BEN ASHAARI NAK KOREK RAHSIA MEDIA SOSIAL AKU !

Hi, hari ini masih mc akibat daripada excident hari khamis lepas. Jadi lepas solat dhuha, banyak masa nak update entry. Niat nak siapkan entry untukschedule. Tapi, tiba-tiba baca kat blog Ben Ashaari ada segmen . Boleh la join..hehehe rezeki dan idea Allah nak bagi menulis pagi ini.  Tajuk Segmen adalah ” BEN ASHAARI NAK KOREK RAHSIA MEDIA SOSIAL AKU ! “

Kenapa anda jadi blogger ?

Susah nak jawab soalan nih! Mula blogging tahun 2011 untuk nak kongsikan cerita dan untuk anak-anak baca sebagai tatapan kenangan mereka besar nanti. Itu sebab utama Ummi nani menulis dan jadi blogger. Dari awal memang suka menulis, tapi bil atiada ilmu, penulisan jadi sia-sia. Sekarang yakin, dengan jadi blogger walaupun separuh masa, banyak jihad boleh dilakukan. Samada nak grab peluang atau tidak sahaja.

BEN ASHAARI NAK KOREK RAHSIA MEDIA SOSIAL AKU !’
Dikatakan sekarang blog tidak lagi relevan dan akan pupus dari internet . Apa pendapat korang ?

Dulu tak tahu pasa blog ini boleh jana income. Jika tersu blogging tanpa ilmu yes, akui bahawa blogging ini hanya buang masa. Buang tenaga dan tak berfaedah. Tapi bila dah serius bloging sejak awal 2015, rupanya blogging mendatangkan banyak faedah dan rezeki. Sejak join Kelab Blogger Ben Ashaari , terus daripada menulis suka hati, kini jadi penulis blog yang lebih ilmiah dan nak kata bagus tak, tapi ada la manfaat boleh disampaikan pada pembaca.  So, pendapat Ummi, blogging takkan pupus dari internet. Semakin hari akan semain berkembang. Makin ramai pengguna internet , maka akan lebih ramai yang menggunakan blog sebagai sumber carian info. Dalam era kini juga, ramai yang berniaga, jadi kepakaran dan kebolehan berkongsi cerita di blog boleh menjadi salah satu tools kepada marketing seseuah syarikat.

Antara blog , Facebook dan Instagram , mana satu medan pengiklanan yang lebih berkesan bagi korang dan kenapa ?

Bagi Ummi, medan pengiklanan blog adalah untuk jangka masa panjang. Selagi entry tersebut tidak didelete dan seo serta keywords yang telah  disetkan kena pada entry , ia sangat membantu untuk sesebuah perniagaan.  Jika menggunakan facebook , peniaga mestilah berani untuk membakar sejumlah wang demi untuk memberitahu penggunan tentang produk yang di niagakan.

Belum tentu akan berjaya! Sama juga dengan instagram, hanya akan berkesan jika mengunakan #hastag yang dicari.  Tapi dengan blog, inFo yang padat dan lengkap dapat disampaikan. Selain itu, menggunakan blog untuk pengiklanan lebih berkesan kerana pengguna atau customers yang mencari bukan peniaga yang terhegeh-hegeh mahu menjual.’

cropped-tyzara-banner-1.jpg

Blogger sering dikaitkan dengan ‘perwira papan kunci’. Bagaimana nak menafikan dakwaan ini ? Apakah yang perlu blogger buat ?

Blogger harus tahu matlamat dan tujuan untuk blogging. Perwira papan kunci tidak salah selagi tidak memutuskan silaturrahim danti dak mencemarkan maruah agama. Tulisan yang baik akan menjadi asbab kepada pintu syurga. Dan jika kita menulis perkara tidak baik, ianya akan menjadi asbab kepada panggila neraka. Jadi sebagai blogger , mestilah kita pilih untuk menulis dan menulis kerana Allah swt. Betul ?

Blogger hendaklah berpegang kepada ayat-ayat ini sebelum menulis :

Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: ” Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya setan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. [QS. Al Isra’ :53]

Allah berfirman : “Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.”[QS. Qaaf :18]

‎”Tuhanku mengetahui semua perkataan di langit dan di bumi dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [QS. Al Anbiya : 4]

Semoga Ummi dan rakan-rakan blogger yang lain dapat menjadi blogger yang membawa manfata kepada Ummah. Amin.. Okay lah,  Jemput follow fb dan ig Ummi Nani :

Jumpa lagi ya…

Comments

    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    1. Post
      Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge