Review,  Umminani

DINNER DI GRAND SEASON HOTEL KL – PASTI DATANG LAGI .

 Seasons Coffee House, Grand Seasons Hotel Kuala Lumpur

Mencari tempat dinner untuk seisi keluarga , disinilah tempat yang sesuai. Harga yang berpatutan dan satu perkara yang utama ialah customer service tip top. Sebab apa tau? Masa Ummi buat reservation layanan dah memang baik, tibanya di hotel kami sekeluarga dah mula makan, datang pekerja mereka menawarkan untuk tukar meja supaya adik Zakkir selesa tidur di sofa. Ummi tolak perlawaan mereka memandangkan mak dengan abah pun dah makan, tak elok lah untuk berubah tempat makan. Jadi sebab adik Zakkir baru 1 bulan masih muat untuk tidur di kerusi(sebab tak pandai beralih lagi), mereka cadangkan untuk panjangkan kerusi dengan ambil extra kerusi dan dikembarkan. Terima kasih Grand Season Hotel.

Ruang makan selasa sangat, dan dekat untuk ulang alik ambil makanan. Ini kali kedua makan di sini, dan sebab perkhidmatan mereka ini terbaik, itu yang pilih untuk kedua kalinya. Makanan di sini sesuai untuk semua, yang suka makanan kampung, makanan Jepun(Shushi) , Sate dll semua ada.

IKAN KELI MASAK MERAH

Ini Ikan Keli yang digoreng dan disira cili. Lembut dan sedap.

Daging yang dimasak blackpaper. Memang marvelous dan sesuai untuk anak makan. Tak liat dan kuah sesedap rasa atau bahasa lain cukup rasa.

 

 

Tauhu bakar memang best. Ini la 1st time makan tauhu bakar paling best, ranggup dan isi dalamnya yang memenuhi citarasa. Rojak buah juga disediakan untuk cuci mulut. Buah-buahan segar dan yang penting kuahnya memang sedap.

 

Jpeg

Dessert yang disediakan pelbagai jenis, dari kek sehinggalah kuih muih dan buah-buahan. Dekorasi dah la cantik, bila makan fuh rasa  nyamaan sangat. Jeli ni masam-masam manis memang sedap.

Nak cerita satu-satu memang tak habis kan sebab makanan yang disediakan sangat banyak dan sedap. Sesuai untuk semua peringkat umur dari baby 1 tahun sehingga mak ayah kita yang dah berumur. Masakan disini merangkumi sesuai untuk semua bangsa dan peringkat umur. *rujuk gambar kami sekeluarga .  Disini kan sesuai untuk kita booking untuk meraikan majlis perpisahan dengan rakan sepejabat, sambutan hari jadi, majlis meraikan seseorang dan lain-lain. Ummi sendiri cadang nak ajak rakan-rakan sepejabat dinner disini nanti, bukan apa sesuai sangat untuk meraikan dan makan bersama sekali sekala untuk merapatkan silaturrahim. Cepat-cepat booking untuk dinner di sini , Klik ini ini untuk harga promotion : Dinner Murah di Grand Season Hotel

Info lain  :

Facebook : Grand Season Hotel KL

Website : Grand Season Hotel KL

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *