MENARA TAMING SARI , BANDAR HILIR MELAKA

Kebetulan sahabat satu platun kahwin,ajak sekali mak Perlis, dan mak ayah mertua ikut. Kami sewa homestay dan dapat jalan-jalan dengan mereka semua. Seronok dah macam rombongan.
Nampak kan,senyuman Mak-Mak ummi, bahagianya kita jika dapat bersama mereka sentiasakan. Apapun kita anak-anak ini doakan yang terbaik untuk orang tua kita.
Wajah kegembiraan Mr Suami, Mak dan abah Mertua. Seronok dapat bersama mereka.

Along posing dari atas Menara Taming Sari. Pemandangan dari sini amat cantik. Boleh nampak Melaka secara keseluruhan.

Luas juga nampak pemandangan Melaka dari atas sini. Rugi jika sampai kesini tapi tak cuba naik ke sini. Tak ada rasa gayat langsung. Dan yang pastinya keselamatan kita terjaga.

Angah juga tak ketinggalan menikmati pemandangan cantik Melaka. Walaupun kecil lagi, Ummi tahu anak Ummi suka.

Seronoknya kami. Mak dan mertua suka sangat. Anak-anak lagi la excited. Dapat tengok Melaka dari atas. Sat jer berpusing,tapi sangat berbaloi.
Kalau datang Melaka wajib naik sekali jika belum pernah naik Menara Taming Sari tau!

Harga Tiket Naik Ke Menara Taming Sari

Harga Tiket: Dewasa RM 20.00 Kanak-kanak: RM10.00 (Bawah 12 tahun)

(dengan mykad : kurang 50%) Waktu operasi : 10:00 pagi – 10:00 malam

Menara Taming Sari

Dari ketinggian 80 meter dan pemandangan sejauh 5km, pelawat dapat menyaksikan banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah seperti Selat Melaka, Kompleks TUDM,  Stadthuys, Puncak St. Paul, Memorial Kemerdekaan, Pulau Melaka dan Masjid Negeri. Tempoh perjalanan adalah 7 minit dan kapasiti penumpangnya adalah 80 orang. Ketinggiannya ialah 110 meter. Pastinya dengan keindahan  Selat Melaka yang luas serta pemandangan dan pembangunan yang pelbagai dan pesat, lawatan mereka tidak akan mudah dilupakan serta meninggalkan kenangan. Menara Taming Sari yang unik ini pastinya satu tarikan yang tidak boleh dilepaskan.

Info daripada : Majlis Bandaraya Melaka

Ummi masa naik lupa nak snap harga tiket. Jadi Ummi ambil info daripada website ya.

Serius kawasan sini best sangat. Sekitar menara Taming Sari ada Setem Muzium, ada Kedai Asam Pedas Claypot dan macam-macam lagi. 2016 – Ummi lepak sekitar Dataran Pahlawan Megamall

Posts Tagged with…

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge