• Masam Manis "Life"

    15 TAHUN MRSM PENDANG -TETAP DIHATI

      Pejam mata buka mata, sat jer masa berlalu dah 15 tahun rupanya MRSM Pendang wujud. Kami adalah batch pertama di MRSM Pendang tahun 2001. MasyaAllah dah berbagai perubahan dan kelainan MRSM itu sendiri sekarang.   Ummi antara Batch pertama yang menjadi badan perwakilan pelajar. BWP di MRSM. Seronok di sana dulu, sebab apa nak tahu? Cara belajar dan kenalan adalah dari seluruh negara. Masa tu rasa seronok sebab apa , yer la budak kampung  baru bergaul di dunia luar. Disinilah rupanya lahir insan-insan berjaya.  Sekarang lepas 15 tahun, ada yang jadi Doctor, Jurutera, Pilot, Penyanyi , Guru, Polis dan lain-lain. Siapa sangka ada yang dah tahap PHD dan lain-lain. Hebat…