• Masam Manis "Life"

    CHALET Terapung Seri Idaman

    Antara tempat yang menjadi pilihan kaki pancing ialah Chalet Terapung Seri Idaman di Teluk Tempoyak, Pulau Pinang yang diuruskan Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pinang Selatan. Persekitaran yang damai di perkampungan ­nelayan dan pemandangan mengadap Jambatan ­Sultan Abdul Halim, jambatan kedua Pulau Pinang amat sesuai untuk pengunjung bersantai sambil memancing. FotoCHALET Terapung Seri Idaman sesuai untuk memancing seisi keluarga. Ketuka, gelama, sembilang dan ketam antara habuan yang bakal menanti pemancing yang menginap di sini. Dengan menggunakan umpan udang atau umpun-umpun, pemancing tidak akan pulang dengan sia-sia. Menurut Pengurus Besarnya, Omar Hassan, sambutan pelancong amat menggalakkan sehinggakan ada tempahan yang terpaksa ditolak. “Kami dalam proses menambah bilik yang ada bagi menampung permintaan…