Masam Manis "Life"

BUFFET RAMADHAN VISTANA HOTEL KL

06072015 Unit Waran Tangkap Trafik Bukit Aman , kami plan untuk berbuka puasa sama-sama sebagai aktiviti tahunan kami. 
Alhamdulillah , segalanya berjalan lancar. 
Walaupun kehadiran tidak semua anggota , tapi suasana tetap meriah. 
Jom layan menu yang disediakan :
Kuih muih yang disediakan banyak sangat . Ini anyaranya agar-agar ke puding  kacang merah,

Banyakkan kuihnya, berbaloi untuk merasa setiap satu. 

Pelbagai jenis kuih dan agar-agar . 

Ini bahagian dessert. Walaupun banyak, tak semua dapat masuk ke mulut. Bukan rezeki, sebab perut dah full tank .:) 

Ini di bahagian luar,set buffet sekeliling swimming pool ini.  Ada macam-maca juadah, kerang rebus, abc, air sirap dll. 

Kami sampai awal, dalam jam 6pm dari pejabat sebab sebelum tu ambik anak-anak dan bibik dulu di rumah. Lepas tu, singgah solat asar di pejabat, baru gerak ke VISTANA HOTEL KL.

Ala, gambar tak berapa jadi, its okay, nampak sikit-sikit kan.. 😉 

Sakan anak-anak ummi, Mustaqim dan Muhaimin dengan gaya OPPO.
Bergaya sakan. seronok dapat jalan-jalan walaupun tak puasa. 

Nampak selerakan, fuh..rojak ni kalau makan di waktu tengahari sedap lagi ini. 

Peninjau meja buffet makanan . 

Bibik gaya datin berbuka puasa kat hotel 😉 

Ini dengan sahabat dan kenalan pejabat. Dengan merekalah saya bekerja dan mereka sangat baik dan selalu bagi kerjasama yang baik . 

Sudut paling larisss dan ramai peminat , kambingggg . 
Alhamdulillah Ini baru part 2 . Apa berlaku next part 3 yer .

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *