Masam Manis "Life"

15 TAHUN MRSM PENDANG -TETAP DIHATI

Pejam mata buka mata, sat jer masa berlalu dah 15 tahun rupanya MRSM Pendang wujud. Kami adalah batch pertama di MRSM Pendang tahun 2001. MasyaAllah dah berbagai perubahan dan kelainan MRSM itu sendiri sekarang. 
 Ummi antara Batch pertama yang menjadi badan perwakilan pelajar. BWP di MRSM. Seronok di sana dulu, sebab apa nak tahu? Cara belajar dan kenalan adalah dari seluruh negara. Masa tu rasa seronok sebab apa , yer la budak kampung  baru bergaul di dunia luar. Disinilah rupanya lahir insan-insan berjaya. 
Sekarang lepas 15 tahun, ada yang jadi Doctor, Jurutera, Pilot, Penyanyi , Guru, Polis dan lain-lain. Siapa sangka ada yang dah tahap PHD dan lain-lain. Hebat kawan rakan ummi. 
Di Jalan Jenun, 06700 Pendang, Kedah, inilah permulaan bagi kami. MRSM Pendang adalah MRSM yang ke 27 dibina di Negara ini. MRSM Pendang mempunyai 4 blok akademik dan pentadbiran, 4 blok asrama yang memuatkan bilik pelajar puteri dan bilik pelajar putera dengan kapasiti maksimum 750 orang pelajar. MRSM ini juga dilengkapi dengan 25 bilik darjah, 13 makmal sains, 2 makmal komputer, 1 bilik bitara (makmal induk komputer), 4 bengkel Kemahiran Hidup, Dewan Selera, Dewan Serbaguna, Pusat Sumber Pembelajaran, Bilik Multimedia, 2 bilik tayangan ,bilik audio video, makmal senireka, makmal reka cipta, dewan kuliah, bilik sakit, cafeteria dan mempunyai kemudahan sukan yang lengkap.

MRSM Pendang juga dilengkapi dengan kuarters untuk staf. Ia terdiri daripada 1 unit rumah Pengetua, 2 unit rumah Penolong Pengetua, 1 unit rumah ketua warden, 8 unit rumah guru dan 5 unit rumah kakitangan. Rumah-rumah warden juga dibina di hujung setiap blok asrama bagi memudahkan urusan dengan pelajar.

MRSM Pendang telah mula beroperasi pada 16 April 2001, dengan pengambilan pelajar perintis seramai 476 orang yang terdiri daripada 281 pelajar tingkatan 4 dan 195 pelajar tingkatan 1, dengan bilangan tenaga pengajar perintis seramai 34 orang dan staf sokongan yang lain. Pengetua pertama MRSM Pendang ialah Tuan Haji Zakaria Bin Mohd Noor.

MRSM ada sistem HOMEROOM , dimana pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan set iap kumpulan ada seorang gurusebagai ibu dan ayah. Kami di HOMEROOM, seperti adik beradik yang seib dan bapa.

 Gambar kenangan dengan rakan-rakan MRSM . Mala, Hidayah, Azlin, Sulastri, Ana Raffali dan lain-lain.

 Masyaallah, rasa rindu di zaman sekolah . Semoga adik-adik yang lain dapat teruskan legasi kami di MRSM Pendang dulu dan menjadi antara insan-insan yang memberi manfaat kepada orang lain.

MRSM PENDANG 15 TAHUN – SIRIH PULANG KE GAGANG

Salam Kerinduan.

20 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *