Saya dan keluarga

ANAKKU 3 TAHUN BELAJAR MEMBACA – BACALAH ANAKKU

ANGAH- Muhaimin anak kedua dalam kelaurga kecil Ummi, seorang yang sangat periang dan juga banyak bercakap. Sejak usia 2 tahun Angah dah fasih berbicara. Mengalahkan Along jika dah bercakap, malah setiap percakapan dan butiran keluar dari mulut kadang kelakar dan tak masuk akal. Ada suatu ketika  di rumah sahabat baik Ummi di Pahang, Ummi berkata pada Angah “Angah ini banyak cakap lah!” Jawab apa tau ? “Angah bukan banyak cakap, Angah sibuk jer nak cakap!” Mak ai..tapi itu petanda otak Angah dah berhubung.

Bulan April 2016 , minggu ke dua Angah dah mulakan kelas dengan Cikgu Ani di Sg.Long. Cikgu Ani menerima Angah seawal usia 3 tahun, masyaallah , bersyukur sangat. Along dulu mula kelas dengan Cikgu Ani 1/9/2013, usia 4 tahun. Ini pun selepas Ummi hantar ke tadika berbayar , tapi tak nampak hasil dalam bacaan terus STOP!. Sejak kelas hari pertama , Angah menunjukkan minat kata Cikgu Ani. Angah boleh ikut sebutan Cikgu Ani dalam phonics, ini mungkin sebab Angah dah biasa dengar lagu ” Abu Ada Ayam”.

Sejak Along, Ummi memang tak ajarkan ABC, mereka mula membaca dengan mengenali sebutan Phonics. Syukur kini Along berjaya  dan boleh membaca seawal usia 5 tahun. Sebab itu Ummi tak hantar Along ke tadika biasa, anak-anak Ummi diajar fokus apa yang na dibelajar agar mereka tidak penat dan tidak buang masa.

Mengenali karakter dan sifat anak semasa belajar –

Anak – anak memiliki caranya sendiri dalam belajar. Angah seorang yang Audio, kerana apa sahaja yang dia dengar pasti dia dapat ulangi. Lain dengan Along yang mana Along lebih kepada Visual. Bila dah perhatikan sesuatu barulah ilmu tu boleh diserap dengan baik.

Mendisiplinkan anak dalam mengatur jadual belajar mereka-

Ummi memastikan jika mereka tiada kelas malam, selepas maghrib pasti  Along dan Angah wajib mengadap buku buat sedikit latihan. Masa tidaklah tetap, ikut kesesuai, samada lepas maghrib atau isyak. Walaupun sedikit tapi mereka faham. Itu sahaja fokus Ummi.

Puji –

Tak kira Along atau Angah malah Si Sarah, ketiga-tiga mreka perlukan pujian. Sehinggakan jika ada yang tidak dipuji muka mula masam mencuka. Tip memuji, puji seorang semua harus di puji.  Barulah sama adil dan muka kembali ceria. Bila puji dan mereka ianya 3 kali, suruh la apa sekali pun  pasti dibuatnya.

 

Okay setakat ini dulu, lain kali sambung lagi. Doakan Angah berjaya habiskan Modul Bacalah Anakku Seawal 4 tahun ya. Amin

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *