Mengimbau semula kenangan bersalinkan anak kedua. Angah! Ingat lagi masa seminggu sebelum bersalin dan balik ke kampung. Kami cuti awal untuk balik kampung. Yang bestnya, sejarah tak boleh lupa, bila date dah dekat, plan memang nak bersalin di klinik Dr Suraya. Sehari sebelum bersalin, UN pergi klink Dr Suraya, tetapi dengan nada cuak, Dr bagitahu, kes ini kena rujuk ke hospital. Masa tu tak diberitahu kenapa. Jadi, Dr Suraya pun buat referall letter. Masa tu kami decide ke KMC Kedah. Plan memang nak doktor perempuan, jadi disitu sahaja pilihan yang ada.
Saat nak bersalin disini, memang bertuah dapat bilik best. hahaha bab harga nanti last kita bagi tahu okay. Kat bilik ini mak, suami dan adik memang masuk temankan UN. Bilik di KMC best, cukup lengkap dan selesa sangat.
Siap ada tv dan juga ruang menunggu yang cukup selesa. UN memang selesa part ini. Tapi… part nak bersalin tu..huhuhuhhu amat memberikan impak emosi pada UN.
Penunggu yang setia menunggu di bilik yang seper selesa. Haissh masa ini orang tengah sakit. Memang nak tunggu bersalin amatlah lama, sehingga kena masukkan ubat. Sakit menahan sakit tu memang terasa lebih daripada tahap 5 period!
Masa nak masuk kedewan bersalin, memang sakitlah. Masa dah di katil…nurse seluk2 pun dah tak berasa.nyilu adalah. Tapi, tak lama kemudian, terus nurse datang dan suruh team bersedia nak delivery. Rupanya baby dah berak dalam perut. Adoi, demi selamatkan ibu dan baby terus doktor buat pembedahan segera. Kalau ikutkan masa tu tak songsang, tapi mungkin ini juga reason Dr Suraya refer UN ke KMC.
Maka, lahirlah seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Afeef Muhamin. Masa UN Update entry ini, Angah dah berusia 6 tahun. Cuma entry ini UN nak ceritakan semula apa yang terjadi. Masa dulu tak pandai bloging, hanya masukkan gambar tanpa penceritaan. jadi inilah yang setakat Un ingat. Total kos adalah RM8k melahirkan Angah yang seorang. 🙂
Published with Blogger-droid v2.0.10
Alhamdulillah,tahniah.
Semoga Allah merahmati perjalanan anak dan ibu. Dijadikan anak insan yang soleh mahupun solehah dunia akhirat.DIjadikan ibu sebagai pembimbing terbaik ke syurga. Amin
tq Mel, maaf lambat respon komen mel. now dah 2 tahun lebih