Gathering Cinta Kuatkan Semangat Aku!

Bersahabat ini tanpa kira pangkat atau darjat. Kami mula kena sejak 2014. Hampir 3 tahun berlalu. Selepas satu program, kami ditemukan dan kini kami bersua kembali. Ada antara nya dah jadi jutawan. Ada usahawan berjaya, ada pemilik restoran ada juga pakar penulisan dan pelbagai lagi. MasyaAllah ini namanya cinta.

Kami dah setkan untuk bertemu di rumah kak B di Taman Puncak Jalil. Janji termeterai pada 13 hb Mac 2017, kami dapat berkumpul, bersembang dan makan. Bukan omongan kosong!

Hari ini aku yang rasa bertauh yang amat! Rasa semangat yang lunutr bagaikan kena klorox dan putih kembali. Rasa semangat yang down gila, kini pulih! Pulih dengan kata-kata daripada seorang kakak, tunjuk ajar dari seorang adik. Masyaallah, rasa kerdil sangat diri ni. Kerdil, takala aku hanya insan biaa yang dapat suntikan dan dapat semangat daripada adik beradik Cinta! Kami ni bukan adik beradik seibu seayah, tapi kami  bagaikan saudara..

Pernah rasa bagaimana di sayangi? Diberikan kata semangat? Rasa diberikan harapan? Dan akhir nanti kakak, adik nak tengok kejayaan kita? Pernah rasa? Ini yang Ummi rasa semalam 13.3.2017. Kami berkongsi rasa tanpa rasa malu, tanpa rasa cemburu. Kami dapat menyelami jiwa dan perasaan masing-masing. Bukan jutawan yang kami mohon, kami redha ALLAH dan kaya serta kecukupan pinta kami.

Kami belajar banyak perkara dalam tempoh masa singkat. Kami belajar menerima, belajar tentang cinta, belajar tentang rezeki. MasyaAllah, ini sungguh ajaib. Dan dalam adik beradik cinta ini, kami ada kakak yang pandai membaca nombor melalui metafizik. Kami dapat baca nilai  diri, kebolehan dan apa yang kami setiap seorang perlu lakukan untuk capai apa yang kami impinkan dalam masa 2 tahun akan datang!

Kakak Zaida, Kak Azilah nasihat kami kami tentang FOKUS! Cari kekuatan. Niche dah jumpa jumpa tak polish betul-betul. MasyaAllah rasa macam dipukul-pukul tapi boleh pulak redha. Boleh menerima. Ini suatu yang luar biasa bagi manusia , sebab yang menasihati kita bukan orang berada , bukan jutawan, tapi kerana satu iaitu keikhlasan.

MasyaALLAH, nampakkan? Bertapa wanita, seperti kita bukan sahaja perlukan suami dan anak-anak tapi kita perlukan sokongan rakan, kakak dan adik yang berani berkata “No. u cant do that”, “Yes. itu yang terbaik” Fokus buat betul-betul”.

semoga ukhwah ini kekal ke akhirnya. Kekal sehingga ke syurga. Kekal kerana kita bukan siapa-siapa tapi manusia biasa yang mencintai satu sama lain. Luv u cinta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge