• Masam Manis "Life"

    KASIH SAYANG

    Oleh :Datuk Dr Maznah Hamid APAKAH MISI HIDUP MU? Sebenarnya, setiap individu di dunia ini sedang mencari misi masing-masing. Misi membawa pengertian bahawa kita sanggup berkorban demi kebaikan dan manfaat orang lain. Diri seseorang selalunya hanya rela berkorban sesuatu perkara yang menjangkaui kepentingan diri atau yang lebih dari diri sendiri. Semua insan dalam sejarah manusia adalah individu yang terus berusaha untuk menawarkan kasih sayang kepada orang lain. Mereka gunakan hayatnya yang singkat untuk berkhidmat kepada manusia. Untuk menjadi seorang yang penuh kasih sayang, kita hendaklah memupuk perhubungan kemanusiaan yang mesra dengan orang lain. Inilah sebab kita perlu memulakan perhubungan mesra…