Berapa uols sanggup belanja untuk beli make up?

Ummi bukanlah kaki make up setiap hari. Tapi lepas belajar tentang kemasan diri masa aura di hati, sejak tu walaupun sekejap nak pergi mana-mana wajib untuk calit eye liner dan gincu. Nampak la muka segar sikit.

Dulu suka yang amat dengan jenama MAC. Salah satu favourite dari koleksi Mac adalah foundation. Harga 1 tiub boleh cecah RM100.00+, tapi berbaloi tahan lebih 3 bulan. Save money, pakai sikit jer pun, bukan perlu banyak-banyak. Yang Ummi pilih ini, memang kalau peluh tak effect. Ummi bagi 5 bintang untuk Mac yang ini. Rujuk gambar kat bawah.

Lagi satu Ummi suka juga Elianto. Ummi pakai juga foundation Elianto yang stik , untuk kegunaan harian di pejabat. Okaylah, pakai sekejap lepas tu nak wuduk. Jadi tak membazir. Harga dah tak ingat berapa. Kalau eye liner , memang Ummi pilih Elianto atau Maybelline. Kedua-dua ini mudah pakai dan tak comot.

Blusher, Ummi suka Mac sebab smooth jer color. Kali ini jer ubah selera, sebab try kat tangan, bila kena air okay jer dan tidak nampak bercapuk. Harap nanti bila pakai masih nampak cantik kan warna kekal.

Brush, Ummi beli yang sendayu tinggi untuk basic foundation. Ummi beli yang Mauve Editon, pointed foundation brush. Sesuai untuk foundation dan juga untuk untuk concealer. Mudah pakai , dan bulu tak lah keras sangat.

Hari-hari ke Ummi beli make up ?

Ummi bukanlah ada belanja yang banyak. Ummi punya beli bila perlu. Kali ini Ummi perlukan bedak, blusher dan juga powder brush. Hahahaha habis duit poket cik abang bagi i tau! Total belanja 3 barang hari ini RM332.00.

Powder Brush ini sahaja RM99.00. Bedak RM168.00 dan Blusher RM65.00

Ummi dah cuba set yang baru Ummi beli.Hahaha tak sabar nak pakai kat luar, kat rumah dah pakai, memang peluh pun tak jejas okay. Best sangat. Nak try boleh beli kat watsons.

Wah beria story pasal alat make up. Hahaha nak make over tak ada masa, nanti lah bila dah try pakai baju lawa sikit baru shoot muka okay! Thank you sebab membaca. Kisah wanita nak bergaya. Opss, pastikan niat kerana Allah dan cantik untuk suami dan nak cantik sebab nak nampak kemas okay! Islam suka cantik, bersih dan kemas. TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge