PERJALANAN DENGAN KTMB KL-ARAU-KL

26 Ogos 2015 Kami mulakan perjalanan dari KL Sentral ke Arau. Perjalanan dari KL Sentral bermula jam 930pm, jadi kami gerak awal dari pejabat dalam jam 630pm, kami pergi ke stesen KTM KL. Sebab apa tau, sebab nak jalan-jalan ke NU SENTRAL. Situ shopping compex baru dibuka, tak pernah jelajah lagi. 

Ala-ala backpackers bergambar dengan gayanya. 😉 

Dah penat tawaf Nu Sentral, kami pilih untuk makan Kenny Rogers, ini setelah agak berapa tahun kami tak masuk kenny rogers tau, hahahah agak-agak la kan 😉 
Kenny rogers ini best sebab makanan dia sangat berkhasiat, namun harga agak berpatutan  jika nak makan ramai-ramai kena sediakan ongkos lebih banyak.

Sepanjang malam perjalanan kami, kami solat Subuh dalam train. Sangat selesa untuk solat, namun, kena ganti-ganti la, satu tempaty jer untuk solat. 
Tolet dalam KTM pun agak muat-muat jer.  😉 

Lepas kami solat subuh, dah dalam 630am, kami ke coach yang sedikan makanan. Saja nak cuba, makanan dlm ni , nasi gorang saja dalam RM6.00 dan burger dalam RM4.50 , air panas instant dalam RM1.50. Standard untuk makanan dalam perjalanan. 
Nak jimat , bawa makanan sendiri yer 😉 

Kami sampai Arau dalam jam 810am 27 Ogos 2015. Adik Hafizuddin terus ambik kami dan kami ke Makhamah Tinggu Syariah Perlis. Apppointment jam 9am.

Sekali sekala wefie dengan mak . 

Wefie dengan abg-abg dan adik dan MAK. Ini keluarga kami yang tinggal.

===================================
27 Ogos 2015 kami gerak dari Arau – KL Sentral jam 730pm. Kali ini kami nak coach L2, Ini ada katil. 
Nak cuba katil pula, so review kami , sangat sesuai untuk perjalanan jauh. Harga 1 sit dari Arau-KL RM54.00 untuk katil bawah dan RM48.00 untuk katil atas. Sangat selesa , kalai naik yang coach ekonomi tikiet RM42.00 , TAK JAUH BEZA. So, nak selesa ambik katil. Memang best . 

Luaskan ?? 
Selesa sangat.
Kami sampai KL Sentral jam 530am, terus tunggu solat subuh dan ambik KTM ke stesen KTM KL. 28 Ogos 2015 hari Jumaat, kami sarapan dulu kat nasi kandar KTM. Ramai sangat orang sebab ada raptai hari  kemerdekaan .
————————-
Sekian , cerita kami naik KTM ke Arau dari KL Sentral.
Siapa nak cuba ??
————————-
Terima kasih kepada yang sudi membaca, tinggalkan komen jika suka.
Ummi blogwalking blog kawan-kawan pula nanti yer .

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge