Kerjaya

Kerjaya Polis, apa yang best?

Hari ni nk berkongsi cerita pasal kerjaya sebagai polis, ramai yang tanya seronok ke jadi polis nih? Seronok atau tidak, pegang pada prinsip, apa sekali pun kerjaya kita itu adalah ketentuan tuhan pada kita sejak azali lagi ..betul tak? Alhamdulillah saya dan suami sama sama dapat berkongsi kerjaya yang sama sebagai pegawai polis.

Kami mula kenal ketika itu dalam polis. UN masa kenal dengan suami masa UN recruit. Masa tu dia pegawai penyiasat trafik di Kuala Muda, Sungai Petani. Sejak 2009 hingga 2014 kami dalam cawangan Trafik. Jadi dapatlah kami sama-sama kongsi cerita hal kerja sama-sama kan. 

Ini pejabat saya/pegawai penyiasat trafik – 2009-2011

Bosan ke tak kalau hari-hari cerita tentang polis?

Susah nak cakap, kerjaya kita dah sebati dengan jiwa. Mau tak mau, kalau tak sembang hal keluarga hal kerja la. Daripada masuk pejabat sampai balik ke rumah mesti ada cerita kan. Dah kalau bukan kami sembang berdua, takkan lah nak story dengan aweks lain kan.. hahaha

Ini gambar kami berdua dalam uniform polis, Tahun 2010. Zaman ni colar batch masih yang lama. Un ni sempat pakai sekejap, zaman colar batch ini.   

Sejarah  : Syukur alhamdulillah sejak keluar dari PULAPOL , saya ditempatkan di Trafik Kl ni..seronok juga tau dok di Kl. Siapa cakap tinggal di K.L kos hidup mahal, mahal la kalau semuanya beli dan tunjuk tunjuk je kan. Nak jimat kena la rajin memasak.

Pengalaman Jadi Pegawai Penyiasat Trafik :   

Nak tau tak, jadi pegawai penyiasat trafik ni kena la berhadapan dengan kes-kes maut kat jalan raya tuh. Jalan raya di Malaysia adalah medan peperangan yang utama tau di Malaysia. Bukti? Pada Op Sikap yang lepas di ibaratkan seramai 1 orang meninggal akibat jalan raya dalam tempoh setiap 20 minit. takut tak? ramai tak tahu bukan?  

Jadi, kalau kita di atas jalan raya berhati hati dan ingat orang yang tersayang,insyaallah selamat. Mungkin kalau sebelum ni kalau dalam perjalanan kita selalu denagn lagu-lagu rock..lagu-lagu jiwang..apa kata kita ubah dengan perdengarkan bacaan-bacaan al-quran. Dengan ini hati kita lebih tenang dan dekat dengan Maha Pencipta..Insyaallah kita selamat.  

Nabi s.a.w. bersabda, “Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.” – Sahih Muslim  

Update 2019 – Kerjaya ini selama 11 tahun

Tahun 2019 – masuk tahun ke 11 Un dalam pasukan atau kerjaya Polis Diraja Malaysia. Pelbagai dugaan, cabaran , perit getir dah lalui. Peranan dalam kerjaya dan sebagai ibu muda, bukan perkara mudah. Ada masa, anak-anak terpaksa berkorban juga.

Pejabat Ibarat Rumah

Aniza Zainudinanizazainudin@hmetro.com.my

“Pejabat ummi dan abah, rumah kami juga.” Ucapan sering diutarakan empat cahaya mata milik pasangan pegawai polis, Inspektor Nooraini Ali dan Inspektor Mohd Mua’zam Mohd Nawawi yang bertugas di Bukit Aman.

Berkhidmat di Cawangan Urusetia/Kawalan Lalulintas (Modenisasi), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), yang menjurus ke arah urusan pentadbiran dan modenisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), waktu bekerja Nooraini mengikut waktu pejabat.

Namun seperti pegawai polis yang lain, wanita ini masih tidak terlepas daripada tugasan luar atau bertugas ketika cuti umum serta musim perayaan.Berbeza pula bagi suaminya yang berkhidmat di Cawangan Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam tidak terhad seperti waktu pejabat, malah kebarangkalian bertugas pada hujung minggu juga tinggi.

“Bertugas di jabatan berbeza bagi memikul amanah menjaga negara dan kesejahteraan masyarakat, sebenarnya waktu untuk bersama suami agak terhad.

“Berkhidmat dalam bidang kepolisan di bangunan yang sama, bukanlah satu kelebihan untuk kerap bertemu mahupun bertembung dengan suami. Masing-masing mempunyai tanggungjawab sendiri.

“Memiliki empat anak yang sedang membesar, selalunya saya dan suami saling bertolak-ansur untuk menguruskan anak.

“Boleh dikatakan kurang daripada empat jam sehari kami dapat bersembang mengenai keluarga mahupun kerja di rumah.

“Selain meminta bantuan tetangga menjaga anak, kami juga terpaksa membawa mereka ke pejabat sekiranya bertugas pada hujung minggu,”

“Isu timbul apabila tuntutan kerjaya memerlukan kami bertugas atau menghadiri program pada hari dan waktu yang sama. Jika ada waktu terluang, Nooraini dan suami sentiasa membuat perancangan awal melakukan aktiviti bersama anak bagi memastikan proses pembesaran mereka ke arah lebih positif.

Kesibukan masa menguruskan kerjaya dan keluarga, tidak membantutkan pasangan suami isteri yang mendirikan rumah tangga sejak lapan tahun lalu ini mencuri waktu untuk keluar cuma berdua bagi mengeratkan lagi kasih sayang antara mereka.

Tidak sekadar melihat sisi negatif, Nooraini lebih optimis apabila berbicara mengenai perkongsian kerjaya bersama suami.Baginya, kepercayaan, sokongan, toleransi dan kefahaman antara satu sama lain membuatkan hubungan mereka lebih erat.

“Dia bukan sekadar suami ataupun bapa kepada anak, dia adalah rakan sekerja saya dan sering bersama dalam proses pembangunan kerjaya, keluarga mahupun kendiri,” katanya yang akan terus menabur khidmat kepada negara.Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Disember 2017 @ 3:05 AM

Rezeki Tahun 2019 – Kenaikkan Pangkat dalam Polis

KENAIKKAN PANGKAT DALAM PDRM

Rezeki pada tahun 2019 – suami dapat kenaikkan pangkat ke PGA Bukit Aman, setelah berkhidmat selama 14 tahun. Cuma UN sahaja masih menunggu jika ada rezeki , InsyaALLAH dapat juga nant setelah melepasi Ujian Kelayakan dan Interview 2019.

Geng pegawai IPD KAJANG semasa menduduki Ujian Komputer 2019

Doakan rezeki kami dalam PDRM. Doakan juga rezeki yang kami dapat berkat serta mendapat redha Allah swt. InsyaAllah, demi membesarkan anak-anak dan memberi pada masyarakat.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *