Pantai Klebang Hujan , Terbatas Hasrat Nak Jalan-Jalan

Kami hari ini niat nak rehat-rehat kat Pantai Klebang. Semalam singgah waktu malam, selepas majlis berinai sepupu. Tapi sebabkan keletihan tak dapat nak rasa nikmat alam. Hahaha yer yer jer kan..

Jadi hari ini selepas majlis bertandang, balik berehat dan bagi anak-anak rest di homestay. Dalam jam 6ptg ,Ummi kejut Along dengan Angah bangun. Kami siap-siap dan menuju ke Pantai Klebang serta disini juga ada Dataran 1 Malaysia.

Hujan mula menitik, setitis demi setitis. Adoiii, hujan rahmat. Kami tak mengalah!

Kami keluar juga dari kerera berbekalkan payung. Car booth sale dah mula mengemas barang. Maknanya hanya rezeki kepada peniaga food truck.

Kami nak rasa Coconut Shake. Ummi dalam kalut nak lari dalam hujan, sempat beli 1 bekas Coconut Shake Ori Rm3.00. Not bad, rasa okay.

Angah tengah kusyuk minum coconut shake. Masa ini Ummi sedang tunggu Ayam Gunting dan Sosej. Total ayam gunting 2 keping Rm14.00, Sosej Rm3.00. Along dengan Angah nak ais cream coconut , jadi belikan setiap orang sebekas. Sebekas Rm3. Jadi Total semua Rm23.00 belanja petang tadi. Wow details kan. Hehehe senang nak rekod dalam buku bajet.

Ini lah food truck yang ummi beli ayam gunting. NANZA FOODTRUCK namanya. Umki bagi 4/5 bintang untuk service food truck ini. Yang penting makanan tak dibiarkan terbuka dan tercemar. Ini faktor utama yang Ummi titik beratkan sebelum membeli selain daripada peniaga tu siapa.

Along dengan Angah duk berangan nak main kat taman mainan di belakang tu. Namun tak kesampaian ,bila lepas jer snap gambar,hujan mencurah dengan lebatnya. hehehe terus masuk dalam kereta la. Kami duduk sekejap dalam kereta. Lepas tu nak tunggu hujan reda, macam lewat jer. Jadi kami gerak juga balik ke homestay.

Dalam 20 minit perjalanan, sampai jer kat homestay hujan pun berhenti. Maknanya rezeki anak-anak nak main kat Dataran Klebang tadi bukan lah rezeki kami.

Okay, ini cerita kami untuk petang tadi. Nak rehat dan nanti nak jalan lagi. 😍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge