Hari Pertama Kerja Kena PRANK!

Hari ini hari pertama kerja selepas Ummi berehat hampir seminggu di rumah akibat excident. Bangun pagi ini dengan penuh persediaan. Sebab dah setkan in mind anak-anak juga ,”Esok Ummi kerja. Kita kena tidur lena ya malam ni”. Mr suami kerja, jadi kena uruskan anak sendirian semalam. Tapi mudah jer, depa ini kalau ada abah yang manjanya terlebih walaupun si abah ini garang!

Ummi dah setkan otak depa, Along kena mandi jam 6.00 pagi. Yang lain bangun 630 pagi. Ummi macam biasa bangun 515pagi, tapi Ummi bangun jer, adik pun bangun! Adeh dah macam tak boleh tak ada Ummi.. Nak lari malam pun tak boleh! Hahahaha inilah nasib ibu menyusu. Siapa ada baby menyusu memang tahulah macamana kan! Nak melekat jer kerjanya. Yang heran siang hari boleh jer tak ada Ummi. Adik owhh adik.

Lepas dah siap mandi dan solat. Ready 6.30pagi hantar Angah , kakak dan adik. Tapi kalau Ummi yang nak hantar ke rumah mama waktu pagi, ada jer minta nak donut! Hadoii, dah makan masa 10minit. Belikan juga lah si angah dengan kakak seorang 2 biji donut coklat dan adik donut biasa. Sampai jer kat rumah mama, pandai pulak tertib letakkan donut kat meja dan tidur. Eh! Boleh bayangkan tak kalau kat rumah agaknya lepas bangun tidur semula ke?? Tu la orang kata kalau kat rumah pengasuh “rap” sangat!

Ummi kena hantar Along ke sekolah. Sampai sekolah Along dalam jam 7.00pagi. Agak awal dan kereta tak banyak , sebab hari Rabu ada pasar. Jadi ramai yang tinggalkan kereta kat jalan besar. Ummi gerak ke pejabat sampai dalam jam 8pagi.

Ingatkan dah selamat tak ada meting. Smpai jer, kerani bagitahu “Paun ada meting di tingkat 8 yer jam 9pagi” “Eh, bukan ke batal meting tu?” “Tak Puan, tu meting lain”. Redha la, siap2 salin uniform dan pergi meting.

Nak jadi cerita , masuk bilik meting dengan penuh yakin. DSP Mila “Puan dari mana?” “Saya wakil JSPT Puan” . Puan Mila pun senyap jer. Sorang demi sorang ahli meting masuk. Dan…..

Satu ASP lelaki menyapa “Puan dari mana?” “Saya dari JSPT, Kawalan Lalulintas”. “Puan masuk meting ni ker?” “Ini meting Forum Perdana Sempena Hari Polis kan?” “Eh Puan, ini meting menembak!” “Demm!! Saya salah ke? Tuan saya dapat memo meting disini pagi ini” “Owh meting ini tunda petang nanti Puan” “Okaylah, saya gerak dulu Tuan, minta maaf memang saya yakin saya masuk meting yang betul”

Erghghhhh! Korang ingat tak tebal ke muka! Balik ofis tanya kerani, apasal meting salah ini? Katanya tak dapat memo meting ini tunda.. Adeh, nak marah pun bukan salah kerani! Korang pernah alami situasi macam ini tak? Hari pertama kerja dah kena PRANK!

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge