Month: April 2015

Sharing dari DRAH dan Ellzada. Pemilik Butik yang meraih jualan jutaan ringgit dalam bisnes yang diusahakan.

Perkongsian dari Cikpuan Elliyin Rasif.

“Serba sedikit yang boleh saya kongsikan tentang Personal Branding & Positioning di SOCIAL MEDIA FB & IG (kat fizikal world lain pula)

 Mula2 kita perlu pilih ciri-ciri yang mahu dikaitkan dengan diri kita. Sebaik-baiknya ciri-ciri ini hendaklah tema-tema yang bersangkutan dengan bisnes @ hidup kita dan tidak bercanggah dengan sesuatu yang kita represent.

 Positioning dalam personal branding adalah berkenaan apa yang ORANG LAIN akan RASA & FIKIR tentang kita. Apa tanggapan orang tentang kita. Ianya adalah persepsi yang boleh didorong.

 apabila orang sebut nama kita, apa yang akan terbayang di fikiran orang yang mengenali

TIPS utk org bisnes:
+ bila nak upload gambar, uploadlah gambar yang sharp dan terang. Gambar blur dan tak cukup pencahayaan, terangkan dahulu. Boleh guna apps Pic Tap Go. Saya guna apps ni utk tingkatkan kualiti warna gambar. Kualiti gambar lebih penting lagi jika di IG.

+ kalau upload gambar diri, make sure dalam keadaan yang elok. Janganlah kelihatan comot dan tidak terurus. Gambar candid boleh tetapi bukan yang boleh sabotaj imej diri. Know which and what to share. Impact we-fie adalah lebih baik dari selfie utk imej usahawan.

+ kongsikan informasi yang VALID sahaja. Elakkan dikenali sebagai org tukang copy paste atau tukang forward nnt ada risiko orang pertikai IQ kita sbg bisnesman.

+ ceritakan kejayaan dengan seni ayat yang sesuai untuk imej orang bisnes. Gunakan bahasa teratur, encouraging dan berkualiti. Kita mungkin dinilai daripada ayat kita sebelum orang memilih untuk talk atau sharing. Bahasa yang baik boleh menaikkan ‘saham’ untuk dijemput memberi sharing dan talk. Semakin banyak pentas, kredibiliti meningkat— ini menaikkan modal diri & modal sosial. Orang mahu berkawan-kawan dengan orang di atas pentas.

+ pantau 10 post terkini di wall FB kita. Elakkan content bersepah2 dengan tagging dan sebagainya. Kebanyakan orang yang mempunyai ramai followers di FB akan activate function REVIEW TAGS di timeline kita. Pilih-pilih posts berkualiti & tidak redundant sahaja untuk terbit di wall kita. Kita boleh pilih untuk wall kita menerbitkan post kita sahaja jadi followers lebih fokus terhadap konten daripada kita.

+ buat content-sharing secara konsisten. Elakkan menyepi 2-3hari. Sekurang-kurangnya 1 post sehari supaya jelas akaun kita aktif dan menarik minat orang utk berkongsi.

+ elakkan buat statement yang merendahkan diri sendiri. Perlu rendah hati tetapi tak perlu merendah-rendahkan diri. Label yang kita beri kepada diri kita akan beri kesan kepada imej. Hati-hati dengan label yang kita gantung pada diri kita.

+ jangan terlalu menjual produk/bisnes kita. Cerita tentang bisnes tapi tak perlu suruh-suruh beli. Setiap 10 posts, 1 post sahaja untuk SERVICE RECOMMENDATION. Selebihnya tentang perkara lain berkaitan bisnes, buah fikiran, pengalaman dan cerita-cerita yang menyumbang kepada pembinaan imej dan positioning

+ banyakkan cerita tentang bisnes bisnes bisnes yang blh dihadam oleh orang yang tidak berbisnes”

UNTUK PART TIME BUSINESS MAN/WOMEN .

Jerry Zafrul Rizal Mat
Ramai yang berkobar- kobar lepas hadiri mana- mana seminar dan bertanyakan- “should I quit my job and focus on my business?”

Honestly speaking, I don’t have the answer. I dunno what the future has in store for you. It’s not fair! You cannot throw me that question. Jangan kerana dek semangat, kita nak tinggalkan apa benda yang kita ada.

Kenapa berkerja? Sebab kita perlu berkuli dulu. Belajar selok belok perniagaan daripada majikan. Belajar buat semua perkara. Bila dah faham akan timbul mahir. Bila dah mahir, kita mampu hadapi segala cabaran.

Cuba fikirkan, rasanya bila dah ada bisnes sendiri, situasinya akan sama bila kita berkerja? Semua dah sedia ada depan mata? Gaji dah tentu- tentunya boleh dapat biarpun kita MC, EL dan segala benda tabiat buruk kita buat dengan majikan tanpa rasa bersalah.

Bila dah ada bisnes, semua benda kena buat sendiri. Pengurusan, perakaunan, marketing, sales. Segala bendalah kena gentel sendiri.

Mula dengan part-time! Bila dah steady dan dah mula mampu untuk jana lebih dari apa yang kita sedia dapat, baru boleh fikir nak resign. Mula dengan apa yang ada ditangan.

Cabaran berniaga nie payah! Tak mudah. Jiwa raga kena kental. No more MC, no more EL. Jadikan pengalaman dan peluang yang ada bila tempoh berkerja itu sebagai panduan. Take notice! Make the effort to learn. Absorb as much knowledge on the art of doing things from your current employer which could be implemented into your own business. The day you are off from the business means- no money for you. This is what I want to highlight for the starters.

Bina network, bina rakan niaga yang boleh bantu. Ini untuk segala aspek. Memang seronok bila dah mula berniaga. Sungguh! Perlu ada ilmu. Tapi tindakan juga perlu.

Dalam “kursus” Intensive Business Coaching, saya siap beri template untuk permudahkan cara. Nak tanya- berapa ramai dah mula gunakan?

Terutama bab Cashflow Management, HR & simple Agreement tu? Ini panduan untuk dijadikan ikutan.

Mentor saya pesan dulu- read, understand, digest and implement. It’s just English Jerry!!! And that’s how I learn.

Disebabkan tempoh perkulian itu, saya mula faham pancaroba bisnes…

Terima kasih kepada kak Haslina Ali

————–> Terima kasih kepada kak Haslina Ali

Disaat saya menulis catatan ini , melinang air mata bersyukur kehadrat ilhai kerana dengan kurnia-Nya dapat saya bekenalan dengan keluarga ini walaupun di facebook sahaja.

Saat pertama bersua muka , ketika AMP 2013 di dalam surau, saya ketika itu bukan siapa-siapa, rasa BEST melihat kak ina menggayakan koleksi Sri Munawwarah Design . Saya menegur kak ina, cantik baju dan harganya pasti mahal. (saat tu saya rasa mahal sangattt). Alhamdulillah kini saya dapat menjadikan koleksi Sri Munawwarah sebahagian daripada koleksi almari saya. Rupanya bukan mahal pada nilai harga, tapi MAHAL pada nilai sebaliknya.

Dalam hati saya merasakan ada sesuatu yang menarik untuk saya ikuti wanita hebat ini. Saya di terima sebagai rakan fb. Setiap masa saya akan sentiasa follow fb beliau.

Saya rasa masyaallah, anak- beliau ketika itu ‪#‎feyais5‬ pandai membaca, melukis, menulis. HEBAT. sejak itu saya nekad saya akan terus follow beliau. Saya mulakan langkah mendidik anak pertama , dengan cara saya,yang mana Allah swt beri petunjuk, saya usahakan untuk mencapai seperti apa feyaa perolehi. Bijak, pandai dan talented. Alhamdulillah kini anak sulung saya MUSTAQIM 4 tahun 9 bulan dengan izin Allah swt dah berjaya membaca , menulis seperti feyaa ketika 5 tahun. Saya sangat terinspirasi dengan cara ibu ini mendidik anak. 

Kini membaca fb beliau , bagaimana anak beliau Ameera Shaheera berjaya hafaz 30juz al-quran, saya nekad! saya mesti usahakan untuk anak-anak saya seperti mana beliau berjaya beri didikan terbaik kepada puteri-puteri beliau.

Saya yakin dan percaya, dengan izin Allah swt, setiap gerak hati dan doa ibu Allah swt pasti makbulkan. Kuasa Visualisasi, insyaALLAH dengan izin Allah swt.
Semoga kak Haslina Ali terus memberikan inspirasi kepada semua .

Ameen.
‪#‎catatanummi‬

ORANG YANG BAIK

“MENGAPA ORANG BAIK SERING TERSAKITI?

Kerana orang baik selalu mendahulukan orang lain. Dalam ruang kebahagiaannya, ia tak menyediakan untuk dirinya sendiri, kecuali hanya sedikit.

MENGAPA ORANG BAIK KERAP TERTIPU?
Kerana orang baik selalu memandang orang lain tulus seperti dirinya. Ia tak menyisakan sedikitpun prasangka bahwa orang yang ia pandang penyayang mampu mengkhianatinya.

MENGAPA ORANG BAIK SERINGKALI DINISTA?
Kerana orang baik tak pernah mahu membalas. Ia hanya menerima, meski bukan dia yang memulai perkara.

MENGAPA ORANG BAIK SERING MENITISKAN AIR MATA?
Kerana orang baik tak ingin membahagi kesedihannya. Ia terbiasa mengubati sendiri lukanya, dan percaya bahwa suatu masa Allah akan mengganti kesabarannya.

NAMUN ORANG BAIK TAK PERNAH MEMBENCI YANG MELUKAINYA.
Kerana orang baik selalu memandang bahwa di atas semua, Allah-lah hakikatnya. Jika Allah mengiringnya, bagaimana ia akan mendebat kehendak-NYA. Itu sebabnya orang baik tak memiliki dendam dalam kalbunya. Jika kau buka laci2 di hatinya, akan kau temukan hanya Cinta yang dimilikinya.

“Kamu, kamu yang membaca ini pastinya ORANG YANG BAIK itu, kann….”

PETIKAN MINGGUAN MALAYSIA (KOLUM PROF DR MUHAYA) TOPIK: SIAPA MEMBENTUK IMEJ DIRI KITA (BAHAGIAN 4)

Tiga perkara yang ibu bapa tidak boleh lakukan dalam mendidik anak-anak:-

3) Membanding-bandingkan anak-anak. 
Iaitu membandingkan anak-anak dengan sesama adik-beradik mereka, atau mewujudkan persaingan antara anak kita dengan anak-anak orang lain. Anak-anak yang dididik berlumba untuk mengejar pencapaian keduniaan (menjadi kuda pacuan) untuk ayah dan ibu bermegah-megah dengan pencapaian akademik anaknya, walaupun tidak dinafikan banyak kesan positif, tetapi tanpa disedari telah membina imej diri negatif kepada anak-anak. Kerana anak-anak ini ibarat setandan kelapa, dalam setandan kelapa tidak semuanya elok buahnya.

Maka bagi anak yang mendapat penghargaan daripada ibu bapa kerana pencapaian cemerlang dalam pelajarannya mereka akan turut bermegah sama seperti ibu bapanya, sedangkan anak yang tidak berjaya mencapai hasrat ibu bapanya akan berasa rendah diri, tidak disayangi, dan berasa ibu bapanya pilih kasih. Imej diri negatif kepada anak-anak yang lemah sedang dibina oleh ibu bapa yang membanding-bandingkan kemampuan anak-anaknya.

PETIKAN MINGGUAN MALAYSIA (KOLUM PROF DR MUHAYA) TOPIK: SIAPA MEMBENTUK IMEJ DIRI KITA (BAHAGIAN 3)

Tiga perkara yang ibu bapa tidak boleh lakukan dalam mendidik anak-anak, terutama pada peringkat awal pembesarannya:-

2) menghukum anak-anak dengan cara kekerasan.
Kanak-kanak berusia 0 hingga 6 tahun, pada waktu ini perlukan sepenuhnya kasih sayang. Rahsia atau tenaga yang paling besar menjadikan dunia ini nikmat adalah kasih sayang. Kanak-kanak yang dididik dengan kasih sayang akan membentuk imej dirinya menjadi seorang yang penyayang.

Kalau mereka dibesarkan dengan kebencian dan kritikan, mereka akan belajar membenci orang dan suka mengkritik serta mencari kesalahan orang. Puji dan berilah penghargaan kepada anak-anak. Anak-anak yang sering dipuji dan diberikan penghargaan akan tinggi semangatnya, ceria dan bertenaga.

PETIKAN MINGGUAN MALAYSIA (KOLUM PROF DR MUHAYA) TOPIK: SIAPA MEMBENTUK IMEJ DIRI KITA (BAHAGIAN 2)

Tiga perkara yang ibu bapa tidak boleh lakukan dalam mendidik anak-anak, terutama pada peringkat awal pembesarannya:-

1) melabelkan anak-anak.
Contohnya apabila anak-anak kita tidak mahu berkawan dengan anak-anak tetamu yang datang ke rumah kita, di hadapan tetamu ibu bapa mengatakan anak mereka ini pemalu sangat dan tidak reti bercampur. Maka anak-anak yang mendengar penyataan ibu bapa yang memberikan label negatif kepada diri mereka, akan tertanam mesej negatif itu dalam minda bawah sedar atau minda segar mereka. Akhirnya terbentuklah imej diri seorang individu yang tidak pandai bersosial dan tidak memiliki keyakinan diri apabila mereka dewasa.

Keadaan yang sama juga akan berlaku kalau ibu bapa suka mengatakan anak mereka nakal, jahat, degil, tidak dengar kata dan seumpamanya (perkataan negatif). Berikanlah label yang positif kepada anak, seperti ‘anak yang baik’, ‘anak yang bertanggungjawab’, ‘anak yang rajin’ dan seumpamanya. Oleh sebab itu ibu bapa, kawal emosi dan berkatalah dengan akal bukan dengan emosi apabila berhadapan dengan ragam anak-anak.

PETIKAN MINGGUAN MALAYSIA (KOLUM PROF DR MUHAYA) TOPIK: SIAPA MEMBENTUK IMEJ DIRI KITA (BAHAGIAN 1)

Imej diri kita dibentuk sejak kita kecil. Sama ada positif atau negatif imej diri kita banyak bergantung kepada beberapa faktor yang saling pengaruh mempengaruhi, yang memberikan impak kepada imej diri. Selain ibu bapa, orang yang memberikan impak kepada pembentukan imej diri kita ialah, keluarga terdekat, guru-guru dan kawan-kawan.

Waktu yang paling penting pembentukan imej diri adalah bermula ketika usia seseorang 0 hingga 6 tahun. Pada peringkat usia ini, minda kanak-kanak analoginya umpama span, sama ada cecair yang jernih dan keladak yang berada di sekitarnya, semuanya diserapmasukkan ke dalam span.

Begitulah yang berlaku kepada kanak-kanak berusia 0 hingga 6 tahun ini, apa-apa yang mereka lihat dan dengar semuanya dirakamkan dalam minda bawah sedar/minda segar mereka.

TERIMA KASIH SUAMI

Jom belajar berterima kasih kepada insan bergelar suami…



6 ALASAN, MENGAPA REDHA SUAMI ADALAH SYURGA BAGI PARA ISTERI

1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu kamu mencintainya seumur hidupmu, bahkan seringkali rasa cintanya padamu lebih besar daripada rasa cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah-ibunya hingga dia dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalnya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah-ibunya.

3.Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupkan keperluan engkau dan anak-anakmu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau harus dihormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa cemburu, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang terbaik daripadanya di sisi Allah.

4.Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikan sendiri. Sedang engkau terbiasa mengadukan masalahmu padanya dengan harapan suamimu mampu memberi solusi, padahal boleh saja pada ketika itu, dia sedang memiliki masalah yang lebih besar. Namun dia tetap mengutamakan masalahmu berbanding masalah yang dihadapinya sendiri.

5.Suamimu berusaha memahami bahasa diam mu, bahasa tangisanmu. Seddangkan engkau kadangkala hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja. Itupun apabila dia mengulanginya berkali-kali.

6.Apabila engkau melakukan maksiat, maka dia ikut diseret ke neraka, kerana dia bertanggung jawab terhadap maksiatmu. Namun apabila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah diheret ke neraka. Kerana apa yang dilakukannya adalah hal-hal yang dipertanggungjawabkan ke atas dirinya sendiri.

Lapan pintu surga terbuka bagimu dan engkau boleh masuk dari mana-mana pintu yang disukai. Cukup dengan mendapat “Redha” daripada suamimu, sedangkan suamimu tidak mendapat kemuliaan seperti itu, kerana itu taat dan bersabarlah terhadapnya.

(Habib Amri hafizahullah)

MARKETING Felinna Nadea Ed Fattah


Macamana parcel kakfel bertimbun hari2? Macamana business butik kakfel berkembang maju sgt? Macamna jual inchloss 1.5juta botol dlm masa 6bulan?
Ok ni yg kakfel janjikan utk kalian…
Kakfel selalu yakin dengan janji Allah, aku buat baik Allah bagi yg baik utk aku malah inshaAllah lebih baik…
Kakfel bukan tergolong dalam org yg mengaji pondok atau dibesarkan sbg bijak pandai agama. Kakfel kategori nakal2 jugak dulu..
Tapi perniagaan benar2 mengajar kakfel utk balik ke jalan Allah, bukan sebab keuntungan semata dah.. Sbb kakfel dh jatuh hati dgn ketenangan yg kakfel dpt, dgn semua keindahan dunia yg kakfel rasa buat kakfel takut utk berbuat salah.
Ok sedikit perkongsian amalan utk naikkan rezeki.
Waktu subuh mulakan dengan solat sunat 2 rakaat kerna Allah dh janjikan siapa mulakan harinya dngan solat sunat 2rakaat di awal hari, akan dicukupkan rezeki seharian.
Kemudian buat dhuha 2/ 4 rakaat dan kalau rajin buat 8rakaat . Lebih baik buat 4 secara konsisten.
Solat zohor /asar/maghrib/isyak
Walau penat walau xlarat,walau xcukup tido,
Tahajud jangan dilupa! Buat solat taubat setiap 2 ke 3 hari
Mintak maaf kat suami setiap malam,maafkan juga org keliling yg sakiti kita setiap malam….bersihkan hati dan lihat dunia ini indah serta selalu takutkan diri dgn neraka
Antara amalan lain, jaga ibu n bapa banyakkan membaca quran, banyakkan muhasabah diri, rajin memperbaiki diri dan jangan sesekali melihat kesilapan org lain shj, nampak and kaji diri dahulu…
sedekah jangan dilupa tapi nanti kakfel kupas pasal sedekah di topik lain sbb sedekah pon ada tips2 gak.
Sesungguhnya keikhlasan akan dtg kemudian walau awal kita paksa utk buat semua ni…
Trust me, semua perkara akan jadi mudah and semua perkara akan jadi tenang…anda akan kuat!
Semoga perkongsian memberi manfaat..kakfel xda nak share tips marketing sbb bagi kakfel ini lah marketing strategy yg paling mudah dan xkeluarkan duit…
Sebab apa kakfel kata ni tips marketing mudah,sebab nya kita minta terus dgn Allah yakni DIA yg bagi rezeki kat kita ,kita fokus hanya kepada Allah dan kita yakin Dialah yg menjadikan siapa kita..