Review Produk Dan “Event”

Review Produk Dan Event adalah salah satu usaha untuk membantu usahawan dan juga badan korporat untuk mempromosikan perniagaan dan majlis mereka di carian google melalui penulisan di blog Umminani.com .

Bagi setiap pengiklanan, produk disertakan bagi tujuan promosi dan meningkatkan kepercayaan kepada pembaca. Selain itu, kami membantu juga mewar kan program kebajikan  yang tidak melibatkan keuntungan wang ringgit. Konsep Umminani.com adalah ingin menyampaikan sesuatu yang bermanfaat kepada pembaca melalui perkongsian dan tips yang baik. Umminani berdoa agar pahala penulisan menjadi saham akhirat kelak.

Jika tuan /Puan ingin bekerjasama email ke admin@umminani.com untuk perbincangan lanjut. Kami sedia membantu menulis dan mewar-warkan produk dan kepakaran Tuan/Puan dalam blog kami. Semoga usaha yang kecil ini dapat membantu memeriahkan dan menjadikan kita semua usahawan berjaya dunia dan akhirat.

Sekian.

wassap  : 012 4430338

Umminani.com

Jamu Ratus Warisan , JUZQ30 dan Bedak Magic dipercayai sejak 2013

Berniaga atau bekerja? Yang mana satu pilihan? Boleh ke berhenti kerja dan terus berniaga? Saya dulu pernah nak kejar nak berniaga sedangan ilmu baru paras buku lali.

Saya pikir bilaa boleh cipta sendiri masa. Salah satu sebabnya tertekan dnegan kerja hakiki sedia ada. Kadang-kadang hujung minggu pun kena kerja, betul? Tapi itu bukanlah jalan terbaik untuk saya terus berhenti kerja dan berniaga.

Namun, sejak 2013 sehingga kini saya masih aktif berniaga. Cuma proses marketing tidaklah terlalu vougue atau beria. Saya ada perkara lain perlu fokus. Kejayaan ini luas, saya suka buat apa yang saya suka dan janji perkara tersebut boleh buat saya happy

Cerita berkaitan produk.

Saya berniaga hanya bermula selepas saya yakin bahawa produk tersebut boleh mendatangkan kebaikan kepada saya dan ahli keluarga yang amalkannya.

Ketika itu, saya paling aktif jual Juzq30. Juzq30 ini bagus untuk perkembangan minda anak-anak. Boleh baca testimoni di sini. 

Ini pula Jamu Ratus Warisan Plus. Jamu modeden yang boleh diamalkan dimana sahaja walaupun ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Koyak sachet dan terus minum. Tiada bau tengik dan boleh diminum begitu sahaja.

JUZQ30 produk paling dipercayai sehingga kini :

Alhamdulillah , dengan berkat usaha dan izin daripada Allah swt, pelanggan yang telah mendapatkan JUZQ30 untuk anak-anak mereka serta kegunaan mereka sendiri berpuas hati dengan JUZQ30 dan khasiatnya.
JUZQ30 terdiri daripada ramuan bahan sunnah yang di terapi menggunakan air zam-zam yang  menggunakan kaedah rawatan pinggan putih.Terdapat perbezaan antara Air zam-zam daripada rawatan pinggan putih serta menggunakan air yang dirawat atau di terapi hanya dengan menggunakan kaedah pemasangan CD. Maka, oleh sebab itu dengan IZIN ALLAH SWT, mereka mendapat khasiat yang terbaik.
Alhamdulillah.

Terkini : Dayang Silky Glow Powder

Untuk merke yang sukakan penampilan simple dan kemas  bedak Dayang Silky Glow ini sangat sesuai. Boleh di gunakan dan sangat mesra wuduk. Bermakna senang dicuci dan mencantikkan kulit wajah pada masa yang sama.

Apa sahaja kita buat buat dengan hati yang gembira dan jiwa yang suka. Sebabnya semua tu akan jadi dengan baik dan kita akan jadi seronok. Walaupun tak tidur malam tapi sekali kita buat, kita rasa woww! Puas. Jadi nak berniaga atau nak kerja pilihan maisng-masing. Semua akan berjaya tengok level fokus tu berapa percent! Okay, siapa nak order produk yang saya dagangkan ini boleh wasap ke 012-4430338. 🙂

Kitsui Generation Two Collagen dan Stemcell Mixberries saling melengkapi

Tahun 2018 umur Ummi secara tidak rasmi telah mencecah 33 tahun. Selama 33 tahun ini pelbagai asam garam kehidupan telah dihadapi. Bekerja sebagai pegawai kanan polis bukanlah setiap masa berada di pejabat. Malah kenderaan rasmi ulang alik dari rumah adalah motorsikal SYM Vts 200. Kulit jadi kusam, letih dan mula menampakkan tompok. Ada baca tentang Kitsui Generation Two Collagen. Tergerak hati untuk mencuba.

Kelebihan Kitsui Generation Two Collagen

Kitsui Generation Two Collagen
✔ Merangsang pembentukan kolagen kulit yang akan menjaga keanjalan, kelenturan serta kehalusan kulit. ✔ Mengatasi masalah “stretch mark”. ✔ Mengatasi masalah kulit berminyak. ✔ Mengatasi masalah tona kulit tidak sekata. ✔ Mengatasi masalah kedutan halus. ✔ Mengatasi masalah kulit kering. ✔ Menghilangkan parut jerawat. ✔ Menegangkan serta gebukan kulit wajah. ✔ Menambahkan tenaga ( mudah bangun pagi ). ✔ Melambatkan proses penuaan. ✔ Melembapkan kulit wajah. ✔ Mencantikkan rambut dan kuku. Ps: tidak disyorkan untuk mereka yang ada alahan terhadap makanan laut.

Semua yang dinyatakan itu la yang sedang dihadapi. Kadang tu geram rasa bila memandang wajah sendiri. Namun,apakan daya untuk bertukar skin care tak berani lagi. Takut jika salah produk sekali lagi.

Kelebihan Stemcell Mixberries

Stemcell Mixberries
✔Anti Oxidant Semula jadi. ✔ Melindungi daripada sinaran UV. ✔ Mengatasi pembentukan garis-garis halus wajah. ✔ Menghilangkan kerutan, kantung mata dan lingkaran gelap di bawah mata. ✔ Menjadikan kulit lebih lembab. ✔ Mengatasi masalah kedutan halus. ✔ Mengatasi masalah kulit kering. ✔ Membantu pertumbuhan sel baru. ✔Mampu meneutralkan kulit yang nipis atau terbakar akibat terdedah kepada cahaya matahari yang lama.

 

CARA PENGGUNAANNYA : Kitsui Generation Two Collagen dan Stemcell Mixberries

Kitsui Generation Two Collagen dan Stemcell Mixberries pelengkap terbaik
Bancuhan Kitsui Generation Two Collagen dan Stemcell Mixberries adalah sama sahaja

Bancuhkan 1 paket (15 gram) ke dalam 150ml air suam atau air biasa. Goncang dan minum dengan kadar segera. Wajib minum air yang secukupnya untuk mendapatkan hasil yang terbaik.Sepaket sehari dan amalkan sebelum tidur.

Apa rasanya?Bagi Ummi rasa sedap dan boleh ditelan macam biasa. Sedap sangat, sekali shake terus minum. Stemcell Mixberries memang sedap, Ummi bagi 5 bintang. Tak rasa jamu pun..eh, memang la sebab bukan jamu..collagen kan 🙂

Kenapa Wajib Minum Kitsui Generation Two Collagen Dan Stemcell Mixberries?

Kesan daripada salah facial dulu, muka jadi kusam. Tambahan lagi, ada garis halus yang sangat mencacatkan pemandangan wajah. Apabila make up, tidak sekata. Dulu akibat kulit kering, kulit muka / kulit wajah mengelupas. Tension! jika korang rasa perkara sama, bermakna masalah kita sama.

Menarik Kitsui Generation Two Collagen ini  untuk dikongsikan apabila kita juga dapat menambahkan rasa kesegaran serta membaiki tisu kulit daripada bawah. Minum pula Stemcell Mixberries ianya bagaikan pinang dibelah dua. Sepandan dan saling memerlukan. Ummi serik tukar produk dan buat facial, jadi kata orang kita perbaiki dalaman la pula.

Jika korang yang membaca ini memerlukan produk seperti ini, boleh layari laman web ini :

https://www.kitsui.com.my

 

Minyak kelapa dara ibu bantu selesai masalah kembung dan susah berak!

Hi semua, rasa rindu pula lama menyepi kan. Apakan daya ada pelbagai isu di sekeliling. Ada tetamu datang ke rumah dan wajib disantuni dahulu. Cuma, hati ini duk menyanyi-nyanyi tak sabar sudah nak share tentang kelebihan Minyak Kelapa Dara Ibu ini. Sebulan sudah Ummi mencuba, memang terbaik.

Ingat lagi lepas bersalin anak pertama dulu. Masa tu bersalin normal, cuma bila bersalin normal rasa sakit itu mengerikan. “Terasa bagai dihiris-hiris!” Uhhhhh! Terasa sangat! Sampaikan satu tahap tu, sanggup ‘simpan’ kerana tidak mahu merasa sakit akibat dijahit! Serik. Tapi dulu orang lama memang bagi minum minyak kelapa buatan sendiri.

Minyak Kelapa Dara Ibu

Mudah dan senang la ni. Tak perlu lagi merasa sakit macam zaman kami dulu. Tambahan sekarang ini duduk dimana-mana pun boleh dapat Minyak Kelapa Dara Ibu ini.

Order online je. Seram kalau teringat zaman dulu, minyak tok buat bukan sedap macam yang di proses. Nak telan wajib tutup hidung. Sekarang kita dah tak merasa lagi buat sendiri.

Siapa yang perlu amalkan MKDIBU ini? Anda perlu miliki jika anda:
Ibu muda
Pertama kali bakal menjadi ibu
Trauma dengan pengalaman bersalin anak pertama.

Mengimpikan momen bersalin yang indah

Sesuai kan? Untuk kita yang tak bersalin lagi pun boleh amalkan minyak kelapa dara ibu ini. Hadoi, ada pulak nak menaip minyak kepala dara. Hish! Amalkan supaya maintain! Tadi yang best jumpa kawan, “Nani untung kau, masih maintain ya!”. Hahah tak caya ke?

Kelebihan selain memudahkan penghadaman adalah ianya juga boleh dijadikan minyak sapu atau minyak rambut. Dulu orang lama memang pakai minyak kelapa untuk minyak rambut dan urut. (Rujuk fb banyak testimoni).

Kiranya banyak khasiat , cuma semakin lama semakin menyepi. Syukur Minyak Kelapa Dara Ibu ini ada untuk bantu kita. Pilihan di tangan kita , nak pilih barang branded atau pun bumiputra, tapi jangan lupa MKDI ya.

Untuk maklumat lanjut oleh ke facebook :

Minyak Kelapa Dara Ibu (MKDI)

Info Ibu Hamil

Bakar-bakar Steamboat di Bangi Lokasi Pilihan Keluarga

Cuti Hari Krismas, kebetulan mak datang ke rumah kami. Jadi, walaupun excident sekali lagi kami tetap usahakan untuk bawa mak jalan-jalan dan makan-makan. Mula-mula plan untuk ke IOI Mall, siap punya segak dah, pakai foundation semua dah nak melawa ;), , tapi sampai jer di IOI Mall Ummi masih rasa nak makan steamboat. Asalnya malam sebekum tu ada cari di facebook, lokasi terdekat di Beranang. Tunjuk kedai dekat suami, katanya macam tak best. Ehm, penting peniaga buat kedai lawa-lawa dan presentation cantik tau, tengok ada customers yang melihat sahaja dah boleh decide nak makan atau tak di kedai anda. Jadi, bila dah sampai IOI Mall, Ummi rasa nak ke Bakar-bakar Steamboat di Bangi.

Bakar-bakar Steamboat di Bangi.

Search di google, blog Cik Lily Putih yang ada cerita tentang Bakar-bakar Steamboat di Bangi ini. Tapi hati tak sedap juga bila hasil carian google kata tutup hari Isnin. Tapi dah u-turn daripada IOI Mall ke Bangi, macamana ni? Ehm, redha jer la. Tetap menghala ke Bakar-bakar Steamboat di Bangi.

Akhirnya, tak sampai 15 minit kami sampai. Cuma sunyi sepi, jam menunjukkan pukul 1130pagi. Alahai, ada rezeki ke tidak nih?? Terus suruh Along turun survey dulu, buka ke buka restoran ini. Along cakap tutup! Tapi, ada lori hantar barang mentah. Hish tak puas hati ini. Sebab pekerja yang hantar bahan mentah tu tolak pintu restoran dan masuk. Maknanya, pintu terbuka. Jadi, Ummi sendiri turun dan pergi kedalam kedai. Bila baca di papan tanda luar, wah berita gembira, restoran Bakar-bakar Steamboat di Bangi ini buka daripada jam 11.00pagi.

Cuma tak puas hati, masuk dan tanya pekerja sendiri. “En, dah beroperasi ke belum?” “Dah Puan”.  Okay, maknanya kami adalah pelanggan pertama hari tersebut (26 Dec 2017). Syukru rezeki kami sekeluarga dan yang penting dapat bawa mak makan juga.

Harga Ikut Pakej :

Harga makanan disini ikut pakej :

Dewasa =RM42.00+ , Senior Citizen : RM33.00+ , Kanak-kanak RM21.00+, Bawah 6 tahun PERCUMA. So, kalau pergi satu keluarga bajet dalam RM150.00 dah cukup. Ini kalau anak kecil macam Ummi la. Kami seisi keluarga dengan mak baru RM138.00+. Terlupa harga sebenar, tapi ini harga yang tidak tepat pada sen-sen tu.

Bakar-bakar Steamboat di Bangi

Kalau rasa nak cuba boleh pergi sini. Berbaloi dan selesa sebab ruang makan ada air-cond. Ada juga ruang solat di tingkat atas. Kiranya kalau makan dan ambil masa lepak lama pun untuk bersama keluarga tidak jadi masalah. Yang penting waktu solat tinggalkan meja dan solat dahulu. Bilik air juga selesa. Tapi, TIDAK MESRA OKU, sebab toilet di tingkat satu. Lagi jika bawa nenek ke atok yang sakit lulut itu sikit isu. Pergi cari toilet sebelum masuk restoran ini. Lain-lain kemudahan termasuk parking sangat selesa. Lepas makan balik sahaja anak-anak semua terlena dengan nyenyaknya. 

Maklumat lanjut layari facebook  : Bakar Bakar Steamboat & Grill House Bangi

Setakat ini dahulu entry kali ini untuk memori masa akan datang. Jumpa lagi bye. Assalamualaikum .

Kasut sekolah Pallas pilihan Ummi untuk anak-anak

Assalamualaikum, apa khabar semua. Pejam celik-pejam celik sekejap sahaja masa berlalu. Setahun sudah anak sekolah darjah satu. Tahun depan bakal menjelma, ibu-bu seperti Ummi mesti dah mula berkira untik menyediakan kepelruan sekolah tahun depan kan? Nak tahu, Ummi bersyukur sepanjang tahun 2017 ini, Along hanya dibekalkan sepasang kasut sekolah Pallas. Ummi fikirkan bila rosak boleh la beli lagi sepasang dalam pertengahan tahun. Namun begitu, sangkaan Ummi meleset sama sekali. Nak tahu kenapa?

Sekarang ini sudah masuk bulan Disember, sepanjang itu juga Ummi tidak perlu belikan Along kasut yang baru. Ingatkan kasut yang dah lama dipakai akan hancur dan rosak. Sangkaan Ummi meleset sama sekali. Ibu-ibu nak tahu, Ummi beli kasut sekolah jenama Pallas  bagi tahun 2017. Memang puas hati sangat. Tengoklah sendiri setahun pakai , masih dalam keadaan elok.

Kegunaan Pelbagai Kasut Sekolah Pallas.

Meloncat, digunakan untuk bermain badminton, malah digunakan juga untuk aktiviti sukan sekolah. Memang banyak kegunaan kasut sekolah Pallas. Ummi rasa puas hati bila banyak kali guna tapi kira lasak sangat. Bayangkan setahu guna masih elok dan dalam keadaan baik.

Cuma tengoklah bila dah masuk bulan 12 ini ada sikit koyak di depan. Itu biasalah bagi Ummi, sebab dah masuk bulan terakhir kira berbaloi la menggunakan dan memilih kasut sekolah Pallas ini untuk anak-anak.

Pilihan kasut sekolah Pallas kami

Kasut sekolah ini banyak pilihan. Cuma yang jadi favourite Ummi adalah yang ini , kasut sekolah Pallas code  pallas-jazz-single-velcro-strap-205-0181-307-0181 dan code pallas-jazz-single-velcro-strap-205-0185-307-0185

Ada dua pilihan kasut kesukaan kami, iaitu seperti dibawah.

https://www.pallas.com.my/school-shoes/pallas-jazz-single-velcro-strap-205-0181-307-0181

https://www.pallas.com.my/school-shoes/pallas-jazz-single-velcro-strap-205-0185-307-0185

Beli kasut sekolah Online:

Ibu, biasanya shooping kasut sekolah dekat butik atau online? Ummi kali ini buat pilihan untuk order online sahaja tau. Mudah jer, pergi ke website https://www.pallas.com.my/school-shoes , lepas tu pilih school shoes. Lepas itu ada boleh tengok macam-macam pilihan kasut sekolah ada. Tapi Ummi cadangkan ibu boleh pilih kasut code yang Ummi cadangkan kat atas. Okay mari Ummi nak ceritakan satu persatu kenapa dua-dua code yang Ummi cadangkan ini sangat selesa untuk anak-anak dan sesuai untuk kegunaan sekolah.

Ini ciri-ciri kasut sekolah Pallas pilihan kami ,  code :

School Shoes Pallas Jazz Single Velcro Strap 205-0185

Keistimewaan :

  • Menggunakan pelekat
  • Reka bentuk yang menggunakan PVC di permukaan kasut
  • Tersangat ringan dengan kelebihan “X-light”
  • Ada pelapik didalam yang menyokong tapak kaki

Ummi dah gunakan tahun lepas, puas hati dan Along pun selesa. Lagipun kalau ibu nak tahu, kasut ini sepanjang tahun 2017 Along gunakan dengan sangat lasak. Mana tidak, setiap hari Along pakai ke sekolah dan ada masa tu kalau waktu hujan kasut ini jugalah yang digunakan untuk sukan. Hari sukan sekolah takperlu lagi beli kasut lain, gunakan apa yang ada.

Kedua : School Shoes Pallas Jazz Single Velcro Strap 205-0181

Keistimewaan

  • Menggunakan pelekat
  • Rekaan dengan pengaliran udara yang baik
  • Sangat ringan

Bagi Ummi yang ini special. Kasut sekolah Pallas yang code 205-0181 ini sangat ringan. Jadi sesuai untuk anak-anak mnggunakannya bukan sahaja waktu sekolah pagi atau sekolah petang tapi sesuai juga untuk aktiviti sukan.

Kotor dan kena hujan pun masih elok. Yang best lagi kasut sekolah Pallas Jazz Single Velcro Strap 205-0181 ini mudah kering. Kadang balik sekolah kena hujan lebat, esoknya masih boleh pakai kasut yang sama. Jatuh  cinta sungguh Ummi dengan kasut sekolah ini. Tak perlu pun nak keringkan bawah peti ais macam zaman kita sekolah dulu. Lawak mengenangkan zaman Ummi dulu, kasut lambat kering, peti ais lah tempat nak keringkan kasut. Bertuah anak-anak sekarang.

Keistimewaan lain adalah kasut ini ada penyaluran udara yang sangat baik. Jadi, kaki anak-anak akan lebih selesa untuk jangka masa persekolahan yang panjang. Bayangkan seharian berkasut, dari seawal jam 6.30 pagi sehingga 4.30 petang, jadi kasut ini boleh memberikan keselesaan yang berpanjangan. Malah Ummi yakin dengan penyaluran udara yag baik dapat mengurangkan bau yang tidak menyenangkan. Bagus betul inovasi dan rekaan kasut sekolah ini.

 

 

Ibu, boleh bayangkan betapa selesanya anak-anak ketika menyarungkan kasut ini kan. Memang Ummi pun dapat feel yang selesa sangat. Tambahan lagi tengok anak-anak pakai bila bersukan, memang rasa seronok sangat. Lagi satu cuba ibu-ibu tengok tapak kasut sekolah Pallas ini, rekaan dia sangat kemas. Boleh mencengkam dan bila dipakai ketika disekolah memang tidak licin. Hati kita ni sebagai mak-mak pun tidaklah risau, yer la kita dah berikan anak-anak kasut yang terbaik , hilang kerisauan anak terjatuh dan sebagainya.

Kasut Sekolah , Kasut Serbaguna :

Ummi kalau boleh kasut boleh digunakan dalam pelbagai keadaan. Untung sebab sekolah anak-anak Ummi pakai kasut warna hitam, jadi nampak elegant bila dipakai juga untuk keluar jalan-jalan. Huuhuu, jimatlah mak! Yang penting anak-anak selesa dan mudah untuk menguruskan kasut ini.

Okaylah , Ummi dah kongsikan kasut sekolah pilihan Ummi untuk anak-anak. Kalau ibu-ibu nak cuba atau buat tinjauan boleh klik website Pallas . Memang mudah dan pasti juga teruja. Ummi yakin dan percaya ibu juga akan rasa selesa dan senang untuk buat belian online kasut sekolah Pallas. Cuma sediakan tali tape untuk ukuran kaki anak.

Saiz kasut yang dipilih akan betul dan tepat jika ukuran yang kita gunakan betul. Beli jer onlien , jimat kos lain..heheh kos apa? Mestilah kos keluar shopping. Sekali keluar kos makanan lagi, kos minum lagi dan kos permainan lagi..setuju? Ehm, okaylah jom sama-sama kita buat persediaan awal anak ke sekolah tahun depan.Selamat membeli belah ya. Bye

Website : https://www.pallas.com.my/school-shoes

MINUM JUS ASAM KUNYIT MADU (JAKM) TERUS TEMBAK ATAS BAWAH!

“B letihnya ..awat tak tau ,rasa sebu perut!” Mengadu kepada suami. Dia pun dah risau , ingat nak pergi ke Speedmart nak cari eno. Sekali minum manalah tau boleh melegakan sebu perut. “Sayang, yang dalam peti ais tu apa?” “Owh yaa, lupa dah ada Jus Asam Kunyit Madu ( JAKM) “.

Apa lagi terus la pergi ke peti sejuk dan capai sebotol. Dulu awal-awal beli, minum sikit-sikit je. Tapi kali ini tak tahan dengan rasa sebu dan serba tak kena. Pernah baca di facebook Ben Ashaari yang dia kalau minum sebotol terus dia telan.

Jadi, nekad kali ini mesti habiskan sebotol. Prepare dah air segelas di tepi. Sekali minum.. gurp! Aih dah tak ada rasa tengik. Ehm, agaknya masa mula-mula dulu tu mind dah set yang Jus Asam Kunyit Madu ( JAKM ) ini herba.

Tapi bila keadaan mendesak, tak rasa pagi kunyit tu. Anak-anak kata apa tau? “Ummi, sebotol habis?” “Yer la, sedap rupanya..patutlah kalau google ramai cakap Jus Asam Kunyit Madu ini best.

Kesan Awal Minum Jus Asam Kunyit Madu

Selepas tak lama selepas meneguk Jus Asam Kunyit Madu, angin keluar atas bawah. Serius badan rasa sedap sangat. Lepas tembak bawah, tembak atas pulak..cuma angin yang keluar tak nampak berkepul-kepul sahaja. Fuh, badan rasa sedap.

Tak cukup dengan angin keluar. Tiba-tiba 130pagi, rasa memulas. Argh! Apa nih.. adoilah.

Rupanya, hasil dating petang semalam makan McD semua keluar habis. Huhuu, ha.. bagusnya Jus Asam Kunyit Madu ini owhh. Rugi pula rasanya tak konsisten dari awal.

Insaf dah, lepas ni memang wajib standby dalam peti sejuk. Setiap hari minum. Bukan apa, dah restock cuma tak konsisten. Ehm.. teringat mak-mak kita dulu, kunyit dan halia makan macam ulam sahaja.

Antara khasiat Jus Asam Kunyit madu (JAKM)

😍 membantu menurunkan berat badan
😍 Bantu Rawat Masalah Kulit
😍Bantu Proses Pencerahan Kulit Secara Alami
😍Bantu Naikkan Aura Seri Wajah
😍Bantu Rawat Haid Tidak Tratur&Darah Kotor2
😍Bantu menstabilkan kolesterol dalam darah
😍 Bantu Buang Angin Dalam Badan
😍Bantu Rawat Ibu2 Dlm Pantang/Lepas Brsalin
😍Bantu Melambatkan proses penuaan(awetmuda)
😍Bantu Rawat Luka Jahitan Lepas Brsalin
😍Bantu Rawat Masalah2 Rahim/Peranakan
😍Bantu Rawat Masalah Bau Badan
😍Bantu Atasi Masalah Keletihan
😍Bantu Atasi Migrain/Kerap Sakit Kepala
😍menstabilkan gula salam darah
😍tingkatkan kesuburan suami isteri
😍 mencegah batuk/selsema/asma
😍 melancarkan sistem pencernaan

Kalau korang nak rasa boleh pm ke pages:

https://m.facebook.com/jusasamkunyitmadu/

atau wasap terus kepada Puan Azrina : 0193828369

Berkaitan :

Untuk ibu selepas bersalin

APA KATA ANA ZARIN?

 

Program MILO Back To School Mums

Pejam celik, pejam celik dah masuk minggu kedua anak bercuti. Bermakna tak lama lagi dah nak bermula alam persekolahan sessi 2018. Bila Ummi dapat email bertajuk Noraini Ali X MILO Back To School Mums, terus klik.

Bukan apa, nak tahu juga program macamana kan. Yer la, sebab ada perkataan Mums itu yang teruja. Rupanya bila Ummi layan video yang disertakan di youtube, menarik! huhuu, kalau dapat peluang nak juga cuba walaupun sehari. Kata orang, bila kita cuba dan rasai pengalaman itu mesti ianya lagi menarik.

Cuba korang layan video ini. Kalau kita yang dewasa pun rasa semput seharian tanpa rehat. Alahai, agaknya anak macamna ya? Kita bertuah, bila waktu kerja ada juga masa berehat.

Youtube link:

Heheh, anak maafkan Ummi ya. Biasanya, anak memang susah nak ajak breakfast pagi. Biasa nak ajak Along breakfast pun kalau Ummi cuti atau tak berkejar untuk ke pejabat. Dalam perjalanan ke sekolah, sempat la singgah makan di kedai atau gerai tepi jalan. Capati sebiji pun dah cukup.

Tapi, bukan selalu! biasanya sebulan 2 kali. 🤣. Jadi, setiap hari perkara mudah nak buat untuk menggalakkan anak sarapan adalah dengan bekalkan mereka dengan sesuatu yang anak suka. Nak tahu apa? Selain roti, bekalkan mereka dengan Milo. Yes! Sekotak untuk sarapan pagi.

Barulah umph! Jadi, waktu rehat yang singkat adalah masa untuk anak menikmati makanan dengan tenang. Yang pasti, bila anak dah ambil sarapan, tumpuan dalam kelas akan jadi lebih baik.

Setuju?

Kalau korang nak dapatkan beg percuma boleh klik gambar dibawah. Beli dan menang. wah!

 

Jom ibu-ibu support anak-anak belajar. Dan juga azam 2018 adalah membekalkan sarapan kepada anak. Jika mencari menu untuk bekal anak ke sekolah boleh cuba menu yang Ummi kongsikan di sini :  Menu BEKAL NUTRISI untuk anak. 

Okay, kalau nak tahu lanjut tentang MILO korang boleh ke : MILO MALAYSIA

Berkaitan :

Persediaan Anak Ke Darjah Satu, Kenapa Awal Sangat?

 

Produk Himalaya kini di Butik KLCC

Bismillahirrahmannirrahim, selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan para rasul. Semoga hari yang penuh barakah ini, kita semua dalam keadaan yang tenang dan suci hati daripada segala kesilapan dan detik hati yang tidak baik. Hari ini Ummi ingin berkongsi akan kebaikkan dan juga produk pilihan Ummi iaitu Produk Himalaya dan ianya kini terdapat butik sendiri di KLCC.  Himalaya juga dikenali dengan brand Himalaya Wellness.

 

Produk Himalaya ada di Butik HIMALAYA di KLCC, Midvalley, Sunway Piramid.

Produk Himalaya di KLCC ada di butik no C43-C, Concourse Level. Senang nak cari dan yang penting lokasi butik ini sangat strategik. Selain itu , sangat memudahkan ibu dan ayah seperti Ummi untuk shopping bersama anak-anak. Takala mereka telah jemu , dan Ummi sibuk menjamu mata dengan produk Himalaya ada mesin permainan sebagai upah kepada anak-anak. Kiranya Ummi boleh berbelanjan dengan tenang dan jiwa yang lapang tanpa sebarang kerisauan.

 

Jimat dengan program keahlian HIMALAYA

Produk kesukaan Ummi adalah shampoo ini. Ini adalah shampoo untuk rambut gugur dan ianya ada set yang kita boleh pakai bagi mengekalkan kekuatan dan kesegaran rambut. Tunggu dulu, Ummi ceritakan bab shampoo ini di bawah ya. Korang semua wajib tahu, produk Himalaya ini 100 di perbuat daripada Herbal Aktif dan ianya dijamin halal. Selain itu, harga yang ditawarkan juga berpatutan . Tambahan lagi, jika kita beli dengan pembelian RM100.00 telah melayakkan kita untuk sertai sebagai ahli HIMALAYA, cuma berikan nombor kad pengenalan untuk pembelian seterusnya. Ada point yang diberikan dan setiap point boleh di convert untuk pembelian mengikut chart disediakan. Jadi dengan program keahlian ini kita boleh jimat lagi 10-15%.

Rangkaian produk disini tidak terdapat dimana-mana kedia lain, ada juga untuk anti-dandruff . Suami Ummi suka produk ini. Bila pakai, kulit kepala tidak lagi berkuping dan rasa lebih yakin. Korang ingin tahu cara menggunakannya? Ehm.. jangan risau nanti masa korang di kedai ada jurunasihat  yang sedia membantu memberikan penerangan bagaimana untuk menggunakannya dan juga cara lebih effective untuk lihat keberkesannnya.

Nourishing Skin Cream – Produk Himalaya

Setiap hari kita hidup dalam keadaan dan situasi yang tidak bersih . Pencemaran ada dimana-mana sahaja. Pada setiap masa kita ini terdedah dengan asap kenderaan, pencemaran asap, air-cond, dan cahaya matahari yang akan mengurangkan kelembapan kulit. Selain itu,bila kita alami kulit kering dan tak bermaya sebab lain adalah  kerana kita telah kehilangan banyak nutrien dalam tubuh dan bawah lapisan kulit kita.

Kini , tiba masanya kita beralih kepada produk yang natural dan kembali kepada penggunaan bahan alami dan bahan alam untuk kegunaan kita seisi keluarga. Ini salah satu daripada produk yang ada di Butik Himalaya KLCC iaitu Nourishing Skin Cream. Krim ini sesuai untuk semua jenis kulit dan ianya diadun daripada aloevera, ciplukan atau bahasa ingerisnya winter chreey dn kalau orang kampung  kenali a sebagai buah letup. Selain itu ada extract daripada kino tree. Ramuan yang terdapt di dalam cream ini telah membuktikan bahawa ianya bagus untuk kulit. Seperkara lagi, apabila kita gunakan cream ini keatas kulit, ianya akanmengekalkan kesegaran sepanjang hari, tanpa rasa berminyak. Inilah yang membuatkan Ummi sendiri rasa jatuh cinta dengan-Nya.

Hair REGIME Set!

Dengar sahaja perkataan regime dah buat kita rasa apa dia yang regime sangat. Bunyinya macam ganas kan. Bukan ganas, tapi inilah dinamakan Set Rawatan Rambut Gugur Himalaya. Senang sangat , tanpa perlu bersusah payah, jurunasihat sedia membantu dan butik Himalaya sendiri telah paketkan ikut kesesuaian produk. Kita cuma kenal pasti masalah yang dihadapi dan minta nasihat daripada juru nasihat butik. Jadi , Ummi cadangkan siapa yang ada masalah rambut gugur boleh cuba set ini. Berbaloi dengan harganya RM78.00 untuk 3 jenis barang.

Salah satu produk best seller di butik Himalaya, iaitu ANTI-WRINKLE CREAM.

Kak, berapa umur kak? Huhuu , masa Ummi sakit hari tu, sampai hati orang cakap nampak tua! Sedih yang amat, dan terus berdoa agar kulit cepat sembuh dan segala kerosakkan kulit pulih seperti sediakala. Kulit kita pada seluruh badan, sama seperti mengandung dan bersalin, yang rosak ambil masa untuk  pulih. Begitu juga kulit muka, apabila rosak ambil masa untuk pulih seperti sediakala. Sama juga, bila kita bersalin parut akan kekal selamanya. Tapi bezanya, bila kulit muka rosak dan nampak tua, ada wrinkle dan sebagainya, kulit muka masih boleh dirawat. Inilah salah satu produk best seller di butik Himalaya, iaitu ANTI-WRINKLE CREAM.

“Menghilangkan kedutan diwajah, garisan halus dan juga kulit kusam”. Cream ini ada aloevera dan juga grapes(anggur) yang mana berfungsi sebagai anti-oksida. Sebab tu, kulit akan nampak halus dan licin. Kurang la masalah , korang kena yakin bahawa bila kulit muka nampak segar dan cantik secara tidak langsung akannampak lebih awek muda dan berseri-seri. Tambah pula dengan senyuman segunung intan, wow makin nampak muda remaja tau. Jadi, percayalah tidak sia-sia menggunakan produk HIMALAYA ini. Nak tahu wajib la kunjungi butik Himalaya, baru dapat feel .

PRODUK HIMALAYA

Lagi satu ACV juga ada di Butik Himalaya di Sunway Piramid ,Mydin USJ, dan Setapak Central . Jadi kalau berhajat untuk dapatkan ACV dan produk Himalaya boleh ke sana juga. Untuk ibu yang menyusukan bayi, boleh cuba SHATAVARI daripada Himalaya.

Jadi apa tunggu lagi, jika masih menanti takkan ada hasilnya. Mulakan sekarang dengan buat tinjauan ke facebook dan instagram Himalaya. Nanti ke butik boleh dapatkan informasi lanjut daripada juru nasihat mereka. Selamat mencuba produk Himalaya.

Nak tahu lagi boleh tengok di  : facebook : Himalaya Healthcare Malaysia

Instagram : Himalaya Malaysia

Ingin bekalkan bekal Nutrisi untuk anak? Cuba resepi ini untuk mereka.

Bismillahirrahmanirrahim, semoga semua yang sedang membaca pada hari ini di berikan keceriaan, murah rezeki dan kemampuanuntuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan hari ini. Apa khabar?  Anak-anak sihat? Ummi bersyukur, diberikan kesihatan yang baik dan anak-anak juga bertambah sihat. Inilah nikmat yang Umi tak boleh nak dustakan. Ewahh! Bermadah pujangga gitu. Ehm , kali ini Ummi menerima cabaran untuk menyediakan bekal makanan untuk 5 hari untuk menyediakan lebih nutrisi kepada anak-anak Ummi dan nak kongsikan resepi-resepi apa yang Ummi sediakan untuk si manja. Nak tahu apa yang Ummi sediakan untuk anak-anak sepanjang 5 hari , bagi cabaran kali ini? Jom baca apa resepi Ummi untuk si manja berdua.

Cabaran 5-hari bekal makanan tengah hari , nak tahu apa menunya?

Resepi Ummi ini sesuai untuk hidangan tengahari bagi 5 hari bersekolah dan Ummi yakin dengan menu yang Ummi sediakan dapat membantu menambahkan nutrisi kepada mereka.

Resepi Pertama : Sandwich Ayam

Bahan-bahan :

4 Keping Roti Germa Gandum

Kepingan Ayam

1 ikat daun salad

1 biji tomato buah – hiris nipis

butter secukupnya

4 sudu besar mayonis

garam secukupnya

1 biji limau nipis

Ummi hanya letakkan kepingan ayam yang telah dimasak, dan diletakkan  diatas roti  yang telah disapukan butter. Kemudian letakkan timun, tomato, daun salad, dan sardin. tutupkan dengan roti. Ummi gunakan roti yang ada germa gandum kerana  Germa Gandum kaya dengan vitamin dan mineral yang memberi manfaat kepada jantung dan meningkatkan sistem ketahanan badan.

Resepi Ke Dua : Macaroni Chees, Buah-buahan dan Ayam Goreng

Bahan-bahan :

1 peket macaroni
2 cawan parutan keju cheddar

1 liter susu segar dalam kotak -apa-apa jenama pun okay
4 sudu besar mentega
2 sudu tepung gandum  dibancuh
Black pepper secukup rasa dan daun oregano.
Garam secukup rasa

Caranya  :
Didihkan air didalam periuk yang cukup besar . Bila air dah cukup mendidih masukkan semua macaroni dan rebus sehingga cukup kembang dan lembut. Bila dah masak toskan macaroni supaya tiada lagi air yang berbaki.  Masukkan semua butter dalam periuk dan panaskan periuk kemudian masukkan semua tepung gandum dan kacau bahan-bahan ni sampai la tepung gandum bertukar warna kekuningan dan masak . Selepas tu masukkan susu dan kacau  . Kemudian masukkan keju  dan  serbuk black pepper didalam periuk dan kacau . Ummi suka tambahkan sikit daun oregano sebab suka baunya yang best. Kacau sehingga masak serta menjadi pekat . Bila dah sipa boleh gaul dengan macaroni yang dah di toskan tadi.  Siap!

Resepi Ke Tiga : Nasi Goreng Butter  Dengan Telur

Bahan-bahan :

Secawan nasi yang telah disejukkan

Bawang merah di mayang halus-  2 ulas

1 sudu butter

2 biji telur dan

sedikit sayur campur

Caranya : Tumiskan butter dengan bawang sehingga naik bau dan bawnag tersebut masak kekuningan. Setelah bawang dah masak, masukkan nasi yang telah disejukkan dan gaul sebati. Masukkan sikit garam dan pecahkan telur , gaul sehingga sebati. Bila nasi dah masak , masukkan sayur campur samada yang segera atau yang fresh. Siap!

Resepi Ke Empat: Roti Bakar Dan Telur

2 keping roti Germa gandum

Butter

Black pepper dan

sos

2 biji telur

Caranya : Pecahkan 2 biji telur dalam 1 mangkuk kecil. Masukkan black pepper dan pukul telur tersebut. Bakar roti dalam toaster dan ambil sudu masukkan telur dan bakar. Mudah jer, dah jadi sandwich telur. Mudah sahaja kan.

Resepi Ke Lima : Spagetti Daging Dan Buah-buahan

Bahan-bahan :

1 paket spagetti

1 labu bawang holland (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) dipotong dadu

1 biji buah tomato dipotong dadu

1 mangkuk kecil daging dipotong kecil

1/2 tin sos prego tradisional

Sayur : Karrot, batang celery, capsicum -2 sb lada hitam -2 sb mixed herbs (boleh dibeli dipasaraya)

Sedikit minyak untuk menumis (saya pakai minyak zaiton)

Garam dan gula secukup rasa

Cara masak :

Didihkan air dan tambahkan secubit garam dan sedikit minyak minyak. Celur spagetti hingga lembut. Apabila dah lembut boleh di toskan seketika.

Pada masa yang sama, panaskan minyak masak dan tumiskan bawang bersama buah tomato hingga layu. Masukkan  1 botol Sos Prego Tradisional. Boleh Masukkan daging dan sedikit air. Masak hingga empuk.  Ingat ya masukkan sikit garam dan gula. Siap!

 


Itu dia resepi masakan Ummi selama 5 hari , yang mudah , simple dan berkhasiat. Anak-anak lebih suka makan spagetti dan macaroni berbanding nasi. Jadi , Ummi sediakan yang terbaik untuk mereka.

Ha! Bestkan kita dapat sediakan makan bernutrisi untuk Si Manja. Ummi bukan sahaja sediakan 1 set tau, tapi setiap hari Ummi perlu sediakan 3 set untuk mereka. Tambahan lagi mudah, bila Dumex Dugro®  sediakan bekal nutrisi yang comel ini, bukan sahaja ibu tapi anak-anak pun semangat tau. Owh ya, untuk bekas  Bekal Nutrisi boleh dapatkan di mana-mana kedai, htpp://www.dugro.com.my/promosi dan acara/ncp

Jadi, Ummi sekarang tak risau lagi kalau nak bawa mereka berjalan-jlan ke tman atau bermain di luar. Bekal kan ada, jadi kita sebagai ibu lebih yakin degan setiap butir makanan yang masuk ke mulut anak. Opss, dapat jimat juga tau, yer la, kalau kat luar, nak dapatkan makanan berkhasiat kan mahal, jadi ibu-ibu bolehlah sediakan sendiri.

Lepas ni, anak nak berjoget, bermain, berlari 10 pusingan padang dan lepas tu nak makan, dah tak jadi masalah. Ummi bukan jer  ada bekal nutrisi ajaib, tapi makana yang berkhasiat lagi untuk mereka. Semua dah terhidang. Suka kan?

Peraduan Dumex Dugro®: Resipi Nutrisi Mama

Kini korang berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik apabila menyertai peraduan Dumex Dugro® Resipi Nutrisi Mama dengan mengambil gambar  hidangan bernutrisi untuk Si Manja dan sertakan kapsyen kreatif/inspirasi tentang penyediaan makanan ‘lebih lagi nutrisi’ buat Si Manja anda bersama hashtag #DumexDugroMY #ResipiNutrisiMama di Facebook/Instagram anda. Peraduan bermula dari 21 September – 5 November! Layari www.dugro.com.my

Masih sempat lagi, info lanjut boleh ke :

http://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/mamacontest

 

 

Handbags owh handbags, seru jer la dekat ZALORA.

Bismillahirrahmanirrahim..buat apa tu? Hehehe hari ini Ummi ada tugas luar, jadi sebab tugas tu di Port Dicksons maka terus balik rumah lepas balik dari sana. Sambil duduk baring dan berehat terpikir nak cari hansbags baru. Yer la, lama juga tak shopping handbags ni. Ummi kalau nak mencari kat shopping mall rasa tak berbaloi, dah penat satu hal dengan anak-anak lagi.. adoi la, mana nak kelek anak mana mata nak belek handbags. Jadi lokasi shopping paling best pilihan Ummi adalah ZALORA.

Tips kalau korang nak shooping kat ZALORA just klik search ” women handbags”, jadi kedai beg jer la yang terpapar. Macam-macam pilihan ada, hinggakan penat tangan nak scroll tapi sebab rasa teruja nak shopping teruskan juga. Syok sangat sampai ralit. Macam-macam warna ada dan memang teruja.

Tapi sebabkan Ummi jenis orang yang suka menggayakan warna classic , maka warna pilihan Ummi adalah coklat, hitam , kelabu dan putih. Tengah shooping tu Ummi terbekenan dengan design yang ini. Korang rasa sempoi tak? Simple untuk gaya casual. Okay kan?

Yang ini Ummi paling suka, warna hitam tu.. okay ke korang rasa.. casual, smart dan ruang dia nampak sesuai kalau nak pergi jalan dekat-dekat ni. Apa kata korang?
Ini pula pilihan warna hijau.. lawa jugakan..
Along, suka beg laptop ini .. Ummi pun suka juga..hadoi. Rambang mata ni.

Ehm, korang kalau peminat handbags sama macam Ummi boleh try Klik kat Women Handbags. Serius korang mesti terjebak. Lagi satu ZALORA ini website yang boleh percaya. Dan bestnya ,kualiti begs yang kita terima takkan mengecewakan. Jadi memang tak ragu-ragu nak beli online.

Masa penghantaran:

Kalau area Kl/Johor dan Penang  ambil masa 1-3 hari.

Lain-lain negeri sekurangnya 1-4 hari .

Dan bagi Sarawak,Sabah dan Brunei ambil masa 3-5 hari.

Bayaran?

Ada handbags yang boleh bayar atas terms “cash on delivery”, ini lagi mudah. Jadi pandai-pandai cari barang dan juga baca betul-betul terms and conditions.Korang kalau terjebak sama shopping tu, nanti #Zaloramy okay. Ootd la sikit.Okaylah.. tolong komen yang Ummi suka ini, mana satu pilihan korang juga untuk kegunaan Ummi. Tq yer  sayang korang. Bye