Month: August 2015

Maani Terapi Spa Sdn. Bhd

https://annafiz.wordpress.com/tajalli/pengertian-sifat-maani/

Kenapa nama kami pilih : MAANI TERAPI SPA ?
Ini kerana “MAANI ‘ itu sangat luas pengertiannya.
Semua nya atas kehendak dan didalam pengetahuan Allah swt.
Sakit ada penyembuhan.
Kita, berikhtiar.
Yang menyembuhan semua dalam pengetahuan Allah swt.

follow ig kami  : maaniterapispa

————

Sifat Ma’ani, maksudnya adalah sifat-sifat Allah yang penggambaran (Tajalli) makna lahir sifat-sifat tersebut pada manusia. Sifat ma’ani antaranya ada:

kuasa
kehendak
mengetahui
hidup

boleh baca di sini :
https://annafiz.wordpress.com/tajal…/pengertian-sifat-maani/
RAJA BEKAM

Terima Kasih

Assalamualaikum , sahabat yang di kasihi,
warkah terima kasih kami lontarkan untuk sahabat yang menyokong kami.

Tanpa anda , kami bukan siapa-siapa.
Kerana di sebalik kejayaan kami adalah anda, rakan-rakan kami .

Terima kasih.
Semoga pertolongan anda “LIKE ” membantu menaikkan semangat kami untuk terus beri khidmat kepada lebih ramai orang.

Kami hanya insan biasa yang hanya memohon allah swt bantu kami melalui anda semua.

Salam sahabat ,
Terima kasih semua

Muazam Nawawi & Nooraini Ali

RAJA BEKAM

‪#‎RAJABEKAM‬
‪#‎bekam‬

JODOH BAIK UNTUK ORANG BAIK-BAIK

Ya Rahman ,Ya Rahim *Sharing is caring.

Ramai orang tak sedar bahawa ramai orang ,termasuk adik beradik,abang ,kakak,ipar yang sayangkan mereka.

Namun,Kerana kelalaian mereka, dan bahasa mudah BODOH, mereka anggap nasihat menjengkelkan. Walhal, di sebalik nasihat itu ada hikmah yg perlu dilihat dengan mata hati BUKAN MATA KASAR.

Sedarilah,jika apa yg di tulis oleh penulis ini BENAR, maka si gadis berikut dalam kerugian dan dalam tak sedar ALLAH SWT sedang murka dengannya kerana :
Allah bagi nikmat tubuh utk usaha tak nak usaha.
Allah bagi akal pikir tak nak pikir.

Allah bagi mak ayah untuk dapatkan restu dan doa mereka ,tapi diabaikan.
Allah bagi kudrat utk solat,kita ambik sambil lewa.

MALANG lagi, bila agama di PERMAINAN.

Ingatan,bila kita main dengan hikum Allah, Allah murka, bukan masuk syurga,bau lagilah jauh.
Malu dengan Allah swt lebih baik drp malu dgn manusia.

Kalau kawan dengan JEMBALANG, JEMBALANG LAH KITA JADI!
KALAU KAWAN DENGAN USTAZAH TAK MUSTAHIL KITA JADI USTAZAH DI HATI ANAK2,SUAMI DAN MAK AYAH.

PILIH.

Saya yakin hidayah allah swt kita tak tahu bila dan nak bagi siapa dulu.
Semoga allah swt bimbing saya dengan Ya baari , DIA aturkan perjalanan hidup saya sebaikknya dan orang yg kita sayangi sebaiknya.

‪#‎sayanasihatsebabsayakesian‬

‪#‎umminani‬

ADAT PERKAHWINAN PEGAWAI POLIS

ADAT PERKAHWINAN PEGAWAI POLIS

Artikel berkaitan :  BEST KE SWORD BARREL POLIS?

15 OGOS 2015 DI DEWAN KOMUNITI DESA PETALING Hari ini Mr Suami, meraikan rakan sepejabat dengan membantu melangsungkan majlis Sword Barrel  .Sword barrel hanya untuk PEGAWAI POLIS dan TENTERA.Dengan pakaian istiadat. Anggota polis TIDAK LAYAK untuk lalu bawah pedang. Nak lalu bawah pedang, kena kahwin dengan pegawai yerrr .

Sword Barrel merupakan satu majlis perkahwinan yang penuh dengan adat dan istiadatnya. Ianye merupakan hari yang indah dan bermakna bagi pasangan mempelai. Sejarah Sword Barrel berasal dari British dan ianya dilakukan khas untuk meraikan Pegawai-Pegawai Polis dan Tentera yang telah ditauliahkan oleh Yang Dipertuan Agong ataupun Raja-raja Melayu.

Jom baca HUKUM  HARAM KE HALAL??

Pembaca:
“salam admin,saya nak tanya,hukum yang kahwin lalu bawah pedang tu camne?bole rosak akidah jugak ke?sbb pegawai tentera besenye praktikkan benda ni..”
Aku:
“W’salam, rosak akidah jika satu adat tu hanya khusus pada penganut agama tertentu dan kita ikut buat walaupun dah tahu haram…Dalam hal kawin lalu bawah pedang itu, maybe ia lebih pada simbolik tentera, tapi jika asalnya adalah simbolik agama lain, maka haramlah hukumnya…niat tidak menghalalkan cara, jadi kena kaji dulu dari mana asal usul lalu bawah pedang tu..jika tidak bercanggah dengan Islam…tak ada masalah kot..tapi kalau ianya berakar umbi dari tradisi agama lain..maka kena tinggalkan..Wallahua’lam.”
Pembaca:
“boleh tak tuan admin tolong kaji tentang adat ni..sebab saya teringin jugak nak wat benda ni bila dah kahwin nnti..kalau terbukti mmg haram insyaAllah saya tinggalkan..mintak tolong..”
Aku:
“Soalan tersebut telah diajukan pada mereka yang lebih terer..harap sama2 kita tunggu agar kita dapat jawapan yang lebih mantap…”
Dengan itu aku telah mengemukakan soalan pada Yang Berbahgia Ustaz Azhar Idrus di dalam Forum Digital Mukmin.
Acara kahwin lalu bawah pedang macam askar
Assalamualaikum Ustaz,
Disini saya ingin bertanya pada Yang Berbahgia Ustaz tentang hukum melakukan acara kahwin yang mana pengantin lalu dibawah pedang, seperti mana yang biasa dilakukan jika pengantin adalah anggota tentera. Adakah ianya harus, makruh, haram dan sebagainya. Kerana dikhuatiri mengikut amalan agama lain. Apa pandangan ustaz?
Sekian terima kasih.
 Forumer 1:
“pegawai tentera rmai ikut adat perkahwinan laggu tu…. 😕  😕   “
Forumer 2:
Itu jalan bawah pedang. Macamana pulak halnya tentang kawad pedang? Yang masa hendak memberi hormat, pedang itu akan dibawa ke dada kiri dan kanan dan kemudian kucup hulu pedang persis membuat tanda salib didada?
“stkt ambe bljr kawad pedang akdop lg wak g dada kiri kanan…wak g dada kiri ade la… :-?”

JAWAPAN USTAZ:

“Acara lalu bawah pedang ketika berkahwin tidak haram dilakukan kerana ia bukan amalan agama lain tetapi amalan tentera sahaja dengan syarat jangan diiktiqad didalam hati acara tersebut elok dilakukan.
 
Jika memang ada buat seperti tanda salib maka barulah haram dilakukan.”
Aku juga telah ajukan pada Yang berbahgia Ustaz Kazim Elias.

JAWAPAN USTAZ KAZIM:

“selagi tiada hadis dan nas mengatakan haram maka tiada lah haram”
CREDIT KEPADA TUAN BLOGGER HADY  :

KLCITY GRAND PRIX

9 OGOS 2015
1100AM
Hari ini ada jamuan makan sempena sambutan hari raya office suami di MCC, KDNKA. Jadi lepas hantar suami ke tempat kerja , kami pergi KLGRAND PRIX 2015 di KLCC.
Kami park kat parking KLCC, dan jalan keluar melalui pintu kedai COACH.
Mula-mula, kami cari lokasi nak tengok perlumbaan.
Dapat berdiri kat menara untuk petugas sequrity ambik video. Dan kebetulan kat situ , tempat permulaan. Selesa bagi kami stay situ, sebab tak perlu nak dukung angah dan along.
Jam1155 mula 1st game. kereta nissan dll. 
Lepas tu ummi dah letih dalam 1250tgh ummi ajak anak-anak balik. Kami keluar melalui jalan lebuhraya bertingkat. 
Inilah namanya rezeki. Main redah jer sebenarnya. Tengok ada pula LAMBORGHINI dan FERRARI parking kat sini.
Apa lagi, alonng dan angah kecoh la nak turun, sebab ada parking tepi jalan jer, bibik dengan adik sarah duduk dalam kereta dan ummi bawa anak-anak turun bergambar.
Huishh, seronok sakan.
Angah  :” ini FERRARI Angah, angah punya”
Siap cium , peluk si angah dan along kereta masing-masing.
Feeling sakan.
Takpe ummi doakan anak-anak ummi jadi anak soleh dan dapat kereta impian masing-masing.
Jom layan gambar.
Biar gambar berbicara.
“Angah nak belajar bersungguh-sungguh nak beli kunci FERRARI”
ini ayat keluar dari mulut angah. 
🙂

ANAK 2 TAHUN MENULIS

2 years old and 6 months child .
Malam ni fokus belajar pegang pensil dan buat garisan.

Ini sebahagian daripada teknik awal nak menulis.

Angah still learning.
Kalau lagu “abu ada ayam” dah pandai,now kena belajar menulis.
Target awal tahun depan dah boleh masuk class membaca #bacalahanakku

Ramai yang tanya,bagaimana nak ajar anak dan didik anak boleh duduk belajar?

Simple: kita jadi contoh,jadi teman,duduk sama-sama dan buat latihan bersama.

Angah dan along ummi memang bagi #juzq30 supaya otak lebih pick up.

@maaniterapispa

Ada lagi tips nanti ummi share .

#tadika
#homeschooling

OPEN HOUSE 16 SYAWAL 2015

Semalam 1 Ogos 2015 16 syawal kami beraya lagi . Banyak open house. Mr suami merangkap abah budak-budak ni kerja. So kami jer jalan-jalan.

1130am kami pergi rumah abang merangkap sepupu budak-budak ni. Lepas zuhur baru kami gerak ke Puchong Prima rumah Lydia. Lydia dengan suami baik sangat kenal tahun 2012 sampai kini masih berukhwah.

Lepas ke rumah Lydia ,kami ikut NPE highway ke desa Aman 2 , rumah ACP Mat Khir dan Isteri. Rumah terbuka ke dua. Disini budak-budak jumpa nasi untuk di jamah. Along kan perut nasi,wajib jumpa nasi sehari sekali.

Lepas dah penat seharian,dah masuk asar kami terus ke rumah tok abah merangkap murah m.i.l. untuk solat dan rehat. Lepas tu,solat maghrib.

Lepas solat kami ke rumah En Abu Hassan no.28 lorong 3 Tmn Bukit Semenyih. dan lepas makan yong tau foo di sana kami ke rumah pak cik Wahid yang selalu hantar ayam pada kami sampai depan pintu bila kami order.

2 ogos sambung mini reunion ex oc Uitm Perlis.

Sambung nanti.