Melawat orang sakit menginsafkan dan bawa diri sedar untuk syukur

Lawatan ke Hospital bukan sekadar tugas. Tetapi kurniaan Allah swt kepada team saya yang terdiri daripada SI Noriah dan KPL Mohamad Yusri Marzuki. Kami di tugaskan pada 18 Januari 2018. Seawal jam 10.00 pagi kami ke Glenegles Ampang dan seterusnya ke IJN, HKL dan hospital Tawakal.

Kami bukan sekadar melawat atas dasar tugas. Kata En Yusri, “Puan, kita ini direzekikan bertugas dan melawat orang sakit ini 70 malaikat mendoakan kita”.

SAKIT BUAH PINGGANG
Ini adalah Sarjan Nasir daripada Forensik Cheras. Beliau mengalami sakit buah pinggang.
Kopral mengalami masalah jantung. Nampak sihat, tetapi ada isu denyutan jantung yang laju sehingga boleh menyebabkan beliau penat dan pengsan. Doakan beliau kembali sihat.

Setuju.Seperti saya melawat Adik Arissa, sebenarnya Allah swt sedang menjentik saya supaya lebihkan kasih sayang kepada anak-anak. Syukur atas kurniaan Allah.Jom kita doakan semua yang sakit kembali sembuh untuk beribadah. InsyaAllah.

Ini ceritanya Adik Arissa :

18/01, 18:53] KONST NASRULHAQ MAD LATIF: Anak kami Nur Arissa Sofia berumur 6bulan adalah menghidap penyakit yang jarang berlaku dimalaysia yang mana penyakit ini adalah kes ke 3 di malaysia yang diberitahu oleh doktor pakar pediatrik HKL.Dari HPSF pindah HSI skrg ke HKL sudah 4buln.Walaupun diusia 6bulan kami berdoa agar anak kami tetap kuat melawan penyakitnya seperti kalsium tinggi dalam darah,tulang tidak padat dikataan tulang rapuh dan mudah patah,tulang rusuk antara ke 6 ke 7 sudah patah,manakala paru2 tidak dapat berkembang akibat tulangnya tidak dapat membesar mengikut umurnya sekarang,dan bermacam lagi yang sukar kami jelaskan.1jan yang mana anak kami dikejarkan ke icu pediatrik akibat tidak dapat mgawal penafasnya dan nadinya tiba2 menurun keseluruhan badan menjadi biru darahnya turun sangat rendah.9hari mengunakan mesin bantuan penafasan,diberi ubat tidur dan dimasukkan darah tambahan di icu.Anak kami sangat memerlukan susu CALCILO XD dari US yang mana kos nya juga besar.Moga ada keajaiban dan kesembuhan untuk anak kami.

Jika Tuan/Puan ingin membantu boleh hubungi
Nama Ayah : KONST NASRULHAQ MAD LATIF
Tempat bertugas :
BN 6, PGA : 013-6198077

Pengajaran :

Tugasan ini sangat terkesan di hati. Saya melihat akan adik Arrissa merasa amat bersyukur. Jika dibandingkan kehidupan sendiri dengan keluarga ini. Saya memiliki anak-anak yang sihat dan pintar. Bising dan cergas itu nikmat yang kadang saya lupa. Insaf dan sedar untuk menjadi ibu ayah yang lebih baik.

Keduanya, apabila melawat orang sakit, secara tidak langsung kita tahu apa sakit mereka. Punca? Ya mungkin daripada pemakanan. Jadi, apa yang kita makan wajib dijaga daripada usia muda. Kesihatan itu nikmat dan anggota tubuh Allah swt bagi adalah pinjaman yang tidak boleh kita sia-siakan.

Sama-sama kita jaga diri untuk niat menjadi insan yang boleh berjihad kepada Allah swt. Kita juga doakan saudara mara kita juga sihat dan boleh bersama-sama menikmati kehidupan yang indah ini. InsyaAllah.

Ter”offer” diri kerana rasa bersalah!

Assalamualaikum. Apa khabar semua. Nak tahu, sejak memasuki bidang blogging secara serius secara tidak langsung saya tahu beberapa perkara yang bukan dalam bidang saya sebenarnya.

Sejak 2016 saya aktif blogging di bawah kepimpinan blogger BEN ASHAARI. Kami disatukan di bawah Kelab Blogger Ben Ashaari. Sejak daripada itu, saya kenal ramai PR dan ada juga hadir event mereka. Masa mula-mula dulu hadir majlis orang sopan jer. La ni pun sopan takkan nak tantrum depan orang. Cuma lebih berani keluar daripada dunia kebiasaan.

Satu demi satu dipelajari secara tidak langsung. Sejak itu dah nampak bagaimana blogging juga dapat bantu menaikkan nama jabatan tempat bertugas sekarang.

Namun begitu apa yang kita rancang belum tentu dapat dilaksanakan. Saya cuba sampaikan hasrat beberapa kali, aa juga berdoa dan minta dalam solat tapi bila belum masanya memang impian takkan tercapai. Idea ada, tetapi apabila kita sampaikan kepada orang yang salah ianya tidak bermakna.

Semalam (17/1/2018), niat asal berjumpa dengan Boss besar kerana untuk dapatkan minit daripada beliau kerana membenarkan saya tiba ke pejabat mengikut waktu kerja anjal. Jadi saya lewat dan balik awal pada masa tertentu boss telah maklum. Jadi, siapa yang cucuk boss perkara tidak baik, pasti boss boleh tahu siapa baik siapa jahat. Namun begitu, jenggg jengg jenggg.

Tuan ada offer Insp Pro kan? Ya, Puan berminat?

Ya saya nak mohon Tuan. Saya rasa bertanggungjawab untuk membantu jabatan kita. Sedangkan saya banyak bantu jabatan luar, tapi jabatan sendiri saya tidak bantu. Jika diberikan peluang, saya akan lakukannya.

Memang terjah betul ini. Ayat tanpa skrip dan semuanya daripada isi hati. Terus boss setuju dan minta pegawai berkaitan untuk keluarkan surat arahan menjalankan tugas.  Bahasa orang muda, “Kau rasa???” Setuju kalau saya katakan apa kerja kita lakukan pasti akan menjadi seronok kalau ada minat? Jadi ini passion saya, tak salah saya luahkan pada boss. Apa orang nak cakap, abaikan sebab kita sahaja tahu kemampuan kita.

Penugasan pegawai PRO :

  1. Merancang dan menguruskan perhubungan media dan publisiti serta memupuk hubungan baik dengan media tempatan
  2. Mengurus dan membuat perancangan acara kepada jabatan/agensi
  3. merancang dan mengurus media sosial jabatan/agensi
  4. menguruskan bahan penerbitan korporat jabatan/agensi
  5. merancang dan mengurus pameran/lawatan di dalam dan luar negara
  6. mengurus sebarang maklumat balas dan aduan yang diterima oleh jabatan/agensi
  7. Memantau dan menilai isu-isu semasa dari akhbar yang dilanggan
  8. menguruskan sewaan tempat oleh organisasi/orang perseorangan di jabatan / agensi
  9. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa

Sahabat semua doakan yer. Kata boss atas daripada saya semuanya sedang diuruskan . Jadi kita hanya tunggu sejauh mana akhirnya perkara ini akan terjadi. Doa-doakanlah , saya mohon bidang saya suka dan boleh buat. Bukan atas sebab lain. Lagi satu, saya minta buat kerja harapnya tiada masalah. Lainlah saya minta pangkat, ini hanya minta untuk menjalankan tugas yang saya minat.

Jika berhasil, KBBA9 harap sudilah bekerjasama ya. Okay setakat ini dahulu. Selamat bercuti esok ya.

Apa yang syok di Perlis?

Apa best di Perlis?

Wah tajuk bukan main lagi kan? Dua minggu lepas kami balik kampung. Sebenarnya adalah untuk hantar mak balik ke kampung setelah dia datag ke sini selama hampir dua minggu.

Tiap-tiap tahun mak secara tidak sengaja mesti ada disini pada tahn baru. Rezeki mak sambut birthday dengan anak-anak disini. Kali ini nak cerita berkenaan negeri kelahiran saya dan kampung kesayangan anak-anak.

Apa ada di Perlis tahun 2018?


Tahun 2018 banyak juga perubahan di Perlis. Antaranya dah ada Hospital KPJ. Satu pembangunan mampan juga. Lepas ini tidak lagi perlu ke Alor Setar. Jika sebelum ini pasti dari Perlis akan mencari hospital seperti KMC dan Putra Medical Centre. Syukur pembangunan yang berjaya menyenangkan rakyat Perlis

Keindahan yang terpelihara:

Walaupun tahun semakin berganjak. Namun keindahan Perlis mastlih tetap sedap mata memandang. Cuba perhatikan setiap keindahan yang ada. Best kan? Dan kalau balik kampung, anak-anak yang seronok sangat. Bukan apa, disinilah mereka bebas bermain dan paling mereka suka adalah memancing.

Ini antara pemandangan yang masih ada dan mungkin lepas ini ianya hanya tinggal kenangan.

Makanan pula, kalau dekat Arau terkenal dengan capati. Kedai Capati Arau ini buka dari pagi sampai malam. Capati pun best, lembut jer. Bila makan tu, wowww nyaman di perut suka di hati.

Atas kedai capati, ada kedai bekam di Perlis. Saya dah pernah cuba berbekam disini, memang best. Boleh la jika ingin mencuba.

Perlis ini kecil, dan masih mengekalkan kehidupan kampung yang relax dan tidak ada tekanan. Jalan jem jauh sekali melainkan malam raya. Itu pun tidaklah berjam-jam dan kematu bontot berada dalam kereta. Jem yang singkat.

menarik di negeri perlis

Kampung ini sejauh mana ditinggalkan pasti akan dirindui. Serius kalau ada driver ingin sahaja balik kampung setiap minggu. Kampung mana lagi best, lalau ada cuba share. Mana tahu boleh cari homestay area sana.

Pengalaman tu sekali sahaja datang dalam hidup kita. Jadi tahun ini planning untuk bawa anak-anak menikmati suasana kampung dengan lebih kerap, walaupun hanya sekitar Kuala Lumpur.

Okaylah, kalau ada kesempatan boleh la pergi ke SINI ya. Kalau perlukan homestay hubungi nombor ini: 012- 4430338.

Bye.Saya sayang Perlis😍

Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Pesara-pesara Polis

Ya Allah , rasa rindu dengam blog sendiri sebab telah beberapa hari tidak ada kesempatan untuk log in serta mencoretkan nukilan istimewa di paparan media blog Umminani ini. Namun, bersyukur hari ini ada kesempatan untuk update blog ini. Ini cerita seharian semalam kami berkampung di PWTC sejak jam 630 pagi. Seawal 5pagi dah keluar rumah okay. Rasa kesejukkan menunggang motor tu sampai ke Dewan Merdeka.

Bersama platun mate, ASP Monanorlina.

Kali ini tugas saya adalah sebagai penyambut tetamu. Ya, tugas yang penting untuk memastikan PDRM di segani dan event berjalan lancar. Bukan apa, apabila majlis besar dan memerlukan semuanya dalam keadaan teratur, maka penyambut tetamu memainkan penting untuk mengatur urus kedudukkan juga.

SARJAN Azlina, orang yang banyak bantu saya ketika zaman io dulu. Salah seorang sarjan wanita yang bertugas sama dalam satu team. Hebat, antara penerjun wanita satu ketika dahulu. Sarjan belum pencen, namun datang bersama-sama dengan rakan-rakan yang pernah ditugaskan.

Ini pula suasana dalam dewan. Asp Yasmeen juga platun mate yang sama-sama training dulu. Manakala Insp Zana adalah orang yang banyak bekerjasama semasa dia masih di Muzium satu ketika dulu. Kini bertukar ke Insp Latihan Bukit Aman. Walaupun event disini, tak menyusahkan kami. Makanan disediakan dan pengangkutan juga disediakan. Cuma saya lebih selesa merempit dengan motorsikal.

Pengalaman:

Semasa bertugas kami berurusan dengan bekas polis yang lama-lama dulu. Ada seorang tu G650 India, masih sihat. Nama tak ingat, tapi yang menarik kami cuba bantu dia. Oleh sebab kurang pendengaran kami tanya, “Tuan, datang dari mana?” – Yang dijawab, “Saya pokis, saya tak ada surat, tapi datang sebab ada dijemput!”.

Lepas kami tidak dapat lagi nak bantu dia, terus Insp Wahida bawa orang lama ke kau ter tingkat dua.Dengar la dia mengomel, “Apa ini orang muda, tak pandai layan pegawai lama!” 🤣.

Pengalaman deal dengan orang lama. huhuu! Masa makan pula, ramai yang keliru antara dewan malan Tun Razak 3 dan 4. Maka, terpaksa la saya menjerit untuk mereka tengok pada slip yang telah diberikan. Kelakar. Lepas makan kami pun beransur balik.

Harap mereka yang datang happy balik dengan membawa sedikit saguhati daripada PM. Lepas ni,mood pilihanraya pula. Bila ya? Kita tunggu announcement okay.

 

Kitsui Generation Two Collagen dan Stemcell Mixberries saling melengkapi

Tahun 2018 umur Ummi secara tidak rasmi telah mencecah 33 tahun. Selama 33 tahun ini pelbagai asam garam kehidupan telah dihadapi. Bekerja sebagai pegawai kanan polis bukanlah setiap masa berada di pejabat. Malah kenderaan rasmi ulang alik dari rumah adalah motorsikal SYM Vts 200. Kulit jadi kusam, letih dan mula menampakkan tompok. Ada baca tentang Kitsui Generation Two Collagen. Tergerak hati untuk mencuba.

Kelebihan Kitsui Generation Two Collagen

Kitsui Generation Two Collagen
✔ Merangsang pembentukan kolagen kulit yang akan menjaga keanjalan, kelenturan serta kehalusan kulit. ✔ Mengatasi masalah “stretch mark”. ✔ Mengatasi masalah kulit berminyak. ✔ Mengatasi masalah tona kulit tidak sekata. ✔ Mengatasi masalah kedutan halus. ✔ Mengatasi masalah kulit kering. ✔ Menghilangkan parut jerawat. ✔ Menegangkan serta gebukan kulit wajah. ✔ Menambahkan tenaga ( mudah bangun pagi ). ✔ Melambatkan proses penuaan. ✔ Melembapkan kulit wajah. ✔ Mencantikkan rambut dan kuku. Ps: tidak disyorkan untuk mereka yang ada alahan terhadap makanan laut.

Semua yang dinyatakan itu la yang sedang dihadapi. Kadang tu geram rasa bila memandang wajah sendiri. Namun,apakan daya untuk bertukar skin care tak berani lagi. Takut jika salah produk sekali lagi.

Kelebihan Stemcell Mixberries

Stemcell Mixberries
✔Anti Oxidant Semula jadi. ✔ Melindungi daripada sinaran UV. ✔ Mengatasi pembentukan garis-garis halus wajah. ✔ Menghilangkan kerutan, kantung mata dan lingkaran gelap di bawah mata. ✔ Menjadikan kulit lebih lembab. ✔ Mengatasi masalah kedutan halus. ✔ Mengatasi masalah kulit kering. ✔ Membantu pertumbuhan sel baru. ✔Mampu meneutralkan kulit yang nipis atau terbakar akibat terdedah kepada cahaya matahari yang lama.

 

CARA PENGGUNAANNYA : Kitsui Generation Two Collagen dan Stemcell Mixberries

Kitsui Generation Two Collagen dan Stemcell Mixberries pelengkap terbaik
Bancuhan Kitsui Generation Two Collagen dan Stemcell Mixberries adalah sama sahaja

Bancuhkan 1 paket (15 gram) ke dalam 150ml air suam atau air biasa. Goncang dan minum dengan kadar segera. Wajib minum air yang secukupnya untuk mendapatkan hasil yang terbaik.Sepaket sehari dan amalkan sebelum tidur.

Apa rasanya?Bagi Ummi rasa sedap dan boleh ditelan macam biasa. Sedap sangat, sekali shake terus minum. Stemcell Mixberries memang sedap, Ummi bagi 5 bintang. Tak rasa jamu pun..eh, memang la sebab bukan jamu..collagen kan 🙂

Kenapa Wajib Minum Kitsui Generation Two Collagen Dan Stemcell Mixberries?

Kesan daripada salah facial dulu, muka jadi kusam. Tambahan lagi, ada garis halus yang sangat mencacatkan pemandangan wajah. Apabila make up, tidak sekata. Dulu akibat kulit kering, kulit muka / kulit wajah mengelupas. Tension! jika korang rasa perkara sama, bermakna masalah kita sama.

Menarik Kitsui Generation Two Collagen ini  untuk dikongsikan apabila kita juga dapat menambahkan rasa kesegaran serta membaiki tisu kulit daripada bawah. Minum pula Stemcell Mixberries ianya bagaikan pinang dibelah dua. Sepandan dan saling memerlukan. Ummi serik tukar produk dan buat facial, jadi kata orang kita perbaiki dalaman la pula.

Jika korang yang membaca ini memerlukan produk seperti ini, boleh layari laman web ini :

https://www.kitsui.com.my

 

Minyak kelapa dara ibu bantu selesai masalah kembung dan susah berak!

Hi semua, rasa rindu pula lama menyepi kan. Apakan daya ada pelbagai isu di sekeliling. Ada tetamu datang ke rumah dan wajib disantuni dahulu. Cuma, hati ini duk menyanyi-nyanyi tak sabar sudah nak share tentang kelebihan Minyak Kelapa Dara Ibu ini. Sebulan sudah Ummi mencuba, memang terbaik.

Ingat lagi lepas bersalin anak pertama dulu. Masa tu bersalin normal, cuma bila bersalin normal rasa sakit itu mengerikan. “Terasa bagai dihiris-hiris!” Uhhhhh! Terasa sangat! Sampaikan satu tahap tu, sanggup ‘simpan’ kerana tidak mahu merasa sakit akibat dijahit! Serik. Tapi dulu orang lama memang bagi minum minyak kelapa buatan sendiri.

Minyak Kelapa Dara Ibu

Mudah dan senang la ni. Tak perlu lagi merasa sakit macam zaman kami dulu. Tambahan sekarang ini duduk dimana-mana pun boleh dapat Minyak Kelapa Dara Ibu ini.

Order online je. Seram kalau teringat zaman dulu, minyak tok buat bukan sedap macam yang di proses. Nak telan wajib tutup hidung. Sekarang kita dah tak merasa lagi buat sendiri.

Siapa yang perlu amalkan MKDIBU ini? Anda perlu miliki jika anda:
Ibu muda
Pertama kali bakal menjadi ibu
Trauma dengan pengalaman bersalin anak pertama.

Mengimpikan momen bersalin yang indah

Sesuai kan? Untuk kita yang tak bersalin lagi pun boleh amalkan minyak kelapa dara ibu ini. Hadoi, ada pulak nak menaip minyak kepala dara. Hish! Amalkan supaya maintain! Tadi yang best jumpa kawan, “Nani untung kau, masih maintain ya!”. Hahah tak caya ke?

Kelebihan selain memudahkan penghadaman adalah ianya juga boleh dijadikan minyak sapu atau minyak rambut. Dulu orang lama memang pakai minyak kelapa untuk minyak rambut dan urut. (Rujuk fb banyak testimoni).

Kiranya banyak khasiat , cuma semakin lama semakin menyepi. Syukur Minyak Kelapa Dara Ibu ini ada untuk bantu kita. Pilihan di tangan kita , nak pilih barang branded atau pun bumiputra, tapi jangan lupa MKDI ya.

Untuk maklumat lanjut oleh ke facebook :

Minyak Kelapa Dara Ibu (MKDI)

Info Ibu Hamil

Bakar-bakar Steamboat di Bangi Lokasi Pilihan Keluarga

Cuti Hari Krismas, kebetulan mak datang ke rumah kami. Jadi, walaupun excident sekali lagi kami tetap usahakan untuk bawa mak jalan-jalan dan makan-makan. Mula-mula plan untuk ke IOI Mall, siap punya segak dah, pakai foundation semua dah nak melawa ;), , tapi sampai jer di IOI Mall Ummi masih rasa nak makan steamboat. Asalnya malam sebekum tu ada cari di facebook, lokasi terdekat di Beranang. Tunjuk kedai dekat suami, katanya macam tak best. Ehm, penting peniaga buat kedai lawa-lawa dan presentation cantik tau, tengok ada customers yang melihat sahaja dah boleh decide nak makan atau tak di kedai anda. Jadi, bila dah sampai IOI Mall, Ummi rasa nak ke Bakar-bakar Steamboat di Bangi.

Bakar-bakar Steamboat di Bangi.

Search di google, blog Cik Lily Putih yang ada cerita tentang Bakar-bakar Steamboat di Bangi ini. Tapi hati tak sedap juga bila hasil carian google kata tutup hari Isnin. Tapi dah u-turn daripada IOI Mall ke Bangi, macamana ni? Ehm, redha jer la. Tetap menghala ke Bakar-bakar Steamboat di Bangi.

Akhirnya, tak sampai 15 minit kami sampai. Cuma sunyi sepi, jam menunjukkan pukul 1130pagi. Alahai, ada rezeki ke tidak nih?? Terus suruh Along turun survey dulu, buka ke buka restoran ini. Along cakap tutup! Tapi, ada lori hantar barang mentah. Hish tak puas hati ini. Sebab pekerja yang hantar bahan mentah tu tolak pintu restoran dan masuk. Maknanya, pintu terbuka. Jadi, Ummi sendiri turun dan pergi kedalam kedai. Bila baca di papan tanda luar, wah berita gembira, restoran Bakar-bakar Steamboat di Bangi ini buka daripada jam 11.00pagi.

Cuma tak puas hati, masuk dan tanya pekerja sendiri. “En, dah beroperasi ke belum?” “Dah Puan”.  Okay, maknanya kami adalah pelanggan pertama hari tersebut (26 Dec 2017). Syukru rezeki kami sekeluarga dan yang penting dapat bawa mak makan juga.

Harga Ikut Pakej :

Harga makanan disini ikut pakej :

Dewasa =RM42.00+ , Senior Citizen : RM33.00+ , Kanak-kanak RM21.00+, Bawah 6 tahun PERCUMA. So, kalau pergi satu keluarga bajet dalam RM150.00 dah cukup. Ini kalau anak kecil macam Ummi la. Kami seisi keluarga dengan mak baru RM138.00+. Terlupa harga sebenar, tapi ini harga yang tidak tepat pada sen-sen tu.

Bakar-bakar Steamboat di Bangi

Kalau rasa nak cuba boleh pergi sini. Berbaloi dan selesa sebab ruang makan ada air-cond. Ada juga ruang solat di tingkat atas. Kiranya kalau makan dan ambil masa lepak lama pun untuk bersama keluarga tidak jadi masalah. Yang penting waktu solat tinggalkan meja dan solat dahulu. Bilik air juga selesa. Tapi, TIDAK MESRA OKU, sebab toilet di tingkat satu. Lagi jika bawa nenek ke atok yang sakit lulut itu sikit isu. Pergi cari toilet sebelum masuk restoran ini. Lain-lain kemudahan termasuk parking sangat selesa. Lepas makan balik sahaja anak-anak semua terlena dengan nyenyaknya. 

Maklumat lanjut layari facebook  : Bakar Bakar Steamboat & Grill House Bangi

Setakat ini dahulu entry kali ini untuk memori masa akan datang. Jumpa lagi bye. Assalamualaikum .

Sessi Persekolahan 2018, kisah riang ria anak kesekolah

Alhamdulillah, syukur cuti akhir tahun 2017 telah berakhir dan kini telah bermula sessi persekolahan 2018. Syukur semua keperluan anak-anak dapat disediakan dengan sebaiknya. Bab yuran Along dan Angah juga selesai, cuma yang mana perlukan bayaran bulanan itu sahaja perlu diteruskan.

Yuran SRAI dan Tadika

Along, masih di SRAI. Yuran tahunan Along untuk darjah 2 RM144.00 PIBG  rm80.00 dan majalah sekolah RM15.00. Buku sekolah biasa RM27.00 , Buku Agama RM19.80,Tanda nama RM7.00, Baju Pendidikan Jasmani RM18.00, Yuran Makan RM50.00 x 6  = RM300.00 ehm, selesai setakat ini untuk Yuran Tahun 2018 bagi Along. Yuran makan sahaja ada lagi 6 bulan yang perlu diselesaikan. Setakat ini RM610.80.

Angah pula tahun ini nak sangat ke sekolah. Walhal Along dulu tidak pun mengikuti kelas atau pembelajaran secara formal di tadika. Kesiankan Angah jadi hantar jerla dah nama pun dia teringin sangat nak kesekolah. Kos Angah pendaftaran dan juga yuran selama 3 bulan adalah RM1480.00. Ini termasuk transit dan juga kelas iqraq serta fardu ain. Jadi masih jimat jika nak dibandingkan dengan kos pergi balik ke rumah pengasuh. Kiranya Angah stay daripada pagi sampai jam 6 petang ditempat sama. Selamat dan senang Ummi.

Hari pertama persekolahan:

Hari pertama sekolah, Along bangun 515 pagi , mandi dan siap uruskan diri. Ummi train macam recruit, kerja mau cepat dan pantas. Bukan apa Along sempat lagi untuk tahajjud serta buat solat sunat witir. Biasa solat sunat witir dah suruh buat sebelum tidur. Andai terlajak tidur pun tak lah rugi.

Seawal 615 pagi selesai subuh ayahanda mereka dah hantar Along ke sekolah. Seronok Along dari atas sampai bawah baru. Cuma kata Along, beg sekolah jer tak baru Ummi. Pakai yang mana ada , sebab masih elok lagi. Nanti rosak baru beli , bukan apa tak mahu rumah jadi store simpan beg. Dah berlambak beg. Stress nak menyimpan.

Angah akan menempuh alam baru persekolahan dan kelas bermula jam 8.00 pagi, jadi Ummi dengan Abah hantar untuk beri semangat. Angah bangun mandi pun mudah, mungkin sebab dia dah prepare minda dia untuk sekolah agaknya. Bangun pagi, Angah makan sekeping roti dengan butter dan minum milo “Milo kembali ke sekolah”, ha! Siap ada tema!.

Bila sampai sahaja di sekolah Angah buka kasut dan terus masuk. Bila dah duduk, saja tunggu tengok reaksi Angah. Tengok dia relax jer, kira pass la. Dalam ramai-ramai pelajar Angah seorang sahaja pakai kopiah. Bagus, keep it up Angah. Semoga jadi ketua kelas dan pemimpin yang hebat. Ewah, beria Ummi kan? Syukur tiada reaksi pelik daripada anak-anak Ummi.

Jom layan koleksi gambar alam persekolahan 2018 :

Semoga anak-anak kita semua berjaya dunia akhirat dan menjadi asbab kepada kita untuk ke syurga Allah swt nanti kemudian hari. Kita ibu ayah ini hanya mampu usaha, dan doa agar anak-anak di berikan celik hati untuk menerima pelajaran. Selain itu, sebagai ibu ayah, Ummi juga tak putus berdoa supaya akal yang cerdik ini bukan sahaja bab duniawi, tapi sikap juga mencerminkan sikap serta perilaku muslim yang hebat. InsyaAllah. Amin. Jumpa lagi next entry ya. Bye

Untuk tips anak bijak dan cerdik  , boleh download ebook ini:  Power Parenting.my:

Mak diusia senja, 66 tahun banyak yang mak lalui. Happy birthday mak.

66 Tahun! Tambah tolak sikit lagi akan mencecah 70 tahun. Biasanya 70 tahun kudrat telah berkurang, hanya masa untuk menikmatai keindahan ciptaan Tuhan sahaja. Dulu, masa kecil maklah segalanya.

Oleh sebab saya seorang sahaja anak perempuan jadi apa mak pakai itulah yang nak dipakai. Apa mak ada, itu jugalah saya ingin miliki.

Teringat peristiwa “kain pasang”. Ayah belikan untuk mak warna koko, tapi tiada untuk saya. Gila jelous! Menangis tidak berpuas hati kerana kain pasang. Sampai akhir, mak tak pakai baju tersebut. Ya Allah bila dah besar baru faham , menyesal. Itu zaman anak-anak la. Kini dah pun dewasa.

Jadi tahun ini kami (saya,adik, suami dan Dik Nana) hadiahkan mak sepasang telekung Siti Khadijah. Cuba bayangkan apa perasaan mak? Baru best, mak pakai apa yang kita pakai. Seronok apabila mak tersenyum bahagia. Biasanya mak hanya tengok orang pakai dalam rancangan Dai dan juga iklan di televisyen. Kini , apa mak teringin dah jadi hak mak. 

Dulu mak garang, apa sahaja tidak kena tunggu la rotan. Kami semua memang tak berani untuk melawan. Hari ini bila saya sendiri miliki anak seramai 4 orang baru lah tahu susah payah mak dulu. Bagaimana mak rasakan membesarkan kami adik beradik. Ada anak sendiri baru tahu, salah layanan ada yang jelous, ada yang terasa hati. Jadi jika ingin memuji, semua nama akan disebut. Supaya adil dan saksama.

Emak, satu perkataan mahal pada nilai. Bila lelapnya mata mak, kita tiada lagi insan yang boleh kita panggil dengan panggilan mak. Mak, tolong kakak. Mak, nak apa? Mak, nak makan? Serius, mesti terngiang-ngiang punya. Jadi, kesempatan masa yang ada, usia yang Allah swt pinjamkan ini diharap adlah sempat untuk saya sebagai anak menabur bakti kepada mak.

Teringat cerita seorang lelaki zaman Nabi Muhammad s.a.w , katanya “Saya pikul emak saya menunaikan haji, adakah telah membalas jasa emak saya melahirkan saya?” ” Tidak wahai anak, jasa ibumu melahirkan kamu tidak setimpal dengan apa yang kamu lakukan.”

Jadi ketahuilah saya, apa juga yang saya lakukan belum tentu dapat melunaskan hutang ibu melahirkan saya kedunia. Walaupun begitu, akan terus saya usahakan dan berdoa agar satu hajat yang sangat diidami mak akan dapat dicapai dengan izin Allah swt. Walaupun usaha ini juga masih tidak dapat membalas jasa mak. Mak, selamat hari lahir ke 66 Tahun . 2 Januari 1952 tanggal mak dilahirkan. Kami anak-anak hanya mampu berdoa agar mak sihat dan dapat beribadah dengan sebaiknya. Tiada apa dapat kami lakukan selain menggembirakan mak. Semoga doa mak akan kami perolehi selagi hayat dikandung badan. Keberkatan hidup kami hanya pada doa dan restu mak sahaja. Doakan kami mak, supaya semua azam kami tahun ini akan terlaksana. Kami semua sayangkan mak. Specialnya mak, air tangan mak tiada galang ganti. Tiada serupa dengan mana-mana insan lain. Terima kasih mak.

Excident depan rumah sahaja, benda nak jadi maka redha!

Benda nak jadi! Redha sebab setiap sesuatu tu Allah swt telah aturkan yang mana akan berlaku, cuma kita sahaja tidak ketahui. Alkisahnya pada Sabtu lalu ada wasap masuk yang mana ada seorang ayah kepada pegawai kanan di JSPT Bukit Aman meninggal. Oleh sebab lokasi tak jauh dari rumah, maka niat  tu nak bawa anak-anak pergi mengunjung jenazah.

Jam 330 petang kami pun keluar dari rumah. Masa dah tutup pagar, Angah yang liat nak naik. Dia termenung jer nak naik kereta. Along jerit la,  “Angah cepat la naik!”. Kita kan tak tahu apa akan jadi, tapi bila dah jadi baru Ummi sedar mungkin Angah ada rasa sesuatu kot dalam hati dia.

Bum!!! Tiba-tiba tak tahu bagaimana boleh berlaku perlanggaran. Rasanya dan tengok macam tidak ada kereta dari depan dan arah kiri kanan. Cepat-cepat buka pintu dan minta maaf dengan pemandu Exora seorang lelaki India. Dan kami pun bincang elok-elok, sepakat untuk buat repot di balai polis. Yer la, kita dah nayar insurans kan, jadi buat jer la repot.

Along pula katanya terhantuk mulut di kepala Angah. Muka Along jer lain macam nak menagis. Adik-adik yang lain okay. Kami tak cedera, cuma kereta sahaja berlaku kerosakkan. MasyaALLAH , betul-betul dugaan. Namun, pihak yang satu lagi pun okay. Pemandu India, Dr Prekash dan isteri pun baik. Mereka juga menerima isu ini dengan baik. yerla bukan kita minta nak berlaku excident kan. Jadi kami semua redha.

Ini rupa kereta Ummi. Nampak sikit tapi bila bawa rasa juga alignment dan ada bunyi. Its okay, kita hantar kepada perodua untuk baiki. Tapi, selepas kejadian Ummi tidak maklumkkan pada suami, bukan apa tak mahu dia risau. Sebab Sabtu lalu suami kerja, kami anak beranak sahaja yang terlibat dalam kemalangan ini.

Ummi call Runner yang biasa bekerjasama dengan Ummi untuk setel kan kes ini. Mujur dia juga dapat bantu Dr Prekash. Jadi kedua pihak mudah, Ummi dan Dr Prekash pun tenang.

Petang itu, waktu asar pun masuk. Jadi kami buat keputusan untuk balik solat. Selepas solat, Ummi bagi anak-anak makan dan siap untuk ke balai trafik Kajang. Kami buat repot dan ambil gambar. Selesai buat repot pun dalam pukul  645petang juga. Tapi syukur, semuanya dipermudahkan.

Cuma bila kita buat slaah kena lah terima. Yes, Ummi pun kena saman sebab salah tu salah Ummi yang keluar daripada simpang. Jadi, mudahkan hidup ini, once kita buat sa;ah kita minta maaf dan akui. Perkara lain turut sama mudah.

Hari Ahad, ingatkan suami balik nak bagi dia masuk rumah dulu. Hhahaha tapi, dia jenis akan perhatikan kereta. Aduiii, kantoi! Bukan tak nak bagitahu, cuma ingatkan nak suami rest dulu. Suami cakap takperla benda nak jadi, tapi lain kali kena hati-hati jer la. Yes, my fault!

Plan asal kami nak ke Bangi Wonderland secara automatik cancel! Pospone next week la nampak gayanya. Korang yang bawa kereta berhati-hati okay. Bila excident sebenarnya menyentik jiwa bahawa kematian ini boleh menjemput pada bila-bila masa. Semoga perkara ini menjadi ikhtibar dan pengajaran. Doakan semuanya di permudahkan. Manalah tahu asbab excident nak dapat kereta bar. Eh!!! Okaylah, merapu sudah. Doakan kereta kami cepat siap ya. Terima kasih semua. Esok Ummi share kami makan Bakar-bakar Steamboat di Bangibest!