vivatel ini tepi jalan sahaja jika dari KL menuju ke Cheras. Jauh dari kesesakan bandar besar dan suasana yang tenang dan aman.

Lokasi yang strategik dan suasana yang romantik serta tenang. Itu sebab Vivatel jadi pilihan 🙂  Harga weekend Hi-Tea bermula RM48.00 nett bagi dewasa dan RM38.00 nett bagi kanak-kanak. Berbaloi kan? Sekarang ada promotion lagi, beli untuk 5 orang free 1. Untung ooooo. Ehhh..mesti ada yang nak tahu kan, untuk anak-anak macam Ummi yang anak ramai ini, 6 tahun kebawah sahaja  free okay. Jadi , bisik dah kat suami ni, boleh pergi lagi ke Vivatel untuk Hi-Tea, angkut anak-anak sekali. FREE kan. 🙂 Astafirullah ! Insaf Ummi, please insaf!

Chef Ashar berpengalaman dalam bidang ini dah lama dan pernah berkerja dengan hotel-hotel terkenal di Malaysia termasuk hotel PARKROYAL, LEGEND, REGENT, WESTIN & MANDARIN ORIENTAL. Hebat kan? Dengan pengalaman luas yang beliau ada itu yang menjadikan air tangan dan idea dalam masakan chef best. Opss, superb best!

Jom layan menu pulak, makanan disediakan pelbagai jenis , lebih dari 100 jenis makanan.Yang bestnya, makanan disediakan ini fresh Boleh pilih dan masak. Bukan kita masak, pekerja hotel la masak! Bila dapat jer makanan panas-panas lagi dan kalau bahagian sandwich tu memang fresh sangat.

Antara makan yang disediakan untuk Hi-Tea adalah : Pasembor, DimSum, Mini Pizza(BEST!) Selain itu , siapa yang suka manis-manis ada juga disediakan Tapai Pulut, Bubur Cha-Cha, Dodol dan kuih-kuih Melayu.

 

     

VIVATEL

Semua makanan untuk Hi-Tea di Vivatel memang sedap. Daripada makanan berat, sehinggalah pencuci mulut. Special yang Ummi suka  ialah  Nasi Lemak Pandan Daun Pisang , Puyuh Berempah , Mee Rebus Urat Keting , Vietnamese Noodle Chicken Soup(1st time rasa yang best). Masakan disini disediakan oleh Chef Ashar yang banyak pengalaman. Tentunya beliau mahir bab citarasa orang Malaysia kan? Specialnya masakan sini ada khas untuk pengemar masakan Pantai Timur (budu pun ada!). Apa nak di katakan..ehhm…makan dengan lauk panas-panas, fuh bertambah selera. Hilang DIET , nak diet konon! Maaf la, baru ingat habis pantang ini nak kecikkan saiz, nampak gayanya kena pikir dulu la bila banyak sangat review bab makan ini, Pantang juga, pantang jumpa makanan best
;).

VIVATEL

Muka excited 200%, hadoiii sebab pa nak tau? Sebab rasa puas hati pun 200% dengan masakan disini.

Untuk sebarang pertanyaan :

Email : lilykhoo@vivatel.com.my

Website : www.vivatel.com.my

Address: Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge