Poligami dalam PDRM boleh ke?

Assalamualaikum, nak tanya uols… agak-agaknya kalau suami kahwin atau nak mohon poligami uols bagi ke? Ramai yang tanya Ummi, boleh ke pegawai polis berpoligami?

Ummi nak jawab tak boleh, tak ada hukum agama melarang. Agama kita benarkan poligami. Cuma kalau dalam pasukan, perlukan permohonan daripada isteri dan juga pasukan.

Kenapa? Ummi menyokong sangat jika pasukan tetapkan syarat begini. Ini bertujuan untuk menjaga kepentingan keluarga , isteri pertama dan anak-anak. Untuk berkahwin memang mudah, tapi nak melaksanakan tanggungjawab bukan mudah.

Berapa sangat gaji pegawai dan anggota polis, jadi bagus untuk pasukan menetapkan syarat memohon kebenaran sebelum berkahwin. Lagi satu, perkahwinan Pegawai dan anggota PDRM ini juga melibatkan keselamatan negara. Bakal suami dan isteri perlu melalui saringan. yer la, manalah tahu calon yang nak dijadikan suami atau isteri ini penjenayah..😀

Nampak sebab apa poligami mahupun perkahwinan pegawai dan anggota PDRM ini bukan mudah sebenarnya.

Gambar hiasan

Bagi isteri yang bertanya ” Bagaimana jika suami nak poligami?”

Bagi Ummi, jika belum pun suami bersuara Si isteri jangan pikir. Sebab, apa yang kira pikir, rasa dan asyik pikir itu adalah doa. Doa isteri ini mustajab. Ha!! Takutttt….!

Ingat, bersangka baik dalam apa juga keadaan. Kadang lumrah kehidupan kami pegawai polis dan juga anggota PDRM ini ada kalanya tidak sempat balik ke rumah. Semua tu demi tugas. Usahlah pikir yang bukan-bukan, suami yang bekerja itu sedang mencari rezeki.

Dan macam Ummi, Ummi bekerja demi keluarga nak bantu suami ringankan beban keluarga. Kesepakatan dalam keluarga amatlah perlu diambil berat. Nak pupuk kasih sayang, suami isteri wajib berwassap berdua demi cinta rumahtangga.

Wassaplah suami dan isteri sebelum kita leka dengan wassap group kawan-kawan sekolah atau komuniti lain, demi rumah tangga bahagia. Jadi, ada isu suami nak poligami lagi jika rumah tangga dah bagaikan syurga? Jawablah yer…sama-sama kita doakan keluarga kita semua dalam rahmat Allah swt. Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge