ADAT PERKAHWINAN PEGAWAI POLIS

ADAT PERKAHWINAN PEGAWAI POLIS

Artikel berkaitan :  BEST KE SWORD BARREL POLIS?

15 OGOS 2015 DI DEWAN KOMUNITI DESA PETALING Hari ini Mr Suami, meraikan rakan sepejabat dengan membantu melangsungkan majlis Sword Barrel  .Sword barrel hanya untuk PEGAWAI POLIS dan TENTERA.Dengan pakaian istiadat. Anggota polis TIDAK LAYAK untuk lalu bawah pedang. Nak lalu bawah pedang, kena kahwin dengan pegawai yerrr .

Sword Barrel merupakan satu majlis perkahwinan yang penuh dengan adat dan istiadatnya. Ianye merupakan hari yang indah dan bermakna bagi pasangan mempelai. Sejarah Sword Barrel berasal dari British dan ianya dilakukan khas untuk meraikan Pegawai-Pegawai Polis dan Tentera yang telah ditauliahkan oleh Yang Dipertuan Agong ataupun Raja-raja Melayu.

Jom baca HUKUM  HARAM KE HALAL??

Pembaca:
“salam admin,saya nak tanya,hukum yang kahwin lalu bawah pedang tu camne?bole rosak akidah jugak ke?sbb pegawai tentera besenye praktikkan benda ni..”
Aku:
“W’salam, rosak akidah jika satu adat tu hanya khusus pada penganut agama tertentu dan kita ikut buat walaupun dah tahu haram…Dalam hal kawin lalu bawah pedang itu, maybe ia lebih pada simbolik tentera, tapi jika asalnya adalah simbolik agama lain, maka haramlah hukumnya…niat tidak menghalalkan cara, jadi kena kaji dulu dari mana asal usul lalu bawah pedang tu..jika tidak bercanggah dengan Islam…tak ada masalah kot..tapi kalau ianya berakar umbi dari tradisi agama lain..maka kena tinggalkan..Wallahua’lam.”
Pembaca:
“boleh tak tuan admin tolong kaji tentang adat ni..sebab saya teringin jugak nak wat benda ni bila dah kahwin nnti..kalau terbukti mmg haram insyaAllah saya tinggalkan..mintak tolong..”
Aku:
“Soalan tersebut telah diajukan pada mereka yang lebih terer..harap sama2 kita tunggu agar kita dapat jawapan yang lebih mantap…”
Dengan itu aku telah mengemukakan soalan pada Yang Berbahgia Ustaz Azhar Idrus di dalam Forum Digital Mukmin.
Acara kahwin lalu bawah pedang macam askar
Assalamualaikum Ustaz,
Disini saya ingin bertanya pada Yang Berbahgia Ustaz tentang hukum melakukan acara kahwin yang mana pengantin lalu dibawah pedang, seperti mana yang biasa dilakukan jika pengantin adalah anggota tentera. Adakah ianya harus, makruh, haram dan sebagainya. Kerana dikhuatiri mengikut amalan agama lain. Apa pandangan ustaz?
Sekian terima kasih.
 Forumer 1:
“pegawai tentera rmai ikut adat perkahwinan laggu tu…. 😕  😕   “
Forumer 2:
Itu jalan bawah pedang. Macamana pulak halnya tentang kawad pedang? Yang masa hendak memberi hormat, pedang itu akan dibawa ke dada kiri dan kanan dan kemudian kucup hulu pedang persis membuat tanda salib didada?
“stkt ambe bljr kawad pedang akdop lg wak g dada kiri kanan…wak g dada kiri ade la… :-?”

JAWAPAN USTAZ:

“Acara lalu bawah pedang ketika berkahwin tidak haram dilakukan kerana ia bukan amalan agama lain tetapi amalan tentera sahaja dengan syarat jangan diiktiqad didalam hati acara tersebut elok dilakukan.
 
Jika memang ada buat seperti tanda salib maka barulah haram dilakukan.”
Aku juga telah ajukan pada Yang berbahgia Ustaz Kazim Elias.

JAWAPAN USTAZ KAZIM:

“selagi tiada hadis dan nas mengatakan haram maka tiada lah haram”
CREDIT KEPADA TUAN BLOGGER HADY  :

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge