Masam Manis "Life"

KHASIAT SUSU IBU

Alhamdulillah kali ini Hebatnya Susu Ibu! Syukurkan allah swt bagi kita ibu-ibu peluang untuk melahirkan seterusnya menyusukan baby. Kali ini Ummi nak share, antara pemakanan yang  baik adalah ibu sendiri ambil susu semasa mengandung sehingga lah lepas bersalin. Dan daripada petua sahabat-sahabat Ummi, mereka petua untuk minum susu, makan kurma dan juga sup lobak putih.  Dan jika masih mencari susu apa yang baik , Ummi suggestkan susu GoMilk atau GoChoc keluaran Ibusuri.(klik sini).

12 Kebaikan Ini Dinikmati Oleh Anak

1

Penyusuan bayi secara eksklusif amatlah digalakkan kepada bayi yang baharu lahir hinggalah usia mereka genap enam bulan. Namun ibu-ibu juga disarankan supaya terus memberikan susu ibu kepada anak sehingga usia mereka dua tahun. Banyak khasiat dan kebaikan yang boleh didapati daripada susu ibu.

1. Telinga

Fungsi pendengaran anak lebih baik dan cenderung terhindar daripada jangkitan telinga.

2. Mata

Vitamin A dalam susu ibu baik untuk mata anak anda. Ia dapat membantu menajamkan penglihatan si kecil selain mampu melihat dalam pencahayaan rendah. Ia juga dapat membantu anak mengenali warna sejak usia kecil.

3. Rambut

Sehingga usia anak dua tahun, susu ibu masih menyediakan 95 % sumber vitamin A yang diperlukan oleh sel kulit dan rambut si kecil anda. Kandungan 60 % vitamin C yang turut terkandung dalam susu ibu akan dapat membantu anak anda mempunyai rambut yang sihat.

4. Deria rasa

Kandungan zat besi yang tepat dan berkualiti dalam susu ibu mudah diserap oleh badan anak anda. Ia membuatkan deria rasanya lebih sihat dan dapat berfungsi dengan baik. Ini penting untuk meningkatkan selera makan si kecil dan supaya mereka boleh menerima apa sahaja makanan yang ada.

5. Otak

Berdasarkan banyak kajian yang telah dibuat, anak-anak yang minum susu ibu sehingga usia dua tahun mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding anak-anak yang minum susu formula. Bukan sahaja dapat menjimatkan wang, malah anak-anak juga lebih bijak. Ini fakta!

6. Mengeratkan hubungan ibu dan anak

Hubungan rapat yang terjalin antara ibu dan anak ketika menyusu memberi stimulasi untuk kecerdasan intelektual, sosial, emosi, bahasa, musikal dan sebagainya.

7. Sistem imun

Kandungan khasiat yang terdapat dalam susu ibu berubah dari masa ke semasa. Jika pada minggu pertama ia kaya dengan kolostrum yang baik untuk pencernaan bayi. Seterusnya, ia memenuhi keperluan bayi yang hanya bergantung kepada susu ibu. Namun bagi kanak-kanak yang berusia 1 tahun setengah hingga dua tahun, susu ibu berfungsi sebagai daya tahan tubuh dan bukan sebagai makanan lagi.

8. Kulit

Vitamin A dan C yang terkandung di dalam susu ibu membuat kulit anak sihat dan gebu. Bayi dan kanak-kanak yang minum susu ibu juga kurang mengalami masalah alahan dan penghadaman.

9. Tulang

Kandungan kalsium dalam susu ibu merupakan sumber terpenting dan terbesar bagi pertumbuhan dan kekuatan tulang si kecil. Bukan sahaja ia baik untuk tulang anak anda, malah ibu yang menyusu juga dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari.

10. Berat badan ideal

Bagi anak-anak yang menyusu susu ibu, risiko mengalami obesiti agak kecil berbanding yang tidak minum susu ibu. Ini kerana nutrisi di dalam susu ibu sudah mencukupi untuk keperluan anak. Ketika bayi, anak-anak biasanya akan berhenti menyusu dengan sendiri apabila sudah kenyang. Ini dapat membantu mereka untuk tidak makan secara berlebihan.

11. Sendi dan otot

Kanak-kanak yang minum susu ibu biasanya kurang mendapat penyakit otot.

12. Sistem penghadaman

Kanak-kanak yang minum susu ibu kurang mengalami masalah cirit-birit selain kurang berisiko terhadap alahan makanan. Ia juga dapat mengurangkan risiko mendapat apendiks pada usia kanak-kanak. Semoga bermanfaat.

2 Comments

  • anuar

    Terima kasih di atas perkongsian info.. Alhamdulillah, sehingga sekarang isteri saya dapat memberikan 100% susu ibu kepada anak kami yg ke 4…

    • Admin

      wah, kuatnya semangat isteri . Kena turunkan ilmu ini, walaupun saya jug adah 4 anak, tapi ini yang betul-betul nekad untuk fully bf.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *