Month: June 2014

KISAH YANG SANGAT MENARIK UNTUK DIKONGSIKAN

KISAH YANG SANGAT MENARIK UNTUK DIKONGSIKAN

”Kalau tuhan ada..kenapa dia tak amankan saja dunia ni..?”

Kisah selain dari MH370… Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.
“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Dipersilakan Share.

Buat renungan bersama….

ZIARAH KELUARGA? DITELAN MATI MAK , DI LUAH MATI BAPAK


SOALAN;

Benarkah ketaatan terhadap suami melebihi dari ketaatan terhadap ibu bapa?

JAWAPAN:

Seseorang isteri, tidak dinafikan mempunyai tanggungjawab terhadap kedua ibubapa. Melakukan tanggungjawab terhadap kedua ibubapa merupakan tuntutan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Firman Allah;

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Maksudnya;
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”

(Surah Al-Isra’ : 23)

Pun begitu, setelah ijab dan kabul antara dua lelaki dan perempuan, maka sah antara kedua-dua itu sebagai suami isteri. Apabila seseorang perempuan sudah menjadi isteri, maka ketika itu, ketaatan terhadap suaminya perlu didahulukan berbanding terhadap ibubapanya.

DALIL-DALILNYA;

Pertama: Al-Quran

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ

Maksudnya;
“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka”

(Surah An-Nisa’ : 34)

Kedua : hadis yang riwayatkan oleh Al-Bukhari;

لَا يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُومَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلَّا بِإِذْنِهِ وَلَا تَأْذَنَ فِي بَيْتِهِ إِلَّا بِإِذْنِهِ

Maksudnya;
“Tidak halal bagi seseorang perempuan itu berpuasa dalam keadaan suaminya tidak ke mana-mana, melainkan dengan izinnya. Tidak boleh seseorang perempuan mengizinkan orang masuk ke dalam rumahnya, melainkan mendapat keizinan dari suaminya[1]”

ISTIDLAL:

Dari kedua-dua dalil yang dikemukakan, menunjukkan kepada kita bahawa dalam perkara yang melibatkan kepada syahwat suami pun, isteri perlu memberikan ketaatan, maka terlebih utama isteri memberi ketaatan selain dari perkara yang melibatkan syahwat.

Justeru, ketaatan terhadap suami melebihi dari ketaatannya terhadap ibubapanya sendiri. Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Imam ahmad dalam kitab Syarh Muntaha Al-Iradah[2].

Ini dikuatkan lagi dengan satu hadis yang telah meriwayatkannya oleh Al-Hakem, lalu disahehkannya. Begitujuga, riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang hasan bahawa Aisyah R.Ha bertanya kepada Rasulullah SAW;

أي الناس أعظم حقا على المرأة قال زوجها قلت فأي الناس أعظم حقا على الرجل قال أمه

Maksudnya;
“Manusia yang manakah yang besar haknya atas perempuan?”. Menjawab Nabi SAW; “suaminya”. Berkata Aisyah; “manusia yang manakah yang besar haknya terhadap lelaki?” menjawab Nabi SAW; “ibunya[3]”

Malah, seseorang perempuan yang mentaati suaminya menyebabkan dia mendapat ruang yang cukup untuk masuk ke syurga Allah SWT.

Sabda Nabi SAW;

إذا صلت المرأة خمسها و صامت شهرها و حصنت فرجها و أطاعت زوجها قيل لها : ادخلي الجنة من أي أبواب الجنة شئت

Maksudnya;
“Apabila seseorang perempuan itu solat lima waktu, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga kemaluannya dan mentaati suaminya, maka katakanlah kepadanya, masuklah kamu ke dalam syurga daripada mana-mana pintu yang kamu mahu[4]”

HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Adalah baik jika isteri tersebut bersekali dalam melakukan ketaatan terhadap suami dan ibubapanya. Jika cara ini diambil, sudah pasti ia tidak melahirkan sebarang kemusykilan dan masalah.

Tidak dinafikan, antara tuntutan Allah SWT terhadap suami dan isteri adalah melakukan kebaikan dan hubungan silaturahim dengan keluarga dan mertua masing-masing. Pun begitu, melakukan kebaikan terhadap ibubapa dan mertua, tidak semestinya dengan menziarahi mereka, malah sudah dikatakan melakukan kebaikan dan mengadakan hubungan silaturahim kepada mereka dengan berhubung menerusi telefon, berutusan surat, e-mail dan sebagainya.

Adapun sekiranya berlaku masalah dalam hubungan kekeluargaan, seperti dengan campur tangan mertua dan ibu bapa akan melahirkan masalah pada keselamatan dan keamanan rumah tangga, maka ketika itu, si isteri hendaklah mentaati perintah suaminya. Apabila suami melarang dari menziarahi keluarganya, maka hendaklah perintah suami itu dipatuhi. Melanggari perintah suami, maka si isteri tersebut sudah boleh dikira sebagai perempuan yang derhaka.

ISYKAL

PERTAMA:

Apakah dikira sebagai dosa, jika tidak menziarahi ibu bapa disebabkan tidak mendapat keizinan dari suami?

JAWAPAN:

Tidak dikira sebagai dosa jika tidak menziarahi ibu bapa disebabkan tidak mendapat keizinan dari suami. Perkara ini disandarkan kepada satu hadis dengan sanad yang agak lemah, iaitu hadis berikut;

كان رجل قد خرج إلى سفر وعهد إلى امرأته أن لا تنزل من العلو إلى السفل وكان أبوها في الأسفل فمرض فأرسلت المرأة إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم تستأذن في النزول إلى أبيها ، فقال صلى الله عليه وسلم ” أطيعي زوجك ” فمات فاستأمرته فقال ” أطيعي زوجك ” فدفن أبوها فأرسل رسول الله صلى الله عليه وسلم إليها يخبرها أن الله قد غفر لأبيها بطاعتها لزوجها

Maksudnya;
“seorang lelaki yang keluar bermusafir. Dia telah berpesan kepada isterinya bahawa jangan turun dari tingkat atas kepada tingkat bawah. Bapa isterinya itu tinggal di tingkat bawah. Bapanya ditimpa sakit. Isterinya itu telah mengutuskan seorang perempuan kepada Rasulullah SAW agar memberi keizinan kepadanya turun untuk menziarahi bapanya yang sedang sakit. Nabi SAW bersabda; ”taatilah suami kamu”. Kemudiannya, bapanya meninggal dunia, lalu dia mengutuskan lagi kepada Rasulullah. Nabi SAW bersabda : ”taatilah suami kamu”. Jenazah bapanya dikebumikan. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan seseorang kepada si isteri untuk diberitakan bahawa Allah telah mengampunkan dosa bapanya disebabkan ketaatannya terhadap suaminya[5]”

KEDUA:

Jika suami tidak membenarkan juga menziarahi ibu bapa, sedangkan ibu bapa tidak pernah pun menjadi punca berlaku masalah rumah tangga. Apakah boleh si isteri pergi ziarah juga, tanpa mendapat keizinan dari suami?

JAWAPAN;

Sepertimana yang telah dimaklumkan di atas, ketaatan terhadap suami perlu didahulukan berbanding ketaatan terhadap ibu bapa. Justeru, apabila seseorang isteri telah menziarahi ibubapanya tanpa keizinan suami, tindakan tersebut boleh mengakibatkan isteri tersebut diisytihar sebagai isteri yang derhaka.

Isteri yang derhaka, susah untuk masuk ke syurga, kerana Nabi SAW ada bersabda;

أَيُّمَا امْرَأَةٍ مَاتَتْ وَزَوْجُهَا عَنْهَا رَاضٍ دَخَلَتْ الْجَنَّةَ

Maksudnya;
“Mana-mana perempuan yang mati, dalam keadaan suaminya sentiasa reda dengannya. Makanya, dia akan masuk syurga[6]”

Dari hadis ini, Nabi SAW menyatakan isteri yang mati dalam keadaan suaminya reda dengan kehidupannya semasa hidup bersama, isteri tersebut ditentukan syurga oleh Allah. Sebaliknya, jika isteri tersebut mati dalam keadaan suaminya tidak reda dengannya, disebabkan beberapa tindak tanduk, dan perangainya yang tidak menyenangkan hati suami, maka isteri tersebut ditentukan neraka oleh Allah SWT.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com



Kesimpulan

Suami hendaklah berusaha supaya isteri dapat berbuat baik kepada ibu bapanya sendiri. Isteri pula hendaklah menjalankan tanggungjawab kepada suami dan rumahtangga dengan sebaiknya. Suami tidak boleh mementingkan dirinya sendiri sekiranya isteri telah berusaha sedaya upayanya memenuhi tanggungjawabnya. Adalah tidak wajar seorang suami menghalang isteri daripada menziarahi ataupun berbakti kepada ibu bapanya. Dengan kata lain, seorang isteri ada tanggungjawab kepada Allah, diri, suami, anak dan ibu. Memutuskan hubungan antara anak dan ibu adalah perbuatan zalim dan berdosa. Islam tidak pernah menyuruh mana-mana orang berbuat perkara sedemikian.

Ketaatan kepada suami hanya terdapat melalui hadis, tiada ayat dalam al-Quran yang jelas memperincikannya. Ketaatan kepada suami juga BUKAN MUTLAK tanpa kompromi. Sebaliknya, ketaatan kepada ibu bapa banyak disebut dalam al-Quran. Allah SWT menyuruh kita berulangkali supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Arahan cukup jelas selepas mentaati Allah tiada ketaatan yang lebih tinggi melainkan mentaati kedua-dua orang tua.

Firman Allah SWT berkenaan berbuat baik kepada kedua ibu bapa yang bermaksud, “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.



Di samping itu, banyak lagi hadis-hadis Rasulullah SAW yang menyuruh kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Keingkaran seseorang dalam mentaati ibu bapa boleh membawa kemurkaan Allah SWT. Tidak kurang banyak riwayat yang mengisahkan balasan ke atas golongan yang menerima balasan segera dan tunai daripada Allah SWT.

Ingatlah, dari Abdullah ban Amru r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah SWT, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

Renung-renungkan…




CHALET Terapung Seri Idaman

Antara tempat yang menjadi pilihan kaki pancing ialah Chalet Terapung Seri Idaman di Teluk Tempoyak, Pulau Pinang yang diuruskan Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pinang Selatan.

Persekitaran yang damai di perkampungan ­nelayan dan pemandangan mengadap Jambatan ­Sultan Abdul Halim, jambatan kedua Pulau Pinang amat sesuai untuk pengunjung bersantai sambil memancing.

Foto
CHALET Terapung Seri Idaman sesuai untuk memancing seisi keluarga.

Ketuka, gelama, sembilang dan ketam antara habuan yang bakal menanti pemancing yang menginap di sini.

Dengan menggunakan umpan udang atau umpun-umpun, pemancing tidak akan pulang dengan sia-sia.

Menurut Pengurus Besarnya, Omar Hassan, sambutan pelancong amat menggalakkan sehinggakan ada tempahan yang terpaksa ditolak.

“Kami dalam proses menambah bilik yang ada bagi menampung permintaan yang sentiasa meningkat,” katanya.

Bagi seorang tetamu, Abdul Latif Lat dari Kedah, dia teruja apabila dapat memancing ikan dan ketam bersaiz agak besar.

Ini membuatkannya merancang untuk bercuti lagi di sini di masa depan.

Di sini juga terdapat sebuah restoran makanan laut yang beroperasi dari pagi hingga ke malam yang bagi kemudahan tetamu yang menginap.

Selain untuk berehat bersama keluarga, chalet terapung ini sesuai untuk mesyuarat atau kursus kerana terdapat kemudahan sesuai itu.

Di samping menginap dan memancing, pengunjung dapat melawat destinasi ­menarik di sekitarnya seperti Akuarium Pulau Pinang dan Muzium Perang selain tempat popular lain di Pulau Pinang.

PERKONGSIAN PERNIAGAAN

Assalamualaikum ,
maaf semua sebab lama x update di sini bukan sombong dan lupakan kawan-kawan di sini , sebab tak boleh pos disini ..kena block.
Forget it.

Sekarang dah nak masuk bulan ramadhan yang 1000 rahmat didalamnya. Lebih kan…kita tak tahu.
Hari ini nak share ilmu dulu, ilmu yang akan meningkatkan tahap pemahaman kita.
bagaimana nak business jika hati masih keladak? faham kan keladak?

PERTAMA, bersihkan hati dan luruskan niat kenapa kita nak berniaga. Mesti ada big why kan? dan sbb utama nak berniaga. JIKA itu jelas maka senang kita nak melangkah seterusnya.
Bagaimana nak tetapkan big why? Duduk diam-diam, fikirkan mana satu matlamat utama kita, kenapa kita nak kaya dan nak duit lebih? Jika tak tulis masih lagi angan -angan. maka kena mulakan dengan TULISAN.

Bila di tulis jadi matlamat.
caranya : bahagi kepada 7:
peribadi
kekeluargaan
kerjaya
matlamat kewangan
kesihatan
sosial
pendidikan

KE DUA.
Mestilah jadi seorang yang berani dan juga seorang yang tak kisah dengan apa pandangan manusia. Tapi mengharapkan redha allah swt. Rezeki takkan datang pada kita, dan wpun usaha tak tidur malam rezeki belum pasti tiba. apa kita kena buat.??
Pastikan setiap hari kita istiqamah jaga connection dengan pencipta rezeki.
100x selawat lebih lagi baik.
100x istifar
tahajjud
solat istiqarah
solat hajat
solat taubat, sbb hari hari berlalu kita ini manusia biasa tak terlepas daripada dosa.
Sedekah secara konsisten. bukan perlu kaya nak sedekah.
alang-alang berdoa, biar mohon yang besar-besar belaka , sbb allah swt maha pemberi dan maha penyayang.

KETIGA: Jadilah seorang yang berani melabur kewangan dan juga masa.
Kapasiti minda mesti kuat dan besar. kalau tak kuat sbb tu rezeki nak masuk tak masuk jer, kita selalu sangat kurang yakin dengan apa yang kita nak dapat.
Setiap hari target apa nak buat dan tentukan berapa nak jual untuk sehari bagi JAMU dan juga JUZQ30. bila kita jangkakan yang baik, maka yang baik-baik sahaja akan allah swt sampaikan pada kita.
Itu sahaja untuk kali ini…amalkan secara konsisten,insyaallah rezeki takkan lambat menemui tuannya.
=======================
PART 2
=======================
Setiap ahli disini, cuba kuasai minda dengan memberikan penerangan ttg kebaikan juzq30 dan juga jamu kepada rakan-rakan di fb, jangan taging mereka. sbb once kita tagging ibarat macam paksa mereka beli dan mungkin mereka anggap kita mengatakan anak mereka tak pandai. biar mereka sendiri buat pilihan atas apa yang mereka inginkan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga mereka.
lagi…… bila kita sharing sesuatu yang kita nak niagakan pastikan niat ikhlas. dan dalam facebook , apa nani tulis di Rahsia Otak Cerdik Anak Taat Sepantas 7 Hari kawan-kawan rakan niaga boleh copy dan paste di fb masing2..edit nama dan num tel sahaja.

Ramai kata saya tak ad internet hanya pakai telefon, tak der masalah. nak tahu??? nani juga suka update pakai telefon , sbb gambar dah ada dalam gallery ..ayat-ayat pula nani hanya tulis dalam 3-4 kebaikan sahaja. itu sama macam kita update status jer kan..so, baik kita update kebaikan juzq30 dan jamu yang mana takkan x boelh hafal 3-4 kebaikan nya.. kalau x boleh ..copy daripada pamplet.
Hendak seribu daya ..tak hendak seribu dalih.
================
BAGAIMANA SAYA SENDIRI BERMULA?
================
31 OGOS 2013 saya ke PICC untuk konvensyen muslimah dan husband ke konvensyen suami mithali. masa ni lah kami di temukan dengan JUZQ30, husband lagi caring pasal anak-anak, dia belikan 2 untuk try ..bila beli rasanya okay, dan anak-anak suka.

selepas itu kami repeat dengan 10 box..untuk kegunaan dan juga share di fb ttg kebaikkann JUZQ30. ALHAMDULILLAH menampakkan permintaan yang tinggi. Habis sahaja 10 box kami beli 1 kartoon dengan nilai RM1800.00 dapatlah keuntungan masa tu dalam RM14.00 sekotak sbb masa tu nak attrack customers dgn free postage. (promosi masa ni, untung sikit tapi yang utama BRANDING NAMA KITA SIAPA)

Bila dah ada target customers , kami terus nak repeat 3 kartoon..last HQ advise sign up platinum sbb lagi murah dan dapat bantu lebih ramai orang. thats why, skrg nani buka dropship ni, nak bantu yang xder modal banyak buat $$$$$, JIKA esok rakan niaga di sini dah ada modal sgt digalakkan simpan stok , margin tinggi dan anak-anak nak amalkan pun dapat harga murah.Kita jimat dan dalam masa yang sama make money.
So, bagi nani x mustahil semua dalam group ini akan melangkah jadi platinum, dapat free coaching dengan Dr tengku dan wife Puan tun nurul huda dll. Coaching 2 hari di hotel free okay! Kita akan melangkah ke next step bila kapasiti kita besar dan orang yang yakin bila dalam diri dia ada ilmu.
=========================
KENAPA NAK BERNIAGA BARANG ORANG LAIN?
========================
Nani sangat galakkan rakan-rakan di sini keluarkan produk sendiri jika modal besar dah ada rm30-50k dalam tangan. nak tahu sebab apa?
Branding yang berjaya adalah setelah produk melalui research dan tuan punya diri nak berniaga kapasiti besar. Biasanya dah di level contrbution, bukan lagi uncertainty mahupun jenis yang significant.
kos branding , sticker nak design yang top sahaja RM1K atau lebih okay. Bila nak printing kena printing 1k keatas jumlahnya baru dapat harga murah. ini pengalaman keluarkan

https://www.facebook.com/CrunchySiput last year. Bila tiada ilmu dan modal ..kita jadi stuck. Nak kos iklan sahaja di fb nak tarik pelanggan kena spend dlm RM1K plus..itu dulu , skrg lagi lebih untuk naikkan like sahaja.
Dan kena tahu kos marketing lain-lain dan juga nak setkan harga. Jika ada barang niaga tapi kita kurang ilmu costing dll, perniagaan kita lambat bergerak dan maju, tgk cth Brim Broune , dalam masa berapa bulan sahaja meletops, sbb utama tokey dah ada nama dan juga modal serta kapasiti yang besar. Kapasiti di sini bermakna, dia dah boleh ada agen dalam sekelip mata. kita ?

Maka, atas banyak lagi yang perlu di pertimbangkan maka, biar kita bermula dengan jual produk orang tapi sales meletops, biar kita pandai berniaga dengan try dan error. nak pandai kena belajar dan rajin belajar.
Nani akan bantu mereka yang rajin berusaha dan rajin bertanya.
Bila magnet kita baik, kita akan selalu menarik benda baik-baik.

TIPS: DALAM BEG DUIT ATAU POKET LETAKKAN DUIT NAMANYA IBU DUIT. RM10 ke RM50 ker..supaya duit melekat pada kita. JGN SESEKALI kata ini duit kecemasan, maka anda akan sentiasa cemas sentiasa dan asyik nampak duit tu jer nak gunakan.
Semoga perkongsian hari ini bermanfaat untuk kita semua. yang baik dari allah swt dan yang tak baik dari diri sendiri. Amin

KIDZANIA TRIP FOR CIC 2014

Abang mustaqim mengikuti trip sekolah this uear 2014 bersama kawan-kawan 8 mei 2014.
Seronok bukan main, coz it is first time abang naik bas.
Awal pagi jam 730am dah gerak and sampai semula ke semenyih around 5pm.
Bila ditanya seronok bukan main abang. Semoga masa bersama kawan-kawan dan teacher juga akan di manfaatkan sebaiknya.
Love abang.
By: ummi
Mustaqim dengan Ali 
Beratur nak masuk ke KID ZANIA
Ini abang tengah buat ice cream.
Mustaqim dengan Ali dan Teacher HA
Add caption
Bergambar beramai-ramai
Opss tertidur dalam bas.
Dapat gambar kenangan.
Mustaqim belakang sebelah kiri tepi kawan nama REJAB