Zakat Pendapatan & Cara Kiraan Mudah Hanya Rujuk Jadual Yang Disediakan

Ramai orang tahu pasal zakat, tapi berapa ramai yang keluarkan zakat pendapatan waima bergaji bermula dari RM1601. Nak rujuk dimana? Kalau Ummi mudah jer, buka web : Zakat Selangor


Rasional Penubuhan LZS (MAIS)

Memikul tanggungjawab yang lebih besar di samping meningkatkan imej dalam menguruskan kutipan dan agihan zakat yang telah mencapai lebih RM100 juta setahun.

Dalil Kewajipan Zakat

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” – Surah At-Taubah (ayat 103)

Bayar Zakat Pendapatan Melalui EzakatPay

Lembaga Zakat Selangor
Umminani bersama Puan Jun dan Puan Mala daripada lembaga Zakat Selangor.

Nak mudah , Ummi gunakan EzakatPay  – Mudah dan cepat. Ummi hanya masukkan details yang diperlukan dan hanya masukkan jumlah zakat yang kita nak bayar. Mudah jer, lepas dah isi borang , web akan bawa kita direct ke system untuk potongan daripada akaun. Pilih bank untuk kita buat online bank in dan masukkan username serta paswords. Tak lama lepas tu, akan keluar paparan menunjukkan jumlah dan details bayaran. Request tag nombor, dan selepas dapat tag nombor , masukkan tag nombor seperti biasa. Klik comfirm. Siap dan print statement bayaran dan simpan. Satu salinan bukti bayaran akan di email ke akaun email kita. Mudah kan??

 

zakat pendapatan

Dekat web  Zakat Selangor, uols boleh kira dan tengok jumlah yang perlu di keluarkan zakat. Bagi zakat pendapatan ada jadual kiraannya di bawah Skim Berkat.

Selain itu, boleh juga kira zakat Emas perhiasan, zakat wang simpanan, zakat perniagaan, zakat perak, zakat kwsp, zakat padi dan zakat saham. Jika nak mudah lagi , boleh ke kaunter pembayaran zakat di 28 Cawangan Lembaga Zakat Selangor.

Agihan Zakat kepada Asnaf

Pada dasarnya  zakat di agihkan lapan kategori asnaf .

FAKIR

MISKIN

AMIL

MUALLAF

RIQAB

GHARIMIN

FISABILILLAH

IBNU SABIL

Bagi tahun 2017, bantuan umum pelajaran tidak lagi ditawarkan kepada pelajar Bukan Asnaf Fakir Miskin. Boleh rujuk memo dibawah :

Jom bayar zakat. Rezeki berkat. Amin

“Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.” – Surah Al-Baqarah (ayat 83)


Dari ayat-ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.



Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge