Saya dan Kerjaya ; Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Tahun ini bermula dengan baik. Keluarga, sahabat, rakan , geng blogger #Kbba9 baik-baik semua.

Kerjaya pun nampak gayanya baik juga. Harapnya permulaan baik diakhirnya pun baik jugalah. Doakan saja.

Pada 2 Februari 2018, keluar order untuk menjalankan tugas sebagai Insp Perhubungan Awam JSPT dan dikehendaki lapor pada 5 Februari 2018. Tapi oleh sebab ada penugasan belum selesai sempena Op Selamat 12 Tahun Baharu Cina 2018 jadi pospone sehingga Selasa.

Kiranya semalam first day lapor di tempat baru. Idea untuk penambah baikkan tu ada,kena dapatkan restu bos. Tunggu ya. Nanti dah ada berita baik saya umumkan.

Kesibukkan kerjaya tidak menghalan usaha untuk meneruskan penghasilan buku.

Saya tidak pernah terhenti untuk terus berkongsi cerita. Kisah seorang #inspektormama sedang dalam proses editing oleh editor bertauliah. Harapnya semua akan berjalan lancar. Doakan yang baik-baik juga ya.

Jom kita lalui pula FEBRUARI dengan penuh harapan dan doa.😍

Melawat orang sakit menginsafkan dan bawa diri sedar untuk syukur

Lawatan ke Hospital bukan sekadar tugas. Tetapi kurniaan Allah swt kepada team saya yang terdiri daripada SI Noriah dan KPL Mohamad Yusri Marzuki. Kami di tugaskan pada 18 Januari 2018. Seawal jam 10.00 pagi kami ke Glenegles Ampang dan seterusnya ke IJN, HKL dan hospital Tawakal.

Kami bukan sekadar melawat atas dasar tugas. Kata En Yusri, “Puan, kita ini direzekikan bertugas dan melawat orang sakit ini 70 malaikat mendoakan kita”.

SAKIT BUAH PINGGANG
Ini adalah Sarjan Nasir daripada Forensik Cheras. Beliau mengalami sakit buah pinggang.
Kopral mengalami masalah jantung. Nampak sihat, tetapi ada isu denyutan jantung yang laju sehingga boleh menyebabkan beliau penat dan pengsan. Doakan beliau kembali sihat.

Setuju.Seperti saya melawat Adik Arissa, sebenarnya Allah swt sedang menjentik saya supaya lebihkan kasih sayang kepada anak-anak. Syukur atas kurniaan Allah.Jom kita doakan semua yang sakit kembali sembuh untuk beribadah. InsyaAllah.

Ini ceritanya Adik Arissa :

18/01, 18:53] KONST NASRULHAQ MAD LATIF: Anak kami Nur Arissa Sofia berumur 6bulan adalah menghidap penyakit yang jarang berlaku dimalaysia yang mana penyakit ini adalah kes ke 3 di malaysia yang diberitahu oleh doktor pakar pediatrik HKL.Dari HPSF pindah HSI skrg ke HKL sudah 4buln.Walaupun diusia 6bulan kami berdoa agar anak kami tetap kuat melawan penyakitnya seperti kalsium tinggi dalam darah,tulang tidak padat dikataan tulang rapuh dan mudah patah,tulang rusuk antara ke 6 ke 7 sudah patah,manakala paru2 tidak dapat berkembang akibat tulangnya tidak dapat membesar mengikut umurnya sekarang,dan bermacam lagi yang sukar kami jelaskan.1jan yang mana anak kami dikejarkan ke icu pediatrik akibat tidak dapat mgawal penafasnya dan nadinya tiba2 menurun keseluruhan badan menjadi biru darahnya turun sangat rendah.9hari mengunakan mesin bantuan penafasan,diberi ubat tidur dan dimasukkan darah tambahan di icu.Anak kami sangat memerlukan susu CALCILO XD dari US yang mana kos nya juga besar.Moga ada keajaiban dan kesembuhan untuk anak kami.

Jika Tuan/Puan ingin membantu boleh hubungi
Nama Ayah : KONST NASRULHAQ MAD LATIF
Tempat bertugas :
BN 6, PGA : 013-6198077

Pengajaran :

Tugasan ini sangat terkesan di hati. Saya melihat akan adik Arrissa merasa amat bersyukur. Jika dibandingkan kehidupan sendiri dengan keluarga ini. Saya memiliki anak-anak yang sihat dan pintar. Bising dan cergas itu nikmat yang kadang saya lupa. Insaf dan sedar untuk menjadi ibu ayah yang lebih baik.

Keduanya, apabila melawat orang sakit, secara tidak langsung kita tahu apa sakit mereka. Punca? Ya mungkin daripada pemakanan. Jadi, apa yang kita makan wajib dijaga daripada usia muda. Kesihatan itu nikmat dan anggota tubuh Allah swt bagi adalah pinjaman yang tidak boleh kita sia-siakan.

Sama-sama kita jaga diri untuk niat menjadi insan yang boleh berjihad kepada Allah swt. Kita juga doakan saudara mara kita juga sihat dan boleh bersama-sama menikmati kehidupan yang indah ini. InsyaAllah.

Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Pesara-pesara Polis

Ya Allah , rasa rindu dengam blog sendiri sebab telah beberapa hari tidak ada kesempatan untuk log in serta mencoretkan nukilan istimewa di paparan media blog Umminani ini. Namun, bersyukur hari ini ada kesempatan untuk update blog ini. Ini cerita seharian semalam kami berkampung di PWTC sejak jam 630 pagi. Seawal 5pagi dah keluar rumah okay. Rasa kesejukkan menunggang motor tu sampai ke Dewan Merdeka.

Bersama platun mate, ASP Monanorlina.

Kali ini tugas saya adalah sebagai penyambut tetamu. Ya, tugas yang penting untuk memastikan PDRM di segani dan event berjalan lancar. Bukan apa, apabila majlis besar dan memerlukan semuanya dalam keadaan teratur, maka penyambut tetamu memainkan penting untuk mengatur urus kedudukkan juga.

SARJAN Azlina, orang yang banyak bantu saya ketika zaman io dulu. Salah seorang sarjan wanita yang bertugas sama dalam satu team. Hebat, antara penerjun wanita satu ketika dahulu. Sarjan belum pencen, namun datang bersama-sama dengan rakan-rakan yang pernah ditugaskan.

Ini pula suasana dalam dewan. Asp Yasmeen juga platun mate yang sama-sama training dulu. Manakala Insp Zana adalah orang yang banyak bekerjasama semasa dia masih di Muzium satu ketika dulu. Kini bertukar ke Insp Latihan Bukit Aman. Walaupun event disini, tak menyusahkan kami. Makanan disediakan dan pengangkutan juga disediakan. Cuma saya lebih selesa merempit dengan motorsikal.

Pengalaman:

Semasa bertugas kami berurusan dengan bekas polis yang lama-lama dulu. Ada seorang tu G650 India, masih sihat. Nama tak ingat, tapi yang menarik kami cuba bantu dia. Oleh sebab kurang pendengaran kami tanya, “Tuan, datang dari mana?” – Yang dijawab, “Saya pokis, saya tak ada surat, tapi datang sebab ada dijemput!”.

Lepas kami tidak dapat lagi nak bantu dia, terus Insp Wahida bawa orang lama ke kau ter tingkat dua.Dengar la dia mengomel, “Apa ini orang muda, tak pandai layan pegawai lama!” 🤣.

Pengalaman deal dengan orang lama. huhuu! Masa makan pula, ramai yang keliru antara dewan malan Tun Razak 3 dan 4. Maka, terpaksa la saya menjerit untuk mereka tengok pada slip yang telah diberikan. Kelakar. Lepas makan kami pun beransur balik.

Harap mereka yang datang happy balik dengan membawa sedikit saguhati daripada PM. Lepas ni,mood pilihanraya pula. Bila ya? Kita tunggu announcement okay.

 

Pare Test. Jangan mengalah selagi belum berjaya

19 Disember 2018  hari penuh debaran. Tahun ini dalam PDRM diperkenalkan pula dengan PARE TEST. Sebelum ini tidak ada dalam PDRM dan tahun 2017 adalah tahun pertama ujian ini diadakan.Tanpa sebarang latihan , paksakan diri untuk buat yang terbaik. Ujian ini adalah berlandaskan masa mengikut umur. Terdapat perbezaan masa antara wanita dan lelaki iaitu 15 saat.

Apa itu pare test?

“The Physical Abilities Requirement Evaluation (PARE) is an occupational test used to assess a person’s ability to perform the physical demands of police work by simulating a critical incident of chasing, controlling, and apprehending a suspect.Jun 6, 2016”

Ikutkan tarikh asal PARE TEST ini adalah 21 Disember 2018. Namun begitu pegawai kanan JSPT wanita ini ada dalam 5 orang dan yang mampu atas faktor kesihatan cuma 4 dan seorang lagi bercuti. Jadi hari tersebut saya, ASP Heryani dan ASP Mariam sahaja yang menjalankan ujian ini.

Saya pula hari tersebut, seawal 7 pagi sampai di Taman Tasik Perdana untuk melakukan “streching”. Terima kasih atas sokongan suami dan anak-anak. Kiranya jauh jugak larian saya pagi itu. Seronok bila berlari, keluar peluh. Badan rasa sedap dan ringan walaupun jenis yang berisi.

Jam 8pagi kami ke Menara 2, Bukit Aman untuk menhadapi ujian. Tapi, semasa diambil tekanan darah, saudara  nak tahu berapa bacaan? MasyaAllah 185/110. Tinggi tu! Tapi badan memang tak rasa pening atau rasa nak pitam. Jadi saya maklumkan anggota bertugas, “Okay Cik, saya boleh lakukan. Jangan risau!”.

Selepas beberapa orang melakukan ujian tersebut, nampak mudah dan dalam hati cakap , “Boleh ini, tak susah pun. Survive hanya dalam masa 4 minit sahaja! Yakin boleh!”

PARE TEST

Owh ya, untuk usia 30-35 masa untuk lulus adalam 4 minit 30 saat dan untuk 36-40 4 minit 45saat. Syukur akhirnya berjaya. Tapi masa melakukan Pare test ini, tiba sahaja round keempat rasa lelah sangat. Namun, kata orang jangan mengalah. Kalau dah berjaya lakukan 4 pusingan kenapa lagi 2 pusingan hampir di garisan penamat nak mengalah.

AKSI PARE TEST

Ya, kata-kata dalam diri yang membantu untuk berjaya. Bukan sokongan daripada rakan atau orang luar. Bahasa dalaman diri yang menentukan kejayaan diri samada boleh berjaya atau tidak. Tengoklah semasa melakukan aktiviti ini pelbagai dugaan dan pergerakkan.

Untuk yang ingin menonton cabaran 4 minit 30 saat yang terlah berjaya dilalui, dipersilakan menonton di youtube.

Pengajaran Daripada Pare test

Pengajarannya, lakukan sesuatu yang telah kita mulakan sehingga berjaya. Bahasa diri dan sokongan diri sendiri adalah keutamaan yang akan menjadikan kita orang berjaya atau gagal. Biarpun semasa “ujian” ada pelbagai rintangan dan dugaan , namun kejayaan pasti akan jadi milik orang yang berusaha.

Tiada kejayaan yang datang bergolek. Saudara apa juga pekerjaan yang kita lakukan selagi boleh buat lakukan dengan habis baik dan tetapkan keazaman tinggi kenapa mesti berjaya. Jadi, sama-sama kita daki sebuah perjalanan di hadapan yang belum pasti dengan azam danmatlamat yang betul. Walaupun susah untuk melakukannya namun pasksa diri untuk teruskan perjuangan. Rezeki akan tetap jadi milik kita. Insyallah semuanya dengan izin Allah swt. Saudara ada belajar sesuatu?

Kisah Rezeki Dan Pangkat

Tengah suko ni🤣🤣, (cer cakap loghat kelate). Tadi dalam satu mesyuarat, sebelum menunggu pengerusi mesyuarat masuk. “Puan skuad mana?” “Skuad 3/2008,kenapa ya?”

“Masa awal-awal dulu Puan dengan Xxx antara yang awal disini. Ini baru 2 hari…. (sambil senyum kambing)” … terhenti! “Itulah Puan tak pandai”. “Rezeki itu Allah bagi ,dan saya tak pernah minta dengan manusia. Sebab yang bagi tu Allah swt”.

“Kumpulan Sedia!” Semua ahli mesyuarat bangun…. ( Tertib dalam pasukan ). Pengerusi memulakan bicara, “Suami Puan, Tuan Muazam dimana sekarang?” “Ada Tuan, dia di KDNKA!” “Owh saya ada jumpa dia, malam mess ke dimana tak ingat”.

Dalam hati ada ke Mr Suami pergi mess night, macam tak ada je😃. Mesyuarat bermula….bla..blaa..blaaa..

Ibrah:

REZEKI

Al-Qaşaş:60 – Dan apa jua (harta benda ,pangkat dan kekayaan dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?

JANGANSOMBONG

Al-Qaşaş:76 – Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).

Tujuan hidup:

Setiap daripada kita da tujuan hidup masing-masing. Ada yang merasakan pangkat dan kekayaan itu yang membahagiakan. Ada yang merasakan dengan kuasa dia akan lebih baik dan boleh berkhidmat dengan cemerlang. Berbalik kepada tujuan dan niat. Apakah tujuan sebenar kita melaksanakan sesuatu tugasan? Adakah semata-mata untuk mendapat penghargaan manusia atau redha Allah swt?

Semoga setiap rezeki Allah swt aturkan kepada kita buat kita lebih dekat disisi Allah swt. Dan bertambah iman serta Taqwa kepadaNYA. Bagi saya dan suadara yang masih tidak mendapat rezeki pangkat di dalam jabatan yang sedang kita bekerja jangan mengalah dan kecewa. Cuba pandang rezeki daripada sudut masa, anak-anak dan juga “rasa”. InsyaAllah, orang tenang sentiasa menang.

Pemakaian Pangkat Pegawai PDRM

Bismillahirrahmanirrahim.

Apa khabar sahabat pembaca?Semoga korang dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan sentiasa dalam rahmat Allah swt.

Pagi ini Ummi berada di Maktab Polis Cheras untuk sedikit penugasan majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM.

Selepas acara pagi ini, Ummi kena siap siaga untuk Majlis Malam Jasamu Di Kenang yang akan diadakan di Kelab Shah Alam pada malam ini.

Penugasan apa-apa acara dalam jabatan Ummi, biasanya tugas Ummi tak lain adalah menyediakan buku aturcara Majlis.

Untuk acara malam nanti, inilah buku aturcara yang telah Ummi siapkan dengan bantuan Komunikasi Korporat PDRM. Biasanya task begini memang perlukan kerjasama mereka. Antara orang kuat yang membantu Ummi adalah En Faizal dan En Azahar.

Penugasan Polis Wanita:

Setelah hampir 10 tahun penugasan, syukur dapat bekerja waktu pejabat. Bukan mudah🤣, tapi dalam kepolisan semua ini adalah rezeki daripada Allah swt juga.

Okaylah, Ummi majlis bakal bermula. Selamat bekerja ya semua. Bye

Maulidur Rasul S.a.w Peringkat Bukit Aman

5.15 pagi….”bangun, Along bangun, nak ikut atau nak duduk rumah? Mau nak ikut, bangkit mandi!” – Kejut pagi! Tegas sebab perlu kejar masa. Team saya mesti sampai Bukit Aman jam 630pagi. Sebab apa? Tudung nak dipakai pun ada fesyen tau. Keseragaman itu penting. Bagi yang lelaki, inilah masanya nak kemaskan sampin dan juga songkok. Dalam duduk bersiap, ada la yang tertinggal tudung la. Macam-macam hal🤣. 730pagi, kami turun lift dan JSPT (Trafik) sahaja yang jalan dalam kumpulan ke Kompleks 3. Jabatan lain dah ramai di dataran Kompleks 3. Katanya 730pagi dah nak mula. Tetapi Vvip iaitu Tan Sri IGP masih tidak menampakkan kelibat. Desas desus katanya Tan Sri juga sangkut di dalam kesesakkan. Sementara menunggu majlis bermula, kami sempat bergambar kenangan dengan keluarga JSPT. Pastinya gambar begini mestilah ada. Kenangan dan bukti penglibatan aktiviti kokurikulum. Eh, dah serupa aktiviti sekolah la pulak. Tidak ketinggalan YDH Pengarah JSPT juga hadir ke dalam perbarisan perwakilan JSPT. Bos datang, mestilah ambil gambar kenangan mau sekeping. Tetapi oleh sebab kamera semua dah disimpan di tempat khas, maka YDH Pengarah menghulurkan henset beliau untuk mengambil gambar. 830pagi, siren berbunyi. Cahaya lampu biru telah kelihatan. Tan Sri pun sampai. Selepas acara “lapor” perbarisan, Tan Sri IGP pergi ke setiap perwakilan untuk sessi seakan “kawalan kehormatan”. Tapi IGP hanya bersalaman dengan Ketua Perbarisan bagi setiap jabatan. Acara pun bermula, dengan didahului oleh perbarisan VVIP termasuk Tan Sri IGP.

Sekitar Perbarisan Maulidur Rasul:

Setibanya di perkarangan Masjid Bukit Aman, semua perwakilan pun keluar baris. Acara seterusnya bersambung di dalam masjid dengan bacaan surah Yassin bagi tujuan mendoakan Puan Sri kembali sihat.

Ceramah agama:

Selepas itu, ceramah agama oleh jemputan luar. Setelah selesai ceramah dan ucapan oleh TAN SRI IGP, majlis pun bersurai. Syukur makanan tengahari disediakan. Jadi, semua yang hadir dapatlah rezeki makan nasi putih, kari ikan, ayam goreng dan special udang sambal petai. Syukur. Setelah selesai makan semua tetamu pun bersurai termasuk lah Ummi. 🤣. Sepanjang majlis semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada anakanda Ummi, yang menjadi jurugambar sepanjang majlis diadakan. Kami berdua mewakili Jabatan masing-masing.

Jabatan KDNKA diwakili oleh suami:

ahniah JKDNKA mendapat tempat ke tiga perarakan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Bukit Aman. Namun, tidak semua apa yang kita buat, walaupun bukan jenayah atau perbuatan kufur akan dipandang baik sahaja. Namun begitu, syukur tahun ini dapat menyertai JSPT bagi meraikan Maulidur Rasul peringkat Bukit Aman._ 8.8.2017 Jumaat

Cabaran apabila anak-anak terpaksa dibawa ke pejabat

Gempa bumi di Menara 1,Bukit Aman. Langit tidak sentiasa cerah. Apabila membawa anak ke pejabat dan  12 jam berkurung dalam pejabat bukan biasa bagi anakanda. #inspektormama kena lebih tabah. Ada yang rindukan abah Muazam Nawawi yang sedang outstation.Itulah yang duk menangis bawah meja itu. Ingatkan berkurung kenapa. Ehm, rupanya rindukan abah dia.

Hamparan ‘toto’ menjadi alas.Its okay anakanda, kita mesti “chill”.

Sebenarnya bila gambar ini di upload ke facebook baru perasa ada benda hitam itu, tapi apa yer.. ? Masa ambil gambar ini, bilik gelap, ini menggunakan flash handset sahaja. Masih konfius.

 Bersedialah cabaran melayan perasaan ingin mencuba. Apabila masuk sahaja pejabat Ummi, semua benda nak dipegang. Dan jumpa apa sahaja cap ke atau kasut yang mereka jarang nampak, itu yang dibuat main. Adui la, sabar jer la.. tapi its okay ..korang main la, asalkan tidak mengganggu hidup Ummi . Serius , asalkan lepas main WAJIB kemas semula.

Ibu ibu pembaca , pernah bawa anak ke tempat kerja? Ehm, kami dah jadi rutin dan kebiasaan. Waima jika ada tugasan standby contohnya ada perhimpunan BERSIH dan sebagainya. Kalau apa-apa terjadi anak dah depan mata. Tapi hakikat sebenarnya inilah cabaran bila tiada pengasuh di hujung minggu. Kalau ada pun kenalah standby upah lebih. Bukan mudah berada di sesuatu tempat, namun Allah takkan uji jika kita tidak mampu sebenarnya. Okay, apa pun hidup mesti chill. Okaylah bye, hari ini Ummi off day sebab semalam dah 18 jam diluar temasuk kerja selama 12 jam. Bye..selamat bekerja yer semua.

Pemakaian Pangkat Pegawai PDRM

Bismillahirrahmanirrahim.

Apa khabar sahabat pembaca?Semoga korang dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan sentiasa dalam rahmat Allah swt.

Pagi ini Ummi berada di Maktab Polis Cheras untuk sedikit penugasan majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM.

Selepas acara pagi ini, Ummi kena siap siaga untuk Majlis Malam Jasamu Di Kenang yang akan diadakan di Kelab Shah Alam pada malam ini.

Penugasan apa-apa acara dalam jabatan Ummi, biasanya tugas Ummi tak lain adalah menyediakan buku aturcara Majlis.

Untuk acara malam nanti, inilah buku aturcara yang telah Ummi siapkan dengan bantuan Komunikasi Korporat PDRM. Biasanya task begini memang perlukan kerjasama mereka. Antara orang kuat yang membantu Ummi adalah En Faizal dan En Azahar.

Penugasan Polis Wanita:

Setelah hampir 10 tahun penugasan, syukur dapat bekerja waktu pejabat. Bukan mudah, tapi dalam kepolisan semua ini adalah rezeki daripada Allah swt juga.

Okaylah, Ummi majlis bakal bermula. Selamat bekerja ya semua. Bye

Segmen bersama blogger Umminani di rancangan Tumit Tinggi Tv 1

Assalamualaikum, hi semua kawan-kawan pembaca blog Ummi. Apa khabar? Sihat ? Kali ini Ummi nak ambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew Rancangan Tumit Tinggi TV 1 yang telah bekerjasama dengan Ummi untuk segmen blogger.

Syukur tak terhingga bila , Shiqeen Sattar  sahabat blogger dan juga sahabat PDRM Ummi mencalonkan Ummi untuk segmen blogger Rancangan Tumit Tinggi TV 1.  Pada mulanya Ummi agak terkejut, dan bila lamaran di berikan Ummi terima wlaupun hakikatnya belum pasti pihak PDRM beri keizinan atau tidak.

Bagi slot bersama Blogger kali ini, Ummi perlu memakai pakaian uniform polis. Salah satu kehendak penerbit kali ini. Tujuannya  tidak lain , hanya sekadar memberikan inspirasi kepada pembaca dan penonton di luar sana.

16 JUN 2017 – Dalam kesibukkan menyiapkan persiapan  paluan berundur YDH Dato Pengarah JSPT, Ummi kena persiapkan diri juga untuk rakaman segmen blogger rancangan Tumit Tinggi TV1.

Gila weh masa kesuntukkan yang amat sangat, bayangkan pada bulan puasa masa sangat limited untuk buat kerja. Sampaikan ada saat, nak berjumpa boss pun sangat limited dan terhad. Semua sibuk untuk pengurusan paluan berundur dan juga serah terima tugas.  – Terpaksa jadi mc adhoc di majlis serah terima tugas timbalan pengarah!

Proses dapatkan kelulusan untuk rakaman Rancangan Tumit Tinggi

15 Jun masih tak sign surat kebenaran untuk mengadakan sessi rakaman di pejabat. Urghhh! Ini kalau tak kena gaya atau salah step boleh dapat surat cinta lagi ini. Jadi, dalam masa menunggu buku aturcara yang Ummi sediakan dengan pro pusat, Ummi ambil kesempatan untuk dapatkan kebenaran daripada ACP Ibrahim. Alhamdulillah dengan briefing ringkas akhirnya surat daripada RTM dah di luluskan oleh Tuan ACP Ibrahim. Bukan mudah weh! Patut balik jam 4.00 petang, tunggu sampai jam 6.00 petang tau! Semata -mata nak ikut procedur.

Bila di tanya, Ummi maklumkan ACP Ibrahim, “saya dipilih kerana sya pemilik blog Umminani.com. Tuan, walaupun ada calon lain, tapi mereka bukan pemilik blog ini. Ini hak saya!” Huhuu  berani weh. Kena tahu dan faham, politik ada di mana-mana, ada masa kau dah beraya buat satu-satu benda tapi, kena potong kat korner..hahaha jadi kali ini tak ada siapa boleh potong kat korner weh.. Umminani ada sorang jer!

Angkut barang, tunggu crew lebih 30 minit! Lama juga!

Okay, bila tiba hari jadi, lepas sahaja acara paluan berundur selesai , Ummi terus ke pejabat. Bila dah naik  ke pejabat , Ummi tunggu call Cik Wan Zila, penerbit Rancangan Tumit Tinggi. Tepat jam 1030 pagi, Ummi ajak Cik Nurul KPL Ummi untuk turun kebawah  Menara 1 , ke gate utama Bukit Aman dengan kereta pasukan untuk bawa naik barang dan kelengkapan untuk rakaman.

Bila kami dah naik kenderaan, tunggu crew punya la lama untuk buat pendaftaran kat pintu masuk Bukit Aman, yes ini procedur kena ikut demi keselamatan. Punya lah lama, hampir 30 minit menunggu di Lobi Menara 1. Bila dah semua sampai, terus naik ke tingkat 20 dan mulakan sessi.

Huuuuhu, muka memang sememeh k, yer la tadi masa majlis paluan berundur jalan panas-panas tak sempat dah nak make up lawa-lawa. Tak pe baru lah real kerja polis kan, bukan model! ahaksss!

Sessi pertama habis dalam jam 4 petang juga. Dari rakaman dalam pejabat sampailah depan pintu utama Bukit Aman. Syukur semua selesai dengan baik, dan bila settle je, hujan pun turun..syukur selamat selesaikan kerja rakaman ini dengan jayanya. Alhamdulillah.

Hari rakaman atas helikopter 22 Jun 2017 – PGU Sungai Besi 

Ehm, ini satu hal lagi, bukan mudah nak settlekan urusan crew untuk naik bersama dalam helikopter. Kalau tahun lepas bawa crew utusan mudah jer! Ini storynya –  Pemantauan Trafik PDRM Melalui Udara Sempena CNY 2017

Tapi bila dah Allah swt izinkan semuanya jadi mudah jer. Kiranya masa nak buat pengambaran atas helikopter ini , crew ikut sekali untuk  pemantauan udara Op Selamat 11/2017 – Sempena Hari Raya Aidilfitri . Krew sorang jer boleh naik dan segala form semua kena isi untuk keselamatan.

Ini pula striory Ummi masa pemantauan udara tahun ini – lepas memantau terus shoot balik kampung. – Perjalanan balik kampung, 12 jam perjalanan..huhuuu

Lepas semua dah ready, rakaman dah siap semangat nak raya bukan main lagii. Terlupa nak update pasal preparation untuk rancangan Tumit Tinggi ini. Maaf ya semua. Tapi di instagram ada jer update – siapa belum follow , silakan ke https://www.instagram.com/ummi_nani/

Rancangan yang di tunggu kini tiba pada  – 9 Julai 2017 . korang jemput layan rakaman ini yer.  Terima kasih kepada semua yang dah menonton, semoga menjadi inspirasi kepada semua. Terima kasih atas sokongan kepada Umminani.

Tumit tinggi, wanita inspirasi global!