Bawal Sempoi Lokasi Wajib Singgah Bila Duk Dekat Unikl Atau Sekitar Chow Kit!

Hi semua, tengahari nak makan di mana, kalau duk dalam kawasan KL? Ummi semalam dah cuba makan di Restoran Bawal Sempoi di depan Unikl Kg Baru Kl. Fuh, saiz ikan bawal, keli dan Sotong Megatron amat tidak mengecewakan.

Serius, kedai biasa-biasa jer tapiiii mak aii orang keluar masuk. Kami sampai belum jam 1 tengahari, waktu tu baru jam 12tengahari gitu.. tapi kena booked meja owhh! Sorang jaga meja, sorang beratur ambil makanan.
Nak ikan keli dan bawal panas-panas kena la tunggu. Yang best… fuh..ranggup gila ikan bawal dan keli di Bawal Sempoi Kg Baru Kl ni.

Ummi pula, tak sah kalau makan ikan panas-panas ini tapi tak ambil sambal. Kena pula aneka sambal ada.. menyengat wehh! Kiranya semua pencicah try semalam..semua sedap.Ini yang paling menawan qalbu..sebut qolbu keh.. 😁 Kari kepala ikan.. huhhhh! Bukan setakat mengiurkan, tapi boleh buat tak tidoq malam yooo😆

Ada kos bajet jer, Kalau nak makan kat sini cukup. Air oren dan sirap free jer, refilp pun free, minumlah sampai penuh perut. Serius segelas memang tak cukup.

Serius ,kuah kari walaupun cair tapi berbisa. Rasa dia , marbeles. Susah nak gambarkan.. apa yang dirisik risik, nak buat kuah kari sedap macam ini sebenarnya gunakan rempah giling. .. patutlah..

Menariknya, Dauz makan sampai ketuk-ketuk kepala ikan nak makan otak ikan.. hehhe adeh, memory ini tapi tak sempat nak merakam. Mana tidaknya, tangan bergelumang dengan kuah kari. Lepas makan nasi, hirup pula sup kosong oanas-panas. Heehe minta maaf ya, selera yang amat besar, mujuq orang dia tak membesar dengan jayanya juga😉

Bawal Sempoi
Sotong MegaTRON sangat menggugat jiwa! Maaf i punya, makan sorang jer ni!


Aah, lupa nak bagitau, kos makan nasi dan ayam rempah serta air hanya Rm5.00 sahaja. Baca entry Ben Ashaari, ada harga di sini – Kos nasi dan ikan bawal Rm10.00 , dan lain-lain lauk pauk boleh tambah ikut kehendak perut..hahaha perut nak, mata pun nak ..semua nak..balik jangan menyesal kalau jadi macam Ular Sawa keh😅😅🐍

www.lancareno.com

Ummi dah cuba, secara jujurnya makan disini tak puas jika sekali datang. Wajib ulang lagi. Dan lebih menarik, jika sambil makan hujansikit-sikit renyai…fuh nostalgia macam duduk di kampung. Tak caya cuba serbu ke Bawal Sempoi Kg Baru Kl.

Masuk sini jangan termenung ! Pilih jer nak makan apa..ehehe
Nak cari lokasi tapi tak tau? WAZE jer,  bawal sempoi atau UNIKL Kg BARU.. dah tu nanti tengok betul betul depan UNIKL, ada juga pusat Jualan PERODUA. Senang je…
ALAMAT RASMI :
Bawal Sempoi Kg Baru KL
No. 49A, Jalan Raja Abdullah,
Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur.
No. HP / Whatsapp : +60172520031
.
Kalau nak mudah wasap jer terus klik link nie www.wasap.my/60172520031 . wassap tak rugi , mana tau dapat diskaun ..hehehe . Okay, jangan Pergi KALAU TAK NAK RASA MAKANAN BEST.hahahaha

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge