Masam Manis "Life"

CARA DIDIK ANAK

Setiap ibu bapa ada matlamat  menjadikan anak-anak kita hebat dan berjaya dalam hidup mereka. Namun berapa ramai yang berusaha  ke arah nak melihat anak mereka berjaya? Nak tahu? Ummi memang garang dengan anak-anak, tapi garang dalam kelembutan. Macam main tarik tali, ada masa tarik ada masa lepaskan. Yer la, anak ramai kan , lelaki pula tu bukan senang. Ummi tak hantar along ke sekolah tadika macam budak-budak lain tau. Tapi dari usia 4 tahun along dah pergi ke kelas membaca. Alhamdulillah, kini 6 tahun along dah lancar membaca. Kelas dengan rumah jaraknya jauh ambil masa 40minit untuk hantar. Ini namanya perngorbanan ibu bapa. 
Ummi memang berhasrat nak jadikan mereka seseorang yang berjaya. Kita doa dan usaha. Allah kan kaya dan memakbulkan doa-doa kita. Jangan putus asa jika anak-anak masih belum capai apa yang kita hajatkan. Dan bagi ibu bapa yang ada isu anak lambat bercakap, ajarkan anak-anak dengan SURAH AL-FATIHAH sejak anak masih bayi. Insyaallah mereka membesar dengan kebolehan bercakap dengan lancar dan fasih. Usahakan yer, malam-malam sebelum tidur itu masa terbaik untuk ajarkan anak-anak hafazan.

Menjadi apapun anak kita nanti, mereka tetaplah anak kita, dan yang paling penting dari semua hal yang dapat kita berikan kepada mereka adalah cinta tanpa syarat. Bukan cinta yang yang bergantung pada sesuatu. – Rosaleen Dickson
#umminani
#kelabbloggerbenashaari
#likeforlike
#malaysianblogger
#blogger
#kbba9
#parentingblogger
#gslef

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *