• Masam Manis "Life"

    AKU YG SEKARANG ; BUKAN AKU YG DAHULU

    [AKU YG SEKARANG ; BUKAN AKU YG DAHULU] Masa berlalu sat jer kan.. Tahun 2013 dah masuk bulan oct. Sepanjang tahun 2013, banyak perubahan dalam hidup ini. kalau dulu buat apa pun mesti was-was,sebab hati tak yakin pada pencipta. Kalau dulu rasa,aku mesti kerja gaji besar, aku mampu bahagiakan org sekeliling aku. Sebenarnya tidak. Baru sedar…hish..hish dah 28 tahun. ..alhamdulillah ALLAH S.W.T masih sayang. Bahagia ker berjawatan tinggi,pangkat dan hujung bulan pegang duit ribuan ringgit,namun sekelip mata pendapatan itu hbs dgn bayaran sana-sini. Rupanya ada sesuatu lebih membahagiakan. Anak-anak.  Rasa sangat bahagia bekerja dgn anak-anak di depan mata.alhamdulillah. Itu bukan bermakna pen dan buku ditinggalkan. Lebih bahagia lagi restu suami…