Month: February 2017

Break Pad Sym VTS 200 seminggu je habis!

Jumaat lepas 17.2.2017 balik kerja terus singgah untuk tukar break pad Sym vts 200. Dah hampir 2 minggu rasa tak sedap menunggang. Itu sebab terus pergi check.

Bila pomen dah keluarkan break pad, ha kau! Habis terus. MasyaAllah! Alhamdulillah selamat sampai kekedai dan tukar. Patutlah dok heran, break tak makan! Gila bahaya, break tapi tayar belakang dah tak grip. Bila nak memotong dan melalui jalan kat lorong tengah pada waktu pergi dan balik kerja, bahaya sangat. Kerosakkan break pad pada sym vts 200 boleh menyebabkan Ummi tergolek!

BREAKPAD VTS 200

Tukar break pad baru harganya kalau ikut Rm100+, tapi sebab dah jadi member di FZS Motor, dapat harga RM85.00 sahaja untuk 1 set. Jimat yang amat!

SYM VTS 200

Ini break pad yang baru , yang ni la tukar jer baru seminggu  dah habis. Erggg! Date first tukar 17 Feb  2017.

Ini 24 Februari 2017, balik petang tu singgah lagi sekali kat workshop FZS di Cheras. Boleh break pad tu hilang  ! Kata owner workshop tu , sebab disk bercalar  dan ia menyebabkan kesan kepada breakpad. Bila ditanya apa sebab breakpad boleh bercalar teruk. Katanya ” itu tak pasti, dan ada juga pengguna SYM VTS 200 lain yang alami disk bercalar. Tapi ini kes pertama break pad licin selepas seminggu”.

Dan sebabkan macam tak logik seminggu boleh haus, maka owner workshop gantikan yang baru yang lebih keras. Tujuannya untuk melicinkan semua disk. Selepas seminggu nanti, kena datang semula untuk gantikan yang baru dan tengok apa jadi pada disk. Pelik kan, seminggu pakai dah haus.

Sym vts 200 yang Ummi pakai sekarang dan cukup selesa. Tapi kalau ada bajet lebih nak upgrade ke 400i. Pasti kelajuan 400i dapat memberikan lebih kelajuan di LEKAS Highway. Hehehe impian tak salah kan?

Sebabkan berimpian, nak pelekat gambar  400i la kat wall ini. Nak visualise! Sym VTS 200 lepas ini boleh guna seharian dan SYM 400i untuk jarak jauh. Eh! Doakan lah, mana tahu rezeki Ummi dengan suami dapat naik motor baru kan.

Menarik dan menjadi impian Ummi  : YAMAHA T-MAX SKUTER SPORTS

 

 

 

Along berjaya gondol perak dan gangsa, tahniah Along!

Hari ini (25/2/2017 ) seharian di sekolah Along, dari pagi sampai jam 230petang. Lama jugak tu, tapi Alhamdulillah sampai nak balik adik Zakkir tak buat perangai. Semua behave jer. Abah pula sibuk dengan tugas sebagai AJK PIBG sekolah, bantu pihak sekolah untuk urusan anak-anak bersukan.

Team Ajk PIBG

Kami semua kena jadi team Biru. Dari awal along bagi tahu  kami semua satu family kena sokong dengan pakai baju rumah biru. Jadi Ummi la kena set semua orang baju biru , termasuk adik Zakkir.

Semua orang bangun awal, dan mandi dan siap jer terus kesekolah. Dalam jadual mula jam 730pagi, tapi bila sampai mula jam 9pagi juga. Biasalah anak-anak ini macam-macam ragam, cikgu nak set up padang dan rumah sukan pun ambik masa. Mujur mak ayah lain yang hadir pun faham.

Along berjaya mendapat tempat kedua acara Individu 50meter.

Along masuk pertandingan 50 meter lari individu. Alhamdulillah menang nombor dua. Abah yang jaga kat penamat cakap “Kalau Along lonjakkan sikit badan mesti dapat menang nombor satu”. Along senyum tersimpul malu  bila abah cakap macam tu. Its okay first time masuk pertandingan berlari.

Bagi acara kedua berkumpulan , Along dan kawan-kawan berjaya mendapat tempat ke 3

Bagi acara berkumpulan bawa uncang kacang sambil berlari, Along peserta ketiga. Syukur kumpulan Along berjaya juga menjadi pemenang tempat ke tiga. Tahniah Along dan kawan-kawan.

Angah pula masuk pertandingan Kerusi Musik dan juga pungut gula-gula. Sebabkan masa Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari baru-baru ini kat De Rhu Beach Resort Kuantan dah main permainan ini, jadi Angah lebih confident untuk masuk acara.

Yang best pungut gula-gula, Angah dah pandai pasang strategi, cuma tak ikut je. Hahahaha dapat banyak juga la gula-gula dalam 20 biji juga. Hadiah tak der, melainkan gula-gula jer.

Kerusi muzik atau kerusi beracun Angah dapat nombor tiga. Kalau Angah cepat mesti dapat nombor dua. Tapi bangga dengan Angah yang berjaya mengatasi ketakutan dan menang juga walaupun nombor tiga. Disini mengajar Angah untuk berusaha dan mengatasi ketakutan serta mengatasi kurang keyakinan. Angah hebat sebab berjaya masuk permainan ini tanpa Ummi temankan. Ummi sibuk dengan tengok adik dan rakam video Along, Angah dengan abah.

Tahniah Along , Angah dan Abah. Mereka bertiga penyeri hidup Ummi sebab bawa balik hadiah , hahahaha. Thank you Cik Sarah dan Adik Zakkir sangat behave. Sayang uolss ketat-ketat.

Artikel menarik: Kenapa Aku Pilih Tyzara Shampoo Untuk Merawat Rambut Gugur

Anak lelaki dan tips mendidik? Jom jadi ibu yang baik kepada anak lelaki kita!

Ummi ada 3 anak lelaki. Ada kala nya sangat menguji kesabaran Ummi. Tapi apakah cara terbaik nak jadikan anak- anak yang sejati? Jom baca tips didik anak lelaki.

1. Ajar anak lelaki jadi penyabar tetapi tegas

Ada pendapat berkata, anak lelaki mudah marah dan tersinggung. Ada juga yang kata anak lelaki kasar. Tapi mudahnya adalah dalam membentuk anak lelaki, mak ayah yang memainkan peranan. Siapa mereka adalah bagaimana ibu mendidik mereka. Jadi nak didik anak lelaki menjadi kasar atau tegas dan penyabar adalah pilihan  kita sebagai ibu. Jom tunjukkan bukti dan contoh  yang baik kepada anak lelaki.

2. Didik mereka jadi lelaki sejati

Walaupun Ummi ada  3 anak lelaki. Ummi mendidik mereka menjadi orang yang penyayang dan lemah lembut. Ada kalanya bila Ummi naik tempo, dan tak dapat kawal perasaan Ummi akui memang Ummi marah dalam tegas. Setiap kali Ummi silap, Ummi akan peluk dan terangkan sebab kenapa Ummi bersikap demikian. Ummi nak anak-anak Ummi jadi anak yang berani berkata no!

3. Menjadi pemberi semangat

Adakalanya anak akan berhadapan dengan situasi yang menjengkelkan atau mengecewakan mereka seperti kalah dalam permainan bola dengan kawan-kawannya dan sebagainya. Biasanya mereka bukan jenis kaki mengadu seperti anak perempuan. Ia hanya ditunjukkan daripada raut wajah yang muram dan kecewa sahaja. Inilah sikap Along. Ummi perlukan masa untuk mencungkil apa di hati Along.

Sebagai ibu kita kena prihatin bila berhadapan dengan situasi anak lelaki yang kecewa. Menjadi tugas Ummi untuk bantu along kembali ceria dan bersemangat. Ummi tahu, melalui dorongan dan sokongan Ummi, Along pasti boleh lakukan dan bangun daripada kegagalan.

4. Fokus dan yakin untuk jadi orang yang berjaya

Anak yang mempunyai hubungan rapat dengan ibu biasanya akan mendapat keputusan akademik yang lebih baik. Bukankah ibu adalah makhluk yang dicipta oleh Allah sebagai insan yang selalu menenangkan? Ummi akan pastikan setiap kali sebelum tidur, anak-anak Ummi buat peta di minda melihat kejayaan mereka sebelum mereka tertidur. Penting untuk mereka melihat 6 bulan akan datang apa yang di capai. Contohnya , Along akan visualize untuk naik ke pentas sebagai pelajar cemerlang tahun 1, 2017. Dan dengan itu, Along mestilah berusaha sebaiknya.

5. Jadilah lelaki yang menghargai wanita

Along banyak belajar walaupun usianya 7 tahun. Ummi sangat respect Along bab ini. Sebab itu , Ummi selalu berkata kepada 3 beradik ini, supaya mereka hargai Cik Sarah dan Ummi. Ummi bukan minta pujian dan balasan, tapi dengan cara ini pasti mereka akan menghargai isteri mereka kelak. Amin.

Ibu adalah sahabat sejati kepada anak. Hanya ibulah yang sentiasa bersama anak semasa susah, sedih dan gembira. Jadilah ibu yang hebat di mata anak. Ibu sangat berkuasa dalam mempengaruhi dan membentuk jati diri seorang anak lelaki!

 

Hilang Mood Bila Blog Asyik Kena “Suspend”!!!

Minta maaf sangat kepada pembaca blog Ummi yang ada klik link daripada facebook atau google nak baca tentang apa-apa info, tapi blog ada masalah!. Adeh ini dah kali ke 3 terjadi sebab high load! Banyak sangat spam berlaku.

Mujur la dengan GB Network, buka waktu malam dan hantar tiket pun ada respon. Kalau tidak mau la Ummi peram blog ini dengan biar ianya menyepi selama beberapa hari.

Apa yang suka sangat spam komen niiih. Adeh banyak lagi blog lain kot! Hahaha Ummi cakap macam la depa faham kan. Okay la. nak ucap Thank you kat : GB Network Sebab selalu mudahkan urusan UMMI.

Mood malam minggu nak menulis kembali ceria .

Polis Sporting Okay! – “Mannequin Challenge” Cawangan Kawalan Lalulintas

Hari Jumaat lepas kami buat makan-makan kat office sempena pertukaran pegawai dan juga majlis birthday untuk mereka yang birthday bulan 1-3. Kali ini event manager seperti biasa lah, Insp Nani. Siapa tu? Kena baca di sini. Kami sempat buat  Mannequin Challenge lagi kali ini. Polis Sporting sebab kami juga manusia biasa.

Kali pertama buat hari tu kami masak dan bawa makanan sendiri. Kali ini sebab dah last minute perancangan , kami hanya tempah dari Zack Catering. Kos gunakan sikit sumbangan ahli dan kutipan dah cukup menampung perbelanjaan kecil -kecilan kami. Seramai hampir 25 orang ahli kami bersua muka pada hari Jumaat lalu. Kalau kebiasaannya memang semua super duper busy.

Menu makanan kami tempah daging hitam, kari ikan, ulaman dan juga ada kek untuk birthday. Simple tapi yang lebih penting ukhwah sesama kami. Bos SUPT Gan memang boss yang sporting dan kami semua selesa di bawah kepimpinan beliau. Seronok buat makan-makan di Cawangan kami, kecil -kecil kami tapi alhamdulillah bersatu.

Dengan teletah staff yang baik hati semua, kami sempat lagi buat Mannequin Challenge, satu unit terlibat. Memang menarik dan best. Jom layan  :

So happy birthday kepada yang menyambut birthday dan selamat bertugas di tempat baru ASP Saiful. Tahniah atas pertukaran yang dinantikan . Semoga kerjaya bertambah cemerlang dan dapat melaksanakan tugas sebaiknya. Ukhawha kerana ALLAH swt pasti mudah walaupun kepimpinan kita bukan sealiran. Semmoga UKLL sentiasa cemerlang. Amin

Petua Miliki Rambut Sihat dan Cantik Tanpa Kelemumur dan Rambut Gugur

Semua orang ingin miliki rambut sihat dan cantik. Kadang-kadang feeling nak macam puteri yang mana rambutnya ikal dan menawan. Tapi dah pelbagai cara rawat rambut gugur dan kelemumur dilakukan masih tak ada hasil. Setuju? Teringat dulu masa zaman kanak-kanak, main masak-masak dan main pondok-pondok di kampung. Habis semua pokok ulam dan pokok herba mak Ummi dengan kawan-kawan main.

Kesan Bermain – Rambut Sihat dan Cantik

Kesannya, rambut masa zaman kanak-kanak sangat hitam, kuat dan cantik. Walaupun bersekolah seharian tapi masih tebal dan lembut. Bila fikirkan semula , rupanya masa kecil main masak-masak dan pondok-pondok konon-kononnya macam pergi saloon. Hahahaha teringat sangat bila mak bising pokok bunga raya mak tanam untuk jadikan pagar rosak , anak petik daun dan main. Opsss , minta maaf mak. Itu Ummi dengan sepupu masa kecil.
 
Buah tembikai pula, bila hari Isnin ada pasar mak beli dan lepas makan mak bagi main masak-masak. Mak bagi pisau tumpul dan main potong-potong. Hish kenangan sangat , lepas main lumrah budak  bukan setakat masak-masak, siap jadi scrub lagi kan.. Kini dah dewasa baru faham , rupanya bahagian dalam yang putih ini boleh dijadikan penawar untuk kelemumur juga.
Rumah mak-mak kita dulu mesti ada pokok Lidah Buaya kan? Bila kita kupas kulit dan ambil isi kat dalam nya, rasa sedap sangat bila dipegang. Lidah buaya juga dapat melembabkan rambut dan bagi rambut cantik. Kalau ada luka sangat bagus, ambil sikit dan sapu. Zaman dah berubah , teknologi dah maju, kini siap ada jual ready made. Sangat mudah.
Siapa pernah mandi telaga? Sejukkan airnya? Selain dapat singkirkan kotoran dan daki pada badan, mak bagi petua yang kalau ambil limau purut , lumur kat rambut dapat kurangkan rambut gugur. Masa kecil tak lah rambut gugur, cuma ikut sedap main jer. Yang best, limau purut wangi dan menyegarkan.

Last, santan kelapa. Dulu Ummi membesar di Perlis tok selalu bagi Ummi minyak kelapa untuk letak di rambut.. Selain daripada minyak, kadangtu, sanggup tok kukur nyok dan perah santan lumur kat badan cucu dia ni ha! Owh, baru la tau rupanya itu rahsia cucu perempuan yang sorang ini gebu gebas. Hahaaha, tok tok….masa tu tak cakap apa khasiatnya kalau tok habaq awai mesti dah lama amalkan. Bila dan dewasa baru la cek tau.

Banyak sangat rahsia orang dulu-dulu yang kita tak tahu. Kalau dulu mana nak percaya. Lagi satu tabiat suka main bahan alami ni sebab mudah dapat. Kalau sekarang, agaknya nak bagi ke anak main santan pekat sesuka hati? Ummi sendiri akan jawab tak, sebab mahal kan. Mujurlah, la ni mudah, nak miliki  rambut sihat dan cantik hanya gunakan Shampoo Tyzara – Cara Rawat Rambut Gugur dan Kelemumur  yang paling mudah dan berkesan.

Cara nak dapatkan Tyzara Shampoo:

“TyzaraAD”

Hantar Ke:

012-4430338

Facebook: Umminani

telegram.me/shampoosoya

Anak Bermain Gajet , 5 Tips Mengurus Di Dunia Moden Alaf Baru

anak bermain gajet

Menguruskan anak bermain gajet bukan mudah. Sebab ibu ayah merasakan , wajib bagi kepada anak untuk anak-anak lebih behave atau duduk diam. Biasanya , mereka akan beri tumpuan yang sangat banyak untuk gajet seperti smartphones dan juga tablet. Bahaya atau tidak dan bagaimana nak urus anak bermain gajet ?

anak bermain gajet

Ajak Anak Bermain Sambil Belajar

Dalam dunia makin mencabar, salah satu cara yang paling baik untuk nak urus anak bermain gajet adalah dengan bermain sambil belajar. Contoh, Ummi abah ada telefon pintar dan laptop serta komputer di rumah. Alat dan gajet ini boelh digunakan untuk belajar dengan ajak anak lakukan acara perlumbaan mencari 10 nama pokok atau lebih baik mencari nama tokoh islam terkemuka.  Mudah dan perlukan bimbingan daripada ibu dan ayah.

Perdengarkan Lagu Ketuhanan dan Nasyid

Sekarang ini pelbagai rancangan dan juga aplikasi menarik berjaya menarik minat orang kita terutama anak-anak untuk bermain dan tidak berpisah dengan gajet. Maka, salah satu aktiviti menarik bermain gajet adalah dengan perdengarkan Nasyid Ketuhanan atau cerita tauladan kepada anak-anak. Youtube boleh di jadikan sumber hiburan jika kena dengan gaya dan cara.

Gajet Hanya di Benarkan Digunakan Pada Waktu Tertentu

Disiplin adalah kunci kepada kejayaan. Walaupun bermain gajet, anak-anak mestilah diberikan had masa dan waktu. Selain itu, lokasi anak bersama gajet hendaklah di tempat terbuka dan senang di pantau. Ini oleh mengelakkan anak-anak daripada salah guna gajet yang diberikan.

Ransangan Anak Menzahirkan Idea Kreatif

Anak-anak kita sekali kita selalu puji dan terapkan nilai positif, cepat mereka dapat install dalam kepala . Setuju? Kata orang, dengar, cakap dan buat. Itu akan membuatkan satu ilmu itu lebih berguna untuk diamalkan. Jadi, antara perkara yang boleh diajarkan untuk anak menxahirkan ayat-ayat dan kata-kata positif adalah dengan memberikan galakkan kepada mereka untuk menulis ayat-ayat , dan menzahirkan ide kreatif mereka di lama sosial dan juga blog demi kebaikkan mereka pada jangka masa panjang.

Jelaskan Buruk Baik Pengaruh Media ataupun Internet

Semoga kita semua jadi ibu bapa cemerlang. Artikel Berkaitan dengan ANAK DAN GAJET  boleh baca disini , hasil kaijan dan juga perkongsian Dr Rizal Abu Bakar

Berniaga dengan meletakkan keyakinan kepada Allah swt dan doa yang ikhlas

Allah memberi kepada setiap umat dan juga ciptaannya tanpa mengira apa juga darjat. Tapi DIA beri lebih kepada ummatnya yang meletakkan keyakinan kepada Allah swt dan doa yang ikhlas untuk setiap pekerjaan yang dilakukan. Allah ini maha adil. Waima cacing dalam tanah dia dah bagi rezeki, uols setuju?

Persepsi yang salah dan membelakangkan Allah swt

Pernah dulu, Ummi juga salah persepsi dan tidak meletakkan Allah swt di tempat pertama dalam pekerjaan. Contohnya, masa dulu Ummi tak belajar dan tidak mencari ilmu. Apa yang Ummi tanamkan dalam minda adalah ” Aku nak berjaya mesti jadi macam orang lain. Mesti tinggal di bandar besar, mesti pandai bodek boss dan mesrti bijak ambil hati boss dan leader!” Uols pernah ada perasaan macam ini ke?

Keyakinan kepada Allah swt yang harus aku pegang

Tapi bila mula belajar dan mencari ilmu. Ya Allah, berdosanya aku. Aku meletakkan Engkau Ya Allah di tempat yang tidak sepatutnya. Aku berdosa Ya Allah, aku berdosa. Kenapa aku letakkan keyakinan aku pada manusia ya Allah. Bukankah engkau yang ciptakan manusia dan dia juga mengharapkan mu!” Ampuni aku Ya Allah..ampuni aku! Aku nak keyakinan kepada ALLAH adalah yang utama dalam hidup aku , kini dan selamanya.

Doa Yang Ikhlas

Mula-mula cari ilmu adalah untuk senang dan kaya. Nampak tak silap tu! Betul nak kaya, tapi niat kerana Allah swt tu tak ada! Mana Allah swt nak bagi rezeki. Sehinggalah kesedaran timbul dalam satu kelas yang dihadiri , aku sedar aku mesti ubah niat dari semasa ke semasa. Niat aku mestilah kerana Allah swt~Setiap hari aku berdoa. Sehingga ikhlas itu datang sendiri. Begitu juga dengan dhuha dan sedekah. Buat dulu, lama-lama ikhlas akan datang sendiri.

Kisah Allah nak tarik bila DIA dah beri jika kita…..

Dulu  masa “Business meletop, best sangat. Dhuha dan doa tak tinggal, tapi sebab ada hukum hakam Allah yang Allah suruh ikut kami tak iku. Makanya, ada sahaja masalah. Keluarga kucar kacir, ada hal kecil pun nak gaduh. Dan masa tu pakai toyota wish. Best sangat sebulan bayar RM1300.00, Insurans dan roadtax cecah RM2000.00 setahun. Tapi, apa yang jadi ceritanya bila ALLAH nak tarik balik mudah je. Kereta wish tu yang tak ada masalah , tiba-tiba break down. Check dekat workshop, kondisi okay. Bila mulakan perjalanan semula, terus jadi lagi. Ada satu masa , atas jalan raya tiba-tiba kereta berhenti. Tak ke masalah tu? Last workshop nasihat tukar enjin yang cecah RM10,000.00. Terkejut mak!”

Rahsia bahagia adalah yakin bahawa dia meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. REZEKI dan Keluarga adalah kerana Allah beri. Yakin padaNYA dan tetap bersyukur dalam apa juga keadaan.

Apa kami lakukan lepas satu-satu Allah tunjuk? Teruskan istikarah dan doa. Ya ALLAH itu maha penyayang. Allah tempat meminta segala sesuatu. Kami suami isteri di bukakan jalan untuk let go kereta toyota Wish tu.

Gambar google : Warna Wish KCC6611 yang amat kami sayangi.

Sedih yang amat. Tapi, kami pikir ALLAH sayangkan kami, sebab itu ALLAH nak bagi jalan. Lepas proses jual beli, wish itu tak ada sebarang masalah dengan owner baru. MasyaAllah, besar kuasa ALLAH. Dia yang menghidupkan dan mematikan sesuatu” Kami pula, lepas dah kembali mencari jalan yang benar dan niat betul-betul jaga, alhamdulillah  dapat kumpul rezeki lebih dan rezeki makin bertambah. Rezeki kami, walaupun sikt tapi bila berkat semuanya jadi cukup dan berlebihan.

keyakinan kepada Allah

Puncanya adalah sumber dan juga keyakinan kepada Allah swt. Allah bagi apa kita nak, nak jualan maju, jualan meletops..semua ALLAH bagi. Tapi jika kita ingkar suruhannya, tunggu pasti DIA akan tarik balik. Semoga apa jadi pada kami jadi iktibar pada kawan-kawan yang kami sayang.

shampoo rambut gugur

Doakan tahun ini rezeki kita semua lebih murah dan Allah bagi kerana sayang,bukan nak uji kita lagi dengan masalah. amin. Berkaitan : CARA RAWAT RAMBUT GUGUR .

 

Kelas Renang Kanak-Kanak Dan Dewasa Di KL “Free & Easy”

Kelas Renang Dewasa

Semalam masuk kelas renang dewasa di KL , setelah sekian lama tidak berenang dan refresh ilmu renang. Hahaha lapan tahun lepas, itupun masa recruit jer belajar berenang, itu pun tenggelam timbul. Setakat nak selamatkan orang kat kawasan tak berapa dalam still okay. Kelas renang dewasa dan kanak-kanak di KL ini berkonsepkan “free and easy”.

Free and Easy – bebas dan menyenangkan. Bukannya free kos yer.

Kelas Renang Dewasa

Kelas Renang Oleh Swimrush Swimming Academy

Swimrush Swimming Academy adalah tenaga pengajar kami semalam untuk team belajar renang Kelab Blogger Ben Ashaari. Semalam ada 3 group iaitu , kanak-kanak KBBA9. group dewasa lelaki dan group dewasa wanita. Trainer dan instructor pula jangan bimbang. Ini kerana setiap group di ajar oleh instructor berpengalaman dan ada lesen mengajar renang.

Jurulatih renang KL
Kelas Dewasa Lelaki di Kendalikan Oleh Instructor Lelaki. Bagi perenang wanita, instructor adalah wanita juga.
Kelas Renang Kanak-kanak di KL, boleh diadalan di serata lokasi mengijut kesesuaian.

Lepas sessi belajar renang di kelas renang dewasa, kak Saidila dan mula yakin nak berenang. Tengik lah ni, gambar menunjukkan bukti Kak Saidila dah pandai Bubbles dalam air lama juga tu.

Kelas Renang Dewasa Dan Kanak-Kanak di Kl ini boleh diadakan di mana-mana juga lokasi yang anda sendiri boleh tentukan. Dan kelas boleh diadakan secara private atau secara berkumpulan kecil. Di akhir kelas , semua peserta akan di berikan sijil. Menarikkan?

Swimming Attire Muslimah Dan untuk seisi keluarga

BAJU RENANG MUSLIMAH KL

Kalau nak berenang dan masih tidak ada pakaian renang yang sesuai, Ummi cadangkan untuk shopping di Moonaz Swimming Attire di HQ Loroang Abdullah Jalan Kebun, Giant Sec 13 Shah Alam, M3Mall Gombak, Alamanda Putrajaya dan juga boleh didapati di Plaza Angsana Johor Bharu.

Wah ini kalau tunjuk kat anak-anak mesti lebih teruja . Opsss..

Selain baju renang dekat sini ada menjual peralatan renang seperti goggle, board, float, cap dan lain-lain. Untuk anak-anak yang suka main pistol air, shooter , pistol bubble juga boleh di beli dengan Moonaz. Selain itu ada juga swimdiapers dan neck float untuk baby tau. Lepas ni nak pergi mandi manda di Bangi Wonderland Park And Resort boleh bawa mainan sendiri kan..

Okay la… kalau nak info lebih tentang kelas renang boleh hubungi :

kelas renang dewasa kl

 

Cara Rawat Rambut Gugur dan Hilangkan Kelemumur Dengan Mudah Dan Pantas

Ramai orang bukan sahaja wanita tapi juga lelaki ada masalah rambut gugur dan gatal kulit kepala. Namun begitu , berapa ramai yang masih bertahan menggunakan shampoo biasa yang ada dipasaran? Asyik bertukar shampoo, tapi masalah tidak juga selesai. Dah guna pelbagai cara rawat rambut gugur!!

Apa pandangan orang sekeliling anda bila anda alami Rambut Gugur Dan Jarang dan anda hadapi….

Masalah Kepala Makin Botak?
Masalah Gatal Kepala? Masalah Kelemumur?
Rambut Kusut Dan Pecah?
Rambut Beruban?
Semakin Hari Semakin Botak?
Masalah Kudis Di Kepala?
Asyik bertukar shampoo, tapi masalah tidak juga selesai. Dah guna pelbagai cara rawat rambut gugur!! Setuju ? Ummi ingin sangat berkongsi  manfaat menggunakan shampoo soya kepada lebih ramai orang di luar sana, terutama kita para wanita. Kenapa wanita? Nak tau? Sebab kita wanita ini, mainkan banyak peranan sebagai isteri , ibu dan juga anak. Perkara pertama yang tidak dpaat lari daripada tugas seorang wanita mestilah memasak.
Dan apa yang berlaku adalah, rambut gugur jatuh pada makanan ketika masak! Betulkan? Agaknya bila keluarga kita nampak rambut di pinggan atau lebih menyedihkan ada dalam nasi dan lauk apa perasaan mereka? Ummi tak nak bagi jawapan , tapi Ummi pasti saudari yang sedang membaca ada jawapannya.Tunduk sejenak , pejam mata dan pikirkan.
cara rawat rambut gugur
Pejamkan mata, tunduk dan pikirkan …sampai bila agaknya rambut aku nak gugur… botak ke kepala aku nanti… bisik dalam hati… Aku mesti cari jalan nak selesaikan…Ya , betol Tyzara Shampoo Soya Insyaallah mungkin jalannya. Aku mesti cuba…. (baca dalam hati , macam berbisik…)

Cara Rawat Rambut Gugur  “MUDAH, MURAH & SANGAT BERKESAN”   Dengan Shampoo Soya!

Hanya Semudah Shampoo 2 Kali Sehari, Masalah Rambut Gugur, Gatal, Kelemumur  Boleh HILANG Sepantas 7 Hari.

Shampoo Soya adalah satu-satunya jenama keluaran Malaysia yang betul-betul membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah rambut dan kulit kepala. Ini adalah cara rawat rambut gugur paling BERKESAN.

“Shampoo Soya tidak banyak buih dan merawat dengan pantas”

“TyzaraAD”

Hantar Ke

012-4430338

Biarpun bertudung, orang tak nampak katanya tapi en.abg nampak. Segan tau bila rambut makin lama makin sikit ni. Kan ramai kata rambut tu umpama mahkota bagi wanita. Ececehh. Hehe. En.abg mungkin faham dan tak kisah masalah yang me hadapi ni tapi diri me sendiri yang tak yakin. Kat lantai rumah memang bersepahlah rambut me. Bila sapu je mesti banyak yeng melekat kat penyapu tu. Bangun tidur pandang bantal mesti ada yang gugur. Duduk tengok tv pegang rambut kejap tengok tangan mesti ada yang terselit. Setakat 1 2 helai me pun tak hairan.

Ni kalau banyak memang menangis la. Alhamdulillah. Seminggu pertama pakai Tyzara Shampoo ni memang nampak kesannya. Selalunya selepas mandi tu memang akan ada segumpal rambut yang gugur tapi dah pakai ni kurang sikit jumlahnya. Tipulah pula kalau me kata memang langsung takde rambut gugur lepas seminggu pakai tu kan.

Ni masuk minggu ketiga pakai, alhamdulillah sangat. Terima kasih kat kawan tu sebab kenalkan shampoo ni. Boleh kata sebelum pakai shampoo ni ada 10 helai rambut gugur (sebenarnya lagi banyak) tiap kali selepas mandi ni dah kurang jadi 4 helai selepas amalkan shampoo ni. Kira macam tu la perbandingannya. Hehe. Lantai bilik mandi pun bersih dari serangan rambut gugur ni. [/otw_shortcode_info_box] – Rambut Gugur Lepas Bersalin – Munirah Izzan

Bila Kesan Awal Boleh DirasaiUntuk Selesai Masalah Rambut Gugur? 

Tindakbalas setiap individu adalah berbeza-beza. Tetapi yang pasti  anda akan rasa kesannya serta-merta selepas 2x shampoo rambut dan aplikasikan Serum Tyzara pada rambut atau kulit kepala. Ini adalah cara rawat rambut gugur yang paling mudah dan BERKESAN.

Adakah Barang Dijamin Sampai Selepas Dibayar?

Semestinya! ΚΑΜΙ ΑDΑLΑΗ  Ѕеrvіѕ 5 bіntаng untuk сuѕtоmеrѕ kаmі. Ρаntаѕ Fаѕt Rеѕроn tаnра реrlu mеnunggu lаmа. Βаrаng dіјаmіn ѕаmраі kе tаngаn аndа.

Penghantaran akan dijalankan setiap hari Isnin hingga Jumaat. Kami menggunakan perkhidmatan PosLaju.

Barang anda dijamin sampai dalam masa 1-3 hari selepas ia dipos. Tetapi biasanya belian hari ini kami akan poskan hari ini juga dan esok barang akan selamat sampai di depan pintu rumah anda.

Bagaimana Cara Mahu Order/ Tempah?

hair loss
Trusted Seller Shampoo Tyzara – Merawat Rambut gugur dan selesaikan masalah kelemumur.

“Shampoo Soya tidak banyak buih dan merawat dengan pantas”

“TyzaraAD”

Hantar Ke

012-4430338

telegram.me/shampoosoya